Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, September 01, 2006

Perut yang pening

Ingatkan semalam naklah merdeka dari si mesin tu, tapi tak bolehlaaaaa... siap jugak sambung baju si Angah 3 pasang dan sulam tudung selai. Petang tu relax sat sebab ada kawan datang. Seronok gak....best part was dia tempah telekong sehelai. Le ni mesin tengah dok sulamlah ni. Lewat petang, Cik Abang tersayang buat BBQ ayam...kali ni the best so far...Alhamdulillah kenyang.....Erkkkkkkk...Kenyang betul...(Kak Elle...jom join....)



Pepagi tadi lepas sedar dari tidur dan selesai apa2 yang patut, maklang pun mula lah mencari telekong untuk nak letak manik tu. Dapat jugak siapkan sehelai bunga dia. Lepas tu kejut Cik Abang solat. Maklang terus ke dapur nak goreng nasi sebab dah dipesan oleh anak2 malam tadi. Lepas tu kami ke pasar.


Pagi tadi, Cik Abang masam aje. Tanya dia OK tak. Dia kata sakit kepala. Agaknya sebab makan BBQ daging kot, tapi dia makan sikit aje. Tanya if OK ke kalau nak ke pasar, dia kata OK. Tapi muka masih tak ceria. Dia jarang cam ni, selalunya tersengih aje...unless dia dalam mood nak ngusik orang, konon2 'hot'...


Sampai pasar, kami beli ayam aja mulanya. Duit bawak cuma 150 aje. Tadi dah ke bank, tapi dua2 bank kat bawah office maklang tu kehabisan wang. Cayalaaa....merdeka jugak teller machine tu sampai tak ada duit. So, kena make do with what we have laa. Biasanya kalau seminggu tu, ayam beli 4 ekor. Ikan 2-3 macam and sikit sotong and udang. Alhamdulillah tadi belanja tak sampai pun 150. Ayam 4 baru 40, ikan selar kuning 2 kilo 5 inggit, sotong 1.5 kg baru 12 inggit dan kembong sekilo 7 inggit. Sayur2 dan sedikit mee and telor ayam satu tray, buah2an (semangka dan pisang) campur2 lebih kurang 50 inggit. Oklah tadi. Cik Abang bisanya tukang angkat barang. Dia ikut aje, tapi sekejap lepas beli2 tu dia hilang sat. Rupa2nya pergi cari kueh dan air tebu feberet dia. Dia tak tahu yang kat rumah dah siap goreng nasi!



Lepas balik dari pasar tadi, dia dah ceria. Tanya dah OK ke? Dah...dia jawab. Oh...barulah tahu sebenarnya perut yang pening dan bukannya kepala dia....( macam tak biasa je pulak)


Selesai di dapur tadi,(hari ni leftover day lagi sebab ingatkan malam kang masa Wan Pari dan Tok Uncle sampai nak buat mee Ladna kot...) maklang pun doklah memasang langsir bilik tamu yang dah lama digondolkan oleh bibik. Kalau minta bibik yang pasang, mau tonggang langgang...ada pendek, ada panjang. Baik le buat sendiri. Bibik belum arif dalam nak guna cangkuk langsir tu...dia main taram aje.


Ni barulah dapat berblog sat. Tengah belenggeng ni...baju habis kena percikan mata sotong tu..hanyir! (Boleh belenggeng sebab Cik Abang gi solat Jemahat....).Oklah...nanti cerita lagi. Nak siap wangi2 sebelum darling I balik....


Selamat berwiken!!!





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

19 Comments:

At Friday, September 01, 2006 2:51:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang ...bila dah berumur ni...kalau nak makan pun kene pikir perut kita kan...samada nanti dia pening ke idak...susah kalau perut dah pening ni..segala hangin masuk dlm badan...hehehe

 
At Friday, September 01, 2006 3:22:00 PM, Anonymous Anonymous said...

bbq lagik!
adehhhhh....kasi orang meleleh jer..maklang tolong masak eh? kita nak bukak posa ni, boleh ker?

 
At Friday, September 01, 2006 3:26:00 PM, Anonymous Anonymous said...

baru baca komen pak lang..hehehe best best nanti komen lah lagi ya..seronot tengok couple berbalas2 cakap...che abe ambo tak pandai baca blog ni apa lagi nak mengomen..

 
At Friday, September 01, 2006 3:30:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

Perut tu bukan pening apa....lapar je...

OO:

Oh..puasa ye...Cian dia. Kita ada 4 hari lagi. Masih makan ubat lagi, Insya Allah next nak puasa jugak.

OO:

Memang seronok ada jugak orang nak menkomen kerja isteri dia...he..he..

 
At Friday, September 01, 2006 4:23:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Maklang, tak habis cerita salai lagi ni. (rasa banyak soal lah pulak) salai tu atas api ke? ke dalam kuali?

senang2 saya pergi singgah rumah maklang lah nanti, on the way back ke kampung nanti. saya singgah kerteh ;)

tanah di kerteh sure mahal ler ni? ramai orang asing kerja 'minyak'. Saya dulu takut nak duduk kat kerteh, sebab orang takut-takutkan pasal 'plant' meletup nanti satu kerteh kena. teruk betul saya percaya!

anyway, memang saya suka kerteh. ada sekolah rantau petronas and banyak restaurant yang best!

 
At Friday, September 01, 2006 6:39:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam merdeka maklang...

best tul selalu ada bbq ni.

nak tanya ni maklang, setiap sehelai tudung baru yg maklang dah labucikan or jahit sulaman, ada tak maklang tangkap gambar tudung/telekung tu, then jadikan ia sample gambar contoh utk org lain buat tempahan? yelah, mcm masukkan dlm folder tu, then org tinggal pilih aje nak corak yg macamana?

saya rasa saya ada mintak izin ngna maklang nak masukkan resepi roti jala maklang tu kedlm blog masakan saya. tp bila check balik kat entri2 sblm, tak de plak. ke ari tu fail masa saya post komen tu? tak pelah, so, saya nak minta izin sekali lagi ni..nanti saya tulislah dlm blog tu resepi ni dr Maklang..saya dah buat dah tau, sedaplah..cuma yg lawak tu, bukan jd roti jala, tp lempeng...haha, sebabnya masa nak masak tu baru perasan acuan roti jala tu misplaced, apalagi..jadi lempenglah. laku gak..hehe.cuma, kalau ML tak izinkan, tak mengapalah.

 
At Friday, September 01, 2006 7:27:00 PM, Blogger maklang said...

Mama sarah:

Oh...salai tu atas api le dek oi...atas kuali tu goreng!. Kalau cakap omputeh tu di BBQlah...atas api arang.

Silakan...kalau nak singgah calling2 lah...kalau kami ada sini boleh singgah makan nasi!


Anak2 maklang 3 orang sekolah kat situ. Along dah menengah. Maya dan Angah sekolah rendah. Hakim pun Tadika Petronas. InsyaAllah plant tak meletup, melainkan tu dah ditentukan Allah. So, safety is no. 1 leee...


Syikin:

Silakan...resepi ni elok kalau share2. Maklang tak kisah pun. Nanti nak dekat Raya maklang kasi resepi london Almond. Sedap. Ni dapat dari kawan yang memang jual kuih. Seeeedaaaaap sangat resepi ni. Kawan2 kalau nak raya suka tempah ngan maklang tapi maklang buat sekadar yang mampu je. Tak larat, penat lah...


Tudung tu maklang, tk ambik pun gambar dia. Buku sulam tu dah ada, so tinggal ubah colour aje. Syikin tanya2 ni ada nak tempah ke buat Raya?

 
At Friday, September 01, 2006 8:01:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Eh ML perli kan kita ah....takpe kita telan aje air lioh .... esok terpaksa beli teriyaki chicken kerana kempunan:)

 
At Friday, September 01, 2006 9:53:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

tq so much ML. heehe, nak tempah? tak delah nampaknya ML..kalau cakap ngan suami, nanti dia cakap kat KL ni banyak..kwang kwang kwang..entah, saya mmg excited tgk org buat bisness ni..

 
At Friday, September 01, 2006 11:06:00 PM, Blogger simah said...

kesian cik abang mak lang...lapar rupanya hehehe

saja curious..mak lang ambik tempah buat telekung berapa mak lang?

 
At Saturday, September 02, 2006 12:23:00 AM, Anonymous Anonymous said...

cerita ml ni memang kelakar. ml taukan i ni kuat ketawa. lagi kalau dengar pl bercakap.... lagi kelakar.... boleh berguling2 ketawa di buatnya.

 
At Saturday, September 02, 2006 6:49:00 AM, Blogger maklang said...

alex:

:) too!

Simah:

Bukan Paklang je camtu...anak2 pun sama! KAdang2 kita pun terikut2 tapi kita kalau lapar kita masak le....or Angah or Along yang tolong bakar roti...Dah ada penolong dah...


Anon:

Bab kelakar memang kelakar tapi kalau bab tengah lapar jangan kacau...oh...u kenal ke PL. Kalau kenal buat apa tak letak nama? Senang I panggil nama u, tak lah meng'anon'!

 
At Saturday, September 02, 2006 5:12:00 PM, Blogger anggerik merah said...

Mak Lang, perut pun pening jugak..hehehe..

Have a nice weekend to you & family

 
At Saturday, September 02, 2006 5:15:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Hari ni anak-anak sekolah sebab ganti cuti hari raya. Pak Lang lah yang kena hantar Nadhirah dan Faezin. Maya sekolah petang. Bila hantar Maya pukul 1 pm tadi, ambil lah Nadhirah dan Faezin. Kak Nab yang hantar budak sekolah tu tak boleh hantar hari ni. Dia baru balik dari KL.

Hakim dok dengar lagu MAMBO No5 dan Macanera, tu kuat-kuat kat bilik atas sambil joget-joget. Jadi Pak Lang pun ikut sama tapi buruk rupanya kalau Pak Lang joget. Kalau lagu Ahmad Jais ke Andrea Bocelli ke boleh lah slow-slow sikit. Tapi Pak Lang melepas geram atas treadmill, sambil Hakim joget kat sebelah, Pak Lang tu berlari kat treadmill. Lari sikit peluh aje yang lebih. Rasa dah macam 30 min tapi kalori hanya 100 aje. Entah ye ke entah tidak mesin ni. Rasanya macam 1000 kalori aje. Big Mac berapa kalori ek? Agaknya 1500 kot.

Lepas dah habis lagu tu dia repeat lagi. Masuk kali kedua Pak Lang dah tak tahan, berhenti dan masuk lah entri / tumpang blok Mak Lang ni lah.

Nak buat sendiri blog ni tak reti lagi. Jadi tumpang-tumpang entri ML ni.

Tadi sebelum Hakim pasang lagu, Pak Lang baiki kerusi makan punya seat 3 biji. Bubuh kain baru, dan stapler kan. Kerusi tu dah 6 bulan agaknya dibaiki, tapi seat dia belum pasang lagi.

Sekian aje untuk kali ini. Lain kali atas nama lain pulak. Si Kedaung Tanah

 
At Saturday, September 02, 2006 5:34:00 PM, Anonymous Anonymous said...

bukan tak nak letak nama terlupa lak kali ni

 
At Saturday, September 02, 2006 7:35:00 PM, Blogger maklang said...

AM:

Oh...perut kalau pening...lagi terok dari pening kepala!

CKT:

Bila dah mula membebel....tak leh berenti!

Terimakaseh kerana betulkan kerusi tu...para kat dalam cabinet tu dah ditempat dengan sebulan lepas masa Wan datang, kan betul kata, Wan datang sekali lagipun benda tu tak siap2 lagi....

Dp:

Dah tua le tu...

 
At Saturday, September 02, 2006 8:29:00 PM, Blogger zino said...

perut zino pening terlebih makan kenduri hehe

 
At Saturday, September 02, 2006 8:47:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wah kalau Hakim berjoget,pak lang berlari abeh mak lang buat apa?
ewah2 pak lang dah buka cerita nanti maklang pulak yg amek break....cama mana hari ni takde BBQ ke?

 
At Sunday, September 03, 2006 7:05:00 AM, Blogger maklang said...

Zino:

Makanlah khenduri tu sampai pening...tak pe pening pun free!!!


Kak Elle:

Ayam dan lembu dah cabut lari...so hari tak BBQle...Tengok tu, Paklang pun dah exercise. Maklang apalagi...sibuk dengan manik2 le...

 

Post a Comment

<< Home