Terimakaseh Anak2..
Assalamualaikum...
Maklang rasa maklang entitled untuk nak berblog sat. Nat jugak letak N3 hari ni. Setelah penat menjahit since last nite and sambung lagi sampai just about 5 mins back, naklah rehat sat. Letih rasanya. However seronok sebab maklang dah siapkan sehelai telekong. Telekong lagi satu masih ada 2 block aje nak jahit manik. Ketensionan kuranglah sikit.Alhamdulillah....But the best thing of all is maklang at last dapat jugak jahitkan beg RE untuk Angah. Dah lama Angah dok mengengek dan komplen kata yang maklang asyik buatkan tempahan orang aje dan tak buatkan dia pun. So, semalam dengan penuh semangat, maklang menjahit dari pukul 8 sehingga 11:30malam. Dan pagi tadi dari 6:15pagi ( tak boleh tidur sebab partner orang kecik ...he..he..., asyik kena hempit aje...! dan sebenarnya sakit perut entah apasal!) sehingga 12:oo lebih tadi. Maka siaplah yang berikut. Tapi taklah siap sepenuhnya, bunganya pun sempoi aje... Ini pun sebenarnya cakap kat Angah, kalau dia tolong bersihkan bilik study, maklang akan siapkan...kiranya win-win situationlaa...
Ni masa pukul 10 tadi rasanya...
By 12:00pm, baru jadik macam ni!
Nasib baik anak2 rajin ke dapur. Petang semalam Along berusaha buat roti. All by herself. No supervision at all. Dari nak letak tepung dalam mesin sehingga nak uli jadik roti. And Wallla...jadik jugak anak mak buat roti...Tapi dia sendiri komplen:
" Mak, apasal roti Dhirah tak jadik lembut macam mak buat ek?"
"Oh..sebab roti tu ikut tuan yang membuatnya..Mak lembut, awak tu keras! he..he.."
"Boooorrrrrinnnngggg"
Tengahari tadi Dhirah kata dia tobat tak nak buat roti lagi sebab susah kata dia. Tengok mak buat senang aje.. Tulah, camana nak terror. Cuba sekali tak lembut dah Mim. Camano? Sebenarnya sebelum bakar roti dia lupa nak sapu susu and telor. Camana lah benda tu nak lembut!
Tapi maklang bagi rating 7 lah jugak. Rotinya lembut, cuma kat luar aje agak crispy. Sedap..Hakim makan entah berapa keping agaknya...
Roti ini setembam tuan yang membuatnya.. Sama jugak dengan ciri2 tuannya...diluarnya nampak aje keras, tapi didalam lembut! He..he...
Maklang tak pernah pulak ajar Along buat roti tuna sampai berlubang kat atas dia. Dia kata nak gunting macam mak dia buat, tapi terlebih gunting, jadik cam ni pulak! Anyway, rasa sudah ada!
Tengahari tadi pulak Angah buat steam siakap. Sedap jugak. Seronok, mak can just do the sewing tanpa gangguan. Thanks anak2 ku sayang...
InsyaAllah Cik Abang akan sampai pukul 9 malam ni kot. Sebab banjir, plan nak naik bus terpaksa di kensel. So, kena naik plane lah. Hopefully, he will arrive home safely tonight, InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
8 Comments:
Syukur tu maklang anak2 rajin ke dapur:)bila lagi nak practise kan kalau bukan skg...kata kat Along bila aunty elle dtg jgn lupa buatkan roti juga:)
Kerteh tak banjir ke maklang?
Kerteh setakat ni tak pernah banjir lagi..kalau banjir habislah refineries yang melambak kat sini...
Salam Maklang, umie minat dgn keje2tangan maklang,menarik dan seceria tuan punya diri.
umie suka makan roti yg masih panas2 nie... yumm yummm...
*selamat mencuba sekali lagi along* bakat dah ada tu..
Umie:
Terimakaseh...maklang kadang2 cuba jugak nak buat colour2 English ni, tapi macam tak jadik aje...kalau dah melayu..melayu jugak! Suka kaler terang2!
Baru tadi Along kata nak buat roti lagi, tapi tak tahulah tu...
nampaknya setahun dua lagi mak dia memang totally goyang kaki la bab masak ni..
like mom like daughters... genetic pandai masak turun jugak kat diaorang... syabas kat diaorang!
sebelum terlewat kami disini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha.. maaf zahir dan batin :0)
Alah.. bestnya.. anak mak lang pun pandai masak....
Adussss malunyer 29 tahun hidup nie tau makan jer...
Suka kan kalau anak2 dah boleh ke dapur....kak lady ni ade le sorang aje anak dara yang boleh menggantikan akak...
simah:
masak pun genetic ke? tak tahulah pulak maklang...
Selamat hari Raya jugak to Simah...
Totally goyang kaki tu taklah, kang kembang semacam maklang nanti..lagi masaalah!
Lelakhalidah:
Oh...masa masih panjang lagi...nanti masaklah...
Kak lady:
Alhamdulillah kak, bukan yang dara aje rajin ke dapur, yang teruna pun sama!
Post a Comment
<< Home