Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, September 11, 2007

MC sambil memasak...

Assalamualaikum….

Sebelum maklang berceloteh...nak ucapkan... Selamat Meyambut Ramadhan al-Mubarak.. Moga2 kita sentiasa diberkatiNya sepanjang bulan, InsyaAllah...Pohon ampun dan maaf lahir batin sekiranya ada penulisan yang mengguris perasaan atau mengusik kalbu....:)

Hari ini maklang ambik MC. Bahu sebelah kanan dekat tempat operation hari tu terlalu sakitlaa. Macam ngilu sangat bila maklang nak gerakkan. Agaknya the urat is over stressed. Pulak2 kat office dok pegang mouse aje. Sakitnya dah sampai ke pangkal leher. So, malam tadi maklang ke clinic minta ubat tahan sakit dari Dr. Mintak jugak ubat angin. Macam seluruh badan masuk angin. Nasib baik tak kepala angin..he..he.he…

So, pagi tadi, maklang terbaring kat katil dengan PC. Acara hari ini nak berehat aje. Tak tahan sakit dia ni. Kalau buat renyah, nanti besok tak larat lagi nak gi opis. Mana lah boleh . Ada melambak nak type meeting notes. Semalam tak teringat pulak nak bawak balik notebook maklang, kalau tak, boring2 nanti bolehlah maklang buat sikit2. Ari ini ada 2 meeting scheduled. Satu on office renovation and the other one ada meeting dengan Boss dari KL. Boss on Electrical Div. Tak apalah ada orang lain boleh represent. Kalau dok fikir kerja, memang tak leh nak rehat ler.


Tadi pagi tak tahu nak masak apa. Main hentam aje. Biasanya gitulaa. Masuk dapur tak tahu nak masak apa, tapi bila kat dapur, bukak fridge, barulah datang idea. So, pagi tadi dalam masa lebihkurang satu jam, maklang dapat siapkan semuanya.Lauk2 hari ni. Ada jugak left overs yang maklang modifykan...

ikan pari keringikan pari kering goreng dengan terung. Lauk kesukaan arwah mak ngah maklang.



telur ayam masak kicap


kailan with oyster sos. Resepi kat dapur maklang

ini ikan lebihan tengahari semalam. Maklang berladokan macam sambal dendeng. Resipi kat dapur maklang
Tauhu goreng with timun dah sos nasi ayam and kacang. Dari 4 keping tauhu, ini aje yang tinggal. Cik abang memang suka makan tauhu..






Ada jugak maklang letakkan gambar ayam bakar permintaan Atok ( buat hari Ahad malam)dan juga gulai labu yang atok dan wan bawak balik. Biasalah tu memang maklng bekalkan sedikit lauk kalau Wan dan Atok nak balik JB supaya bila tiba sana nanti tak payah Wan nak masak2 lagi.
Wan minat jugak Tupperware AVON tu, siap suruh orderkan lagi. Nanti kalau ada, pasti maklang orderkan.
Labu masak lemak
yang maklang bekalkan untuk Wan dan Atok bawak balik.

ayam bakar ala kak liza, tapi maklang ada modify sikit ingredient dia. Wan suka.




Semalam petang lepas kerja sempat jugak maklang buat date dengan Cik Abang. Sebelum tu mintak nak keluar cepat nak pergi Dr sebab nak mintak ubat tahan sakit ni. Memang seksa rasanya. Bila cakap denga Cik Abang, dia kata pergi malam aje sebab Along pun demam. Itulah…masa Hakim demam baru ni, dia dok wish…”Apasallah Along tak sakit tekak and demam macam Hakim…malas nak gi sekolah”. Tup tup permintaannya dikabulkan Allah. Petang Ahad tu, dia balik rumah dengan hidung yang berdarah. Malam tu flat dah. Agaknya sebab first time masak kat sekolah langsung demam! And petang semalam, maklang dapat call from Hakim. Dia kata,”Maaaaak…..nanti mak balik kerja, mak belikan Along ubat tau. Akim Nampak Along nangis.” Maklang tanya dia macamana Hakim tau dia nangis?” Akim kata, : Akim Nampak dia lap mata dia. Mata dia berair’. I was so touched. Sebab pandai anak bujang maklang ni. Sayang betul kat Along dia. Mana taknya, Along dia memang manjakan dia. Apa nak aje, dapat. Jangan spoil sudah…


Berbalik pada cerita petang semalam…Kami berdating bukannya apa. Maklang nak ajak Cik Abang teman pergi beli barang buat kueh kat Kemaman. Kalau dah puasa memang malas nak keluar. Lagi pulak, nanti tak ada masa nak keluar. Lepas beli barangan kueh yang total2nya dekat2 sebelah tangan tolak satu jari, maka kami ke kedai beli grocery. Penuh satu trolley. Biasalah kalau dah termasuk sabun2 dan barangan kering lain. Sedang kami nak bayar kat cashier, tak aleh2 dengar kat counter sebelah tu ada orang menjerit2. Rupa2nya cashier gaduh dengan customer. Mula2 perlahan, lepas tu cashier tu mencarut sesuatu (maklang dengar pun tak sedap- sebab cashier tu pompuan!) dan lepas tu customer lelaki tu macam campakkan gulungan kertas yang agak tebal and terus kena hampir kat muka pompuan tu.Bunyi pukulan tu memang kuat. Sure sakit. Seram jugak maklang. Lepas tu ada pulak entah apa dia dua orang menjerit2. Sampai cashier kat maklang tu menggigil. Kami pulak nak cepat sebab takut tak sempat Maghreb. Macam2 adakan…Tok sah ambik hal laa…tengok je dan berlalu pergi….

Ini nak letak pulak gambar Maya with her birthday present from Singapore...
Hakim dan Maya. Gambar ni khas untuk Auntie Elle...Tengok Maya bergaya dengan beg duit dan tempat air pemberian Auntie Elle untuk her birthday. Thanks so much Kak Elle..




So much about that, ni nak tunjuk sesuatu. Insyaallah, mulai dari sekarang, all my products, ie telekong, ribbon embroideries - cushion ke, bags ke , maklang nak letak label. Baru siap hari Ahad lepas. So, kalau ada yang berhajat bolehlah order dengan melihat kat label tu….

Label...















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

15 Comments:

At Tuesday, September 11, 2007 4:07:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

MC pun masih memasak sakan, Mak Lang oh Mak Lang!

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Bulan puasa nanti, go easy on the pictures of food kat blog ni .... nanti kitorang tengok terliurlah pulak!!!

 
At Tuesday, September 11, 2007 5:44:00 PM, Anonymous Anonymous said...

cantik pulak combination 2 nama tu eh!

 
At Tuesday, September 11, 2007 8:06:00 PM, Blogger Kak Elle said...

sedap nya makanan hari ni:)
cantik nya maya bergaya nanti aunty pun nak beli macam tu juga...hehehe...eh macho pun gambar sama:)

maklang dah sihat?ingat doc suruh berehat tapi mak oi banyak nya memasak.

 
At Wednesday, September 12, 2007 8:47:00 AM, Blogger Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Maklang dan selamat berpuasa :)

Terbayang juadah-juadah Maklang untuk berbuka, pasti hebat! ;)

 
At Wednesday, September 12, 2007 9:44:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Tak sabo2 Cath nak tengok hasil tangan maklang. Kalau Cath nak order, maklang ship oversea tak?

 
At Wednesday, September 12, 2007 10:35:00 AM, Blogger IKHWANI said...

the label name, I like! A good step and congrats!

 
At Wednesday, September 12, 2007 12:30:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Mak Lang ... I dok cari email/YM address you tak jumpa pun on your blog. Email me at queen_at_work@yahoo.com nanti I hantar kat you what I sent to Kak Elle :-)

 
At Wednesday, September 12, 2007 2:11:00 PM, Blogger Ajzie said...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
dari kami sekeluarga di Johore..

 
At Wednesday, September 12, 2007 2:32:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Berapa jenis lauk yg Mak Lang masak utk satu hari? Mesti penuh meja tu.

Take care Mak Lang. Rehat banyak2 biar cepat sembuh.

 
At Wednesday, September 12, 2007 2:39:00 PM, Blogger maklang said...

QOTH:

MC sebab sakit belikat ni. Masih lengoh lagi till today, tapikan apakan daya..maklang makan gaji aje..

Nampak aje banyak food tu...all were completed in an hour's time. Oklah tu kan.. Nasib baik bibik tolong2 jugak. Kalau tak mau jadik 2 jam! Bengkok lengan!

Ari ni dah kat ofis, so takleh relax mana. semalam pulun tengok cerita Korea sambil onkan mesin sulam ( dia jahit sendiri!)..puas hati! Thanks for the pics!)

EL:

Nama itu memang sudah digantdingkan sejak azali lagi...kita aje yang tak tahu...Secantek orangnya jugak ..ha..ha..ha...

Kak Elle:

MEmang lah cantek..Nak2 beg Maya tu..

MC: Masak cepat..so I masak le ringkas and sikit aje...

Bunga Rampai:

Juadah normally ikut permintaan. Sehari seorang! After the 5th day round lagi turn pilih lauk! Baru masing puas hati!

 
At Wednesday, September 12, 2007 8:45:00 PM, Blogger Ella said...

Salam Maklang...

Salam Ramadhan buat maklang n family
dr kami di Seri Kembangan.

p/s: klu nak singgah umah maklang 1 hari nanti tak boleh ler guna jln jerangau-jabor, sbb so far ella mmg selalu guna jln tu sbb nak cepat.

 
At Thursday, September 13, 2007 12:50:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

yuuuhuuuu..

firstly, tks so much for the hospitality mak lang...sungguh bezz sekali...and the food was awesome and the kids were fabulous and pak lang was a sport...

insya allah ader hari boleh dtg lagi...

salam to the kids.. and selamat berpuasa to mak lang and family..

and way the go with the labels!!!

penat kan layan kitaorg..sian bahu mak lang tu..

 
At Thursday, September 13, 2007 1:08:00 AM, Blogger zlaa said...

Salam Ramadhan buat Mak lang sefamili. Rajin-rajinlah ambik gambar juadah buka puasa utk ilham orang di sini ya.

 
At Thursday, September 13, 2007 5:55:00 AM, Blogger D said...

Tahniah Mak Lang.. sebab dah ada official label tu! Selamat Berpuasa...or as they say here, Ramadhan Mubarak!

 
At Thursday, September 13, 2007 4:09:00 PM, Blogger maklang said...

cat:

nak order boleh, tapi shipping cost under cat boleh ke? nanti place order je..he..he..lepas raya OK ke?

OO:

Thanks..I like it too...

QOTH:

Thanks for the pics!

ajzie:

Selamat berpuasa...


mamamia:

tak penuh meja laa..sederhana aje..asal penuh perut anak2 , Alhamdulillah..tak larat nak masak banyak2 sangat!

 

Post a Comment

<< Home