Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, October 06, 2006

Lolah

Lolah hari ni. Lepas aje balik dari pasar tadi, terus aje cuci barang basah yang dibeli tu. Ayam , ikan tenggiri, ikan bawal, ikan siakap, ikan cencaru. Siap2 bersih2kan semuanya terus aje masak ikan tenggiri tu. Anak sedara belah Paklang nak datang hari ni. Dia kata nak makan masak asam. Tak kiralah masak asam ayam ke, ikan ke atau daging. Apa2 pun boleh. Punyalah kemaruk nak makan masak asam. Kesian dia, maklumlah duduk kat Uni ni. Maklang beli jugak kuey teow. Ingat nak gorengkan petang nanti. Tapi rasanya anak sedara yang akan gorengkan. Dah tak larat betul.

Pagi tadi lepas bangun untuk nak sahur tu, maklang tak tidur semula. Lepas solat Subuh tu terus aje onkan mesin sulam tu. Sambil2 tu, tampal manik. Dapat sehelai aje. Kena hati2 betul sebab serik sangat masa kena seterika hari tu. Dalam pukul 9pagi baru keluar ke pasar tani. Tulah dari balik tadi sampailah pukul 5 lebih baru selesai nak bereskan kerja rumah ni. Siap2 masak asam ikan tenggiri tu, goreng sotong, lepas tu masak tauhu lembut dengan tomato, lepas tu cuci2 ikan dan sayur kacang. Lepas tu mintak tolong Dhirah tanggalkan langsir kat ruang tamu tu. Kena buat this week jugak sebab mulai dari cuti Nuzul Quran tu dah nak start buat biskut pulak. Kerja tak habis2! Tadi pun nasib baik anak sedara dan kengkawan dia tolong2 jugak nak sangkut pin dan langsir2 tu. Tapi masa nak cucuk pin tu kena maklang jugak yang buat kebanyakkan nya. Last2 Bibik tolong jugak sangkut langsir tu. Bila dah siap seronok tengok rumah. Tahun ni maklang tak gantung langsir baru. Langsir tu pun dah 4 tahun. Langsir kat dapur tu dah nak masuk 5 tahun. Maklang buat cross stitch langsir dapur tu masa Hakim dalam perut lagi. So, dah 5 tahun lah langsir tu. Rasanya lama lagi baru jahit langsir lagi. Tapi langsir yang beli masa Fella design sale tu masih belum jahit. Entah bila kalalah nak dijahit. Ada tu kat bilik tetamu tu.


Tadi ajak Cik Abang gunting langsir, tapi dia tidor. So, tak gunting lagilah. Tengoklah nanti solat terawih nanti, tu pun kalau lolah den tak berpanjangan...InsyaAllah.

Tengah best ni...semalam Cik Abang dah betulkan wireless....yeay..yeay...lepas kerja dah habis, boleh lah melompat kesana kemari!!!Thank you Abang....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

13 Comments:

At Friday, October 06, 2006 6:42:00 PM, Anonymous Anonymous said...

masak asam tu macam mana maklang? macam orang johor buat gulai asam pedas tu ke?

happening betul dapur dan mesin jahit maklang eh?

 
At Friday, October 06, 2006 6:50:00 PM, Blogger maklang said...

mamasarah:

Masak asam pedas le. Letak serai sikit, daun limau purut, bawang putih, merah dan lag=da kering. Belacan sikit dan kunyit. Harap2 sedap laa...maklumlah orang puasa masak...

 
At Friday, October 06, 2006 8:00:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ML the offrer still on...I mengatal masuk kacau dia org and I pun buat new one pasal yg ada dah 2 tahun dan lagi degree naik lagi....kena lah S$356/- for 1st pair and second pair progress lens nya free but the frame kena bayar S$80/- after less.Dah terbang $$$ actually ok lah because its for 2 pairs.OK yr asam pedas recipe same as mine ingat sunday ni nak masak asam pedas ikan pari.Kita sama lah ML langsir tu tak payah tukar tiap2 tahun pakai aje yg lama.

 
At Friday, October 06, 2006 8:00:00 PM, Blogger Ajzie said...

ooo ajzie ingat asam rebus. mak lang pernah buat tak asam rebus udang letak nenas..sedap mak lang..huhhhhhh. Ajzie suka kuey teow. Sedappp nya.. Kuey teow kerang faouvrite tuh..

 
At Friday, October 06, 2006 10:12:00 PM, Blogger Count Byron said...

Gunting langsir can be interesting, kan kan ML? langsir kaler apa tahun ni? Salam pada cik abang yang super handy tu.

 
At Friday, October 06, 2006 10:33:00 PM, Blogger anggerik merah said...

Wah..bestnye dengar persediaan untuk raya dengan langsir yang nak dipotong..plan nak buat biskut...

Semoga lolah mak lang cepat hilang..

 
At Friday, October 06, 2006 11:28:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Meriah dan sibuk betul hidup ML ni, tu lah yang jadi sampai lolah tu. banyakkanlah rehat... nanti sakit kan susah... macam super woman kalau sekali imbas hidup ML ni...

 
At Saturday, October 07, 2006 7:38:00 AM, Blogger Nong said...

Bertungkus lumus nampak nye membuat persiapan hari raya. Satu kemeriahan untuk anak2...

Kat sini biskut raya kita outsource je...

 
At Saturday, October 07, 2006 8:25:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:


Waaaaah...tahun ni Raya ngan spec baru laaa...Nanti datang JB kak, kita jumpa kat rumah my mom, OK?

Tak pe tak langsir baru, langsir lama masih boleh pakai.

Ajzie:

Tak pernah buat udang rebus ngan nenas. Boleh bagi resepi kaaa? Tambahlah koleksi den...

nbb:

Tauhu lembut ngan tomato tu resepi dari jiran kat KL dulu. Bila masak ramai lak yang minat, SIL, FIL, my Abang and ramai lagi. InsyaAllah maklang masukkan resepinya kalau nbb minat!

Count:

Tulaa...sampai pagi ni belum gunting langsir tu. Kalau ikutkan malas, memang malas nak jahit. Tapi kawan tu minta tolong sangat sebab rumah dia baru extend, so memang tak de langsir le tu. Tengoklah camana nanti.

AM:

Alhamdulillah dah OK sikit. Malam tadi lepas terawih, pukul 9:30 dah gone...

Memang seronok buat kueh Raya nih...

hanisumayyah:

Alhamdulillah maklang bahagia kalau sibuk2 camni, tapi jangan terlalau sibuk dahlah. Ada limitnya jugak. Bila dah terlalu penat, maklang pasti gedebun dulu! Dah puas rehat, sambung pulak kerja2.

Kak Nong:

Buat persiapan ala kadar je kak. Rumah tak ada yang ganti baru. Buat kueh ni, anak2 dah order sejak belum puasa, nak famous amos mak tu...nak almond london dan macam2 lagi...kalau tak buatkan tak sampai hati. Biasanya kalau buat, malam tu aje dekat setengah botol mereka bedal. Nak2 yang famous amos coklat chip tu.

 
At Saturday, October 07, 2006 1:48:00 PM, Blogger maklang said...

no problem. InsyaAllah sebelum cuti weekend depan maklang masukkan, OK?

 
At Saturday, October 07, 2006 2:43:00 PM, Blogger Idham said...

:) meriah meriah nya rumah maklang nie dekat2 raya nie...

cuit cik abang yg tido tu...bangun la dia...

:P

idham

 
At Saturday, October 07, 2006 8:51:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ML tentang meeting kat JB tu tak bolih promise.I tuan rumah macam mana nak tinggalkan my father alone...lagi pun tak pandai jln sorang.You mai lah ke sg....btw when you be in JB?

 
At Sunday, October 08, 2006 8:24:00 AM, Blogger zino said...

teringat satu lagu dolu dolu hehe..rumah tepi sawah pakai pulak lansir biru hehe

apa kaler lansir rumah makkang tahun ni..?

rumah zino lansir yg tahun2 dulu jugak le jawabnya hehe

 

Post a Comment

<< Home