Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, September 05, 2006

Nak Masak Ape?

Dah dua hari anak2 kita ambil UPSR. Kat office ni ada
jugak 2-3 orang officemate yang anak2 mereka ambil
UPSR. Moga2 semuanya lulus dengan cemerlang,
InsyaAllah. Anak2 maklang lagi 2 tahun. Si Angah UPSR
dan Along PMR pulak. Anak2 yang periksa mak bapak yang
risau….



Di office tak berapa sibuk sekarang. Mungkin
pertengahan September ni bila dah award project pada
vendor tu barulah kami sibuk. Sibuk sebab semua data2
mengenai motor2 untuk project tu baru dapat
ditentukan. Baru boleh nak kira2 apa2 yang patut. Yang
tak bestnya masa tu bulan puasa dah…Mintak2 tak
perlulah sampai nak berovertime…Dunia ni sat aje, di
hari dan bulan yang baik mintak2 dapatlah kita lebih2
kan ibadat2 kita, InsyaAllah.



Semalam Alhamdulillah dah 2 hari berpuasa. Kalau puasa
ni macam2 rasa nak makan. Tapi kadang2 idea nak masak
apa pun pening nak fikir. Pulak semalam Cik Abang dan
Along pun puasa. Bila ramai yang berpuasa tu mulalah
susah hati sebab takut yang dimasak tu tak berkenan
dihati! Tapi, Alhamdulillah, bila dah kat dapur tu ada
aje ideas yang keluar. Kebetulan Bibik terkeluarkan
hati lembu dari fridge dan bukan hati ayam yang nak
dibuat rencah untuk sayur campur tu. So, apalagi,
langsung lah digoreng dengan rempah. Letak kari
daging, potong bawang besar, bawang putih, halia dan
lada merah dan garam sikit, terus goring sampai
gareng. Hati ni semua orang tak makan, Cuma Hakim
dengan Maklang aje yang makan. Tu best part tu, tak
payah kisah2 nak berebut.


Lepas tu tumis pulak, nak buat nasi tomato. Bila dah
mendidih dan dah masukkan beras tu, angkatlah ke
periuk Karen tu. Tinggal aje. Bila nasi dah masak,
masukkan kacang peas tu. Ni tak payahlah nak tulis
resepi sebab senang nak buat. Lepas tu Bibik tinggal
goreng ayam letak rempah kari. Selesailah. Lepas tu
dah boleh tengok Hikmah. Angah pulak petang tu
volunteer nak gorengkan sayur. Lagi senanglaa


Oklah dah berbuka kenyang2 mulalah layu. Cik Abang dah
lelap seawal 10:00 mlm dan maklang pulak tak beberapa
minit dah gone. Mata sampai nak lelap masa jahit manik
kat tudung tu, nasib baik tak tercucuk jarum.


Hari ni pulak, kalau rajin nanti nak buat Nasi Paprik
dan telor dadar aje. Kalau malas mintak Cik Abang beli
nasi kerabu kat pasar malam. Tengoklah macamana. Today
Cuma maklang dan Along aje puasa. Angah tengahari tadi
dah surrender. Cik Abang pun tak puasa sebab ada
symposium 2 hari kat office dia. Ada makan dari pagi
sampai ke malam. Sure kembong perut tu.



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

9 Comments:

At Tuesday, September 05, 2006 4:45:00 PM, Anonymous Anonymous said...

uih, hati lembu kita nyer fav tuh!
hati ayam tak leh makan, tak lalu dah semenjak beranak satu tempohari..pelik jugak bila dah berumur ni ehem ehem, citarasa bertukar tapi yang part tak leh makan ikan darat tu jer belum nak bertukar lagi!

hari ni ingat nak kari ikan merah tu ha..

 
At Tuesday, September 05, 2006 5:21:00 PM, Blogger maklang said...

OO:

Kari ikan merah tu, masak letak santan ke? Maklang kalau masak kari ikan tak bubuh santan, letak rempah kari banyak2 supaya pekat dan letak asam jawa je...Sedaaap...Jangan lupa masa tumis tu guna tomato buah 1-2 biji dan bawang besar yang dihiris bulat2 dan letak serai. Baru jadi kari nasi kandaq. Seedaaap...

 
At Tuesday, September 05, 2006 7:19:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Hari ni SKT tak puasa sebab kat office ada symposium (entah macamana eja nya pun tak tahu lah). Symposium tu best juga, tapi yang lebih menarik lagi ada breakfast at 8am, tea break 11am, lunch at 1 pm and tea break lagi at 3pm. kalau tak join makan, rugi pulak rasanya.

Dapat ilmu sikit-sikit tu dah bagus, tapi dapat ilmu dan makan, lagi bagus. Macamana lah nak kurus.

Jadi hari ni tak puasa. Besok pun sama juga. Symposium tu 2 hari.

Ni Maklang tengah kat bawah. SKT tapi fold-kan some rojak buah sementara nak tunggu maghrib. Kuah rojak buah ni MakLang yang buatkan banyak-banyak lepas tu isi dalam bekas kecik kecik sebelum isi kat dalam ice-box. Kuah rojak buah ni pakai petis dan cili. Macamana nak buat tu kena tanya MakLang. SKT boleh blend kacang tanah, potongkan buah-buah apa yang ada dan fold kan the rojak. Hari ni pakai karot, mangga lemak, jambu batu (buang bijinya lah). Timun dan sengkuang tak ada dalam ice box, jadi tak adalah dalam rojak ni. rojak ni memanglah favourite SKT.

Sekian aje tulisan saya. Tumpang blog maklang ajelah.

 
At Tuesday, September 05, 2006 8:03:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aiyoyo asyik cakap pasal makan aje ....ni make me grrrrrr.....pak lang hantar ler rojak tu sikit kat sg bolih? mak lang selamat berpuasa and berbuka ya :)posted the stuff today after work bila samapi let me know ok? I will email you later.

 
At Tuesday, September 05, 2006 10:16:00 PM, Anonymous Anonymous said...

kat rumah i pun kadang2 makan berebut... anak2 i ni... dia org suka makan ayam goreng. semua nak drumstik. haaiii kata p.ramli pun fening-fening....

skt seronoknya dapat tumpang blog ml. lain kali ml bolehlah buat tol macam sami velu yg kaya raya tu...

 
At Wednesday, September 06, 2006 2:02:00 AM, Blogger aNIe said...

hahah...Maklang...sikedaung tu mesti Paklang, seronoknya dpt kongsi2 menulis dlm satu blog...

Mak Lang...esok kita nak puasa...so ari ni cerita pasal makan takpe...esok lepas berbuka baru boleh baca blog maklang...hehhe

 
At Wednesday, September 06, 2006 11:12:00 AM, Anonymous Anonymous said...

maklang,
nak kuah rojaaaaak jugak!!! pak lang bikin kita terliuq lah!!!

btw, tak pernah pulak saya tak letak santan, ni maklang dah ajar ni boleh lah cuba, tapi tomato buah sokmo letak, fav tu! kalau letak serai jadi lauk kandaq yea! ada 2 keping besar lagi ikan merah tu..nanti nak try, TQ!

 
At Wednesday, September 06, 2006 2:17:00 PM, Blogger maklang said...

skt:

Thank you for writing. Tak sempat makan rojak pun sebab dah kenyang.

Kak Elle:

Nak rojak, mai le sini.

DP:

Drumstick tu memang rebutan...ni memang kesukaan maklang dari kecik sampai le dah tua ni...

Kak Lady:

Yelah kak, kalau penat boleh mintak dia tolong buat entry...
Selamat berposa jugak. maklang, today last day, InsyaAllah...

OO:

Kuah rojak Cina paling senang. Beli petis yang sekilo tu, letak 2 cawan lada kering blend, letak gula 1/2 kg lebihkurang, Letak air 3 cawan dan didihkan atas api kecil sampai pekat. Manis and pedas tu ekjah le... Tapi sebelum letak atas api tu make sure bancuhan tu dah digaul rata2 supaya gula tak hangus. Also kena kacau selalu. Cubalah...Paling senang resepi MIL ni. Bila nak makan baru campur ngan kacang. Masak banyak2 then simpan dalam bekas kecil2 untuk sekali makan. Selamat memasak!

Kalau buat kari ikan tu jangan lupa letak bende...oh...menjilat jari dan air asam pekat2! BEST... nak2 kalau dah bermalam...

 
At Wednesday, September 06, 2006 3:58:00 PM, Blogger maklang said...

BTB:

Masakkan boleh tak. Memang malas laa....Paklang memang lah tarik muka 14 sebab dia memang tak suka Maggie mee!

 

Post a Comment

<< Home