Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, October 05, 2006

Spec Dhirah patah lagi...

Macam2 hikmah dibulan puasa ni. Antaranya sifat kejiranan semakin terserlah. Walaupun jarang berjumpa dan berbual, maklang rasa seronok sangat hantar makanan ni kata kenkawan dan jiran. Semalam yang kelakar tu, masa tengah nak tunggu solat Zohor tu dok cerita pasal nak buat kueh Puteri mandi. Ni dhirah suka sangat. Mak Dhirah pun suka! So, cakap kat Kak Yah, my opismate ni, biar dia buat kueh and maklang masak. Bila siap masak, maklang mintak Cik Abang hantar kat dia makanan tu dan Kak Yah kasi kueh….Lumayan ni…no kisah nak buat kueh manis…



Malam tadi lepas2 dah solat terawih semua, and and usual Maklang kat mesin tu, while Paklang dok mengadap PC kat study room tu ( dia tengah nak networkkan PCs tu), si Along masuk kat bilik study tu…


‘Mak….spec Dhirah dah nak patah….’


Lemah dengar anak dok cakap macam tu. Asyik patah aje spec dia. Pada hal baru aje tukar less than a year ago. Macam ni pengsan le…


‘Alaaaah…Dhirah pakai cellotape dululah…Mak malas nak gi kedai cerminmata tu. Lagipun spec tu kan baru lagi!’

‘Oklah mana tape nya?’

‘Gi cari kat bilik mak dalam beg kertas tu. Kalau tak guna aje duct tape hitam tu. Lambat sikit musnah!’

Abah bila dengar mak dah bising, terus aje masuk campur…

‘Ahaaa….memang ye. Gi tempah aje kat SK Welding tu. Kat situ boleh dia buat keras sikit!’ (SK Welding tu kedai buat grill)


‘Tak nak laaa!!!!’

Tau nak menjerit. Budak2 ni nak jaga keperluan dia orang memang mahal betul! Phone dia je dah berapa sebulan. Last month dah warn dia, kalau phone tu lebih dari RM30/bulan, memang mak tolak je dari belanja dia. Last month tahan sikitlaa. Baru lepas kena warning. Mana taknya asyik dok main SMS aje. Entah berapa kali sehari. Ni belum Angah ada hp lagi, Maya lagi, Hakim lagi.

Tapi, InsyaAllah…rezeki tu ada. Siapalah kita kalau tak ada anak2 nikan.

Baru sat ni keluar dengan Dhirah buat spec dia. Sib baik towkey spec tu kawan rapat. Kalau tak lagi mahal. Syukur Alhamdulillah….


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

9 Comments:

At Thursday, October 05, 2006 4:28:00 PM, Blogger simah said...

ni kes dhirah todq pakai spec kot mak lang? tu kot yg cepat patah? mcm saya selalu tertidor pakai spec esp masa anak anak kecik lagi dulu habis bengkakng bengkok.tai tak la patah... maybe dhirah pon buat mcm tu kot?

 
At Thursday, October 05, 2006 6:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hehe no comment lah pasal spec dhirah patah. tapi kelakar betul bab nak pergi hantar welding.

hari tu masa buat project kat dungun, kita buat pagar kat ada one welder ni murah je. nanti saya pi minta quotation.

hehe, dhirah jgn marah ne?

 
At Thursday, October 05, 2006 6:50:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wah Dhirah dapat spec baru...hari tu angah kan? Hai PL sampai nak di weldingkan .... haha....harini my neighbour sebelah kat tempat kerja ads for those above 40 kalau buat progress lens buy 1 get 1 free so I kacau kat die org beli mata kanan dapat mata kiri free bolih tak?.....hahaha....ketawa semue yg kat situ.

 
At Thursday, October 05, 2006 9:28:00 PM, Anonymous Anonymous said...

spec memang lah mahal, saya punyer ni pon macam nak kena tukar dah..scratch dah banyak..tak sedap pakai tapi ngingatkan ghege...nak pengsan...

nanti sabtu ni nak kena pi dentist pulak ni..ya lah, macam kata you lah sis kan? kalau kita redha tu insyaAllah adalah rezki anak2 ni..sometimes terasa dan obvious sgt yang memang Tuhan kasik tu untuk depa..agaknya entah2 kita ni kalau tak der anak2, tak banyak mana pun rezki yang datang.

 
At Thursday, October 05, 2006 11:23:00 PM, Blogger zino said...

zino baru buat spec multi focul tu.. mak oii mahal bebona.. tapi kena buat juga..

 
At Friday, October 06, 2006 10:37:00 AM, Blogger Am just a gal said...

Salam dari NZN untuk Mak Lang...

Next time pesan kat Dhirah, kalau patah lagi, tolak allowance dia, mesti dia jaga baik2 punya

 
At Friday, October 06, 2006 1:11:00 PM, Blogger Zareda Norman said...

salam mak lang, selalu zar nyinggah tapi jarang tinggal pesan.. rajin mak lang menyulam ek.. kalau dekat memang nak suruh mak lang jer sulam baju baju zar tu

 
At Friday, October 06, 2006 2:43:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Kalau Mak Lang jumpa spec yang tak boleh musnah, let me know. My hero sorang tu, dari last year sampai sekarang (2 tahun) dah 4 pasang specs kena buat kat dia. Patah lah, hilanglah, kena curi lah ...... agaknya lagi murah kalau bagi budak ni pakai contact lens kot!

 
At Friday, October 06, 2006 6:23:00 PM, Blogger maklang said...

Simah:

Memang tido ngan spec le tu...

Mamasarah:

Tolonglah mintakkan quoatation tu. Kalau boleh nak besi yang keras2 sangat. Tak larat dah!

Kak Elle:

Kalau offer tua da lagi, maklang pun nak jugak!

OO:

Kita kerja penat2 pun unutk cari rezeki buat anak2...

InsyaAllah ada aje...


Zino:

Maklang pun nak kena buat jugak bifocal tak lama lagi...

nzn:

Salam...Memang dah nak tolak pun allowance dia. Biar dia rasa susah ke tak kalau tak ada duit ni.

Zareda:

Thanks for dropping by. Maaf, maklang tak sulam baju, cuma buat kat telekong dan tudung aje.

QOTH:

Parah le kalau 4 specs dalam 2 tahun. Lain kali pakai specs plastic tu je...

 

Post a Comment

<< Home