Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, September 04, 2006

Lega

Lega...Lega....ada 2-3 projek dah nak keluar..bak kata orang macam orang nak beranaklaa…dah sampai masa. Dah check dan dah sign. InsyaAllah beres semuanya. Maklang hari ni lega banyak kat office ni. Kat rumah pun sama. Baju2 untuk nak Raya, Cuma tinggal Maya punya sehelai dan alang punya 2 helai. InsyaAllah wiken ni boleh gunting baju Alang dan Hakim kalau rajin. Yang lain2 tinggal nak sembat aje. Best.



Sekarang macam biasa semangat menyulam masih berkobar. Target nak siapkan dalam 3 helai minggu ni, sambil2 bersihkan jahitan tudung sulam yang lain. Lepas tu nak letak crystals dia. Telekong kat tailor, InsyaAllah Jumaat ni siap dia jahitkan muka dia. So, InsyaAllah next week sibuk semula nak jahitkan manik.



Semalam petang masa suruh Angah bukak blog maklang tu terlupa pulak yang ada cerita pasal dia kat blog tu. Apalgi, bila dia bukak dan nampak nama dia, langsung dia excited sangat.


“Maaak! My name is not Siti Nurfaezin, Okey!”, dia cakap sambil buat2 muka macam minah kat cerita Its so Raven tu. Cakap macam style mak itam tu… Dan dengan overnya!.


“OK. OK…mak tercerita pulak! Sooooooorrrrrrriiiii!”..



Lepas tu Along masuk pulak kat study room tu. Maklang masih leka menyulam. Si Angah sibuk dengan PC dia sebab nak study guna Zoom-A, kononnya. Kejap aje Along guna PC nak check e-mail, dia terus nak keluar.


“ Eh....Dhirah tak baca blog?”

“Oh....OK....Ngah bagi Along baca blog sat”


So, Along pun bukak blog, dan seronoknya dia bila baca yang part ‘Angah nak berkeluarga’ tu. Apalgi tak sempat2 dia nak mengkomen. Ialah part nak kacau adek dia memang dia first class. Kadang2 sampai melaalk dia sakat adek dia. GERAM betul. Tapi nasib baik malam tadi Angah was in a lively mood. Dia dok cuba kacau Along dari komen aje. Lepas tu dok terjerit2 ketawa2. Seronok dengar. Biasanya kalau terjerit2 memang alamatanya sat lagi si kecik ( Angah memang kecik physically dari Along) tu melalak lah…


“ Tak pe Ngah....Tak pe.....nanti sat hari mak cerita pulak pasal dia”.


Baru lega si Minah Over tu.....


Gambar ini hanya perhiasan sahaja...Tidak ada kena mengena dengan entry ini. ( Diambil lebihkurang 2 tahun lepas di CH)

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

10 Comments:

At Monday, September 04, 2006 4:58:00 PM, Blogger Mama Rock said...

maklang punya answer "that is so not cool of me! how could i not spell your name right huh!" macam mak raven la pulak :)

 
At Monday, September 04, 2006 5:47:00 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang, kita dah tengok your tudung sulam tu, so cantik the bunga and soooo kemas dan tegap..ni bila dah siap tudung2 yang tengah buat, post lah gambar ya!

 
At Monday, September 04, 2006 7:52:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ML kan dah kata dec whole month tak bolih amik leave pasal my collegue dah booked 1 month nak gi London.Insya'allah I will arrange something....so semue jahitan baju dah beres nampak so senang lah lepas ni.

 
At Monday, September 04, 2006 8:28:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aunty onde:

memanglah cantik sebab nak buat tudung tu lama macam 1:00 jam je kalau nak jahit mamang lama tapi cantik dan kemas pulak tu tengoklah ni siapa yang buat Halina ke orang lain


maya yang tulis

 
At Monday, September 04, 2006 8:55:00 PM, Blogger simah said...

menyanyi...
*singer menawan keluarga yg bahagia*..

heheh bila teringat lagu ni teringat pulak keluarga mak lang :0)

 
At Monday, September 04, 2006 10:18:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ooooo..tu dia maya dah tolong jawabkan ler maklang...

 
At Monday, September 04, 2006 10:32:00 PM, Blogger Idham said...

eheh..maklang...:)

best kan dapat *tick tick* must do list tu...sama ada di rumah atau di opis..

early nye planning baju baju raya maklang...:)

:)

Idham

 
At Monday, September 04, 2006 10:36:00 PM, Blogger Sherin de Souza said...

heheehee. Comel dengar cerita anak-anak maklang. :) Kelakar. Maklang, nanti satu hari sherin nak tempah tudung dari maklang le. tunggu bila maklang dah tak bz sangat. sekarang sibuk dgn order untuk raya kan?

 
At Monday, September 04, 2006 11:15:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

wahh maya pun dah pandai tulis comment! rasanya mereka kena create their own blogs too. Encourage them to write. elok juga utk karangan/composition sekolah. ya tak?

i will be their no.1 reader!!!

 
At Tuesday, September 05, 2006 7:25:00 AM, Blogger maklang said...

MamaRock:


Oh...camtu. Maklang tak ikit sangat cerita tu, so tak tahu gaya biar MR yang cakapkan kat Angah. OKEYY? Sambil geleng kepala!!


Onde:

Alhamdulillah now I am better with this. Masa mula2 belajar dulu teruk jugak nak buat cantek2. Ada yang berlubang and so on. Masa mula2 dulu tak berani nak buat kat kain bawal sebab too nipis. Buat alas meja , cushion cover, table runner and so on. Alhamdulillah now I am venturing to tudung and telekong.



Kak elle:

Oh ye...lupa pulak, tak pe. Nov ada, January pun ada kalau umur panjang, dapat jugak kemari, InsyaAllah....


Maya:

Pandai anak mak, tapi mak buat tudung almost sehari suntuk nak siapkan sehelai....sekarang gunting tu Maya dah hilangkan lagilah lama nak nak bersihkan tudung tu....nanti tolong cari lagi ye sayang...


Simah:

Oh kalau unutk maklang...silap brand tu...he..he..


Id:

Bila dah siap kerja, bolehlah ronda2 sikit or else melekat aje kat tempat duduk, kat rumah maupun di office!

Kena prepare awal2 baju2 ni, so that tak kelam kabut. Bulan puasa nak jugak lebih2kan beribadat....dan nak buat biskut Rayalah ....InsyaAllah..


Sherin:

Oh...maklang sekarang jahit aje sulam tu, tak payah tempah2 melainkan kalau ada specification lain nak letak manik ke. Ni pun tengah buat unutk nak jual. Kalau Sherin nak, nanti masukkan kat website, tapi problem betul nak loadkan gambar ni, slow ya amat. Nanti mintak Dhirah tolong, bolehlah Sherin view!


Mamasarah:

Sekarang ni tak boleh suruh buat blog lagi, kang ketagih cam mak dia payah pulak. Tapi kalau dah start, nanti maklang beritahu , ok!

 

Post a Comment

<< Home