Bibik nak balik
Pagi2 maklang dah dikejutkan dengan berita Bibik nak balik. Angah talipon kata Bibik beritahu dia yang dia nak balik. Angah kata masa dia talipon ke kampong tadi pagi, ipar yang jaga anak dia yang berumur 4 tahun tu kata yang dia dah tak nak jaga anak bibik lagi.
Panic sat. Tapi kena take it easy. SMS kat kakak kot2 dia nak datang balik sini.
Call Cik abang beritahu situasi ini. Cik Abang relax aje. Dia kata kalau bibik nak balik, baliklah. Tapi balik teruslaa….Maklang pun setuju kalau dia nak balik, baliklah teus sebab kita tak guarantee if dia akan balik sini lagi atau tak.
So, tengahari tadi masa Maklang sampai aje rumah, Bibik terus beritahu maklang yang anak dia sakit dan sedara dia nak dia balik ke Indonesia. Maklang kata macamana pulak ni. Kalau dia nak balik sekarang tak bolehlah. Paling awal akhir bulan depan, masa kami nak ke KL tu. Lagipun 3 minggu punya weekend ni memang dah berbooked punya. Tak ada masa nak pi KL nak hantar dia. Dia diam aje. Maklang pun serba salah. Cuba kalau anak kita sendiri, pasti kita nak balik terus sebab nak tengok anak. Maklang mintak dia call semula ke kampong, mungkin penjaga dia tu nak duit agaknya, so tu yang kata macam tu. Bibik ni orang nya lurus bentul sikit. Ni tak tahulah macamana. Atok pun kata, hantar duit dulu. Mungkin orang sana nak duit kot. Lagipun last dia hantar ialah pada bulan 7 yang lepas masa Wan Sara datang.
Bingung jugak memikirkan. Bila dengar Bibik macam tu, maklang terus aje kalau sepupu nak cari solution to this problem. Biasa hal2 pembantu ni maklang yang uruskan. Sepupu maklang kata kalau nak maid, kawan dia ada buatkan. Tapi mahal jugaklah….RM 4K. Mana pulak nak korek. Satu lagi solution, is to call kakak balik sini. Kerja kejaplah sementara dapat pembantu. Dah call kakak tengahati tadi. Dia kata kalau Maklang duduk KL, memang dia kerja ngan Maklang sampai jumpa jodoh. Dia pun kata dia dah mimpi kami kat Malaysia semalam dan hari ni kebetulan Maklang call dia. Tak tahulah macamana ni. Dia pun kata dia rindu kat anak2 esp si Bujang sorang tu.
Doa2lah moga2 anak bibik sembuh kembali, dan tak payahlah maklang susah2 nak cari pengganti. Paling senang, resign dan jadi suri rumah sepenuh masa…..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
14 Comments:
adoi mak lang! resign jadi full time homemaker ni macam kerja overtime in the corporate world kot...hopefully things will turn out alright for you.
aiseyman maklang, ada saje dugaan mendatang ya. semoga maklang dapat ilham yang terbaik utk mengatasi masalah ini.
maklang cerita ni sama ngan my sis punya maid,hubby die sakit so skg school holiday my sis bagi dia balik 2 wks,belikan tiket 2 ways - hujung minggu belum tahu balik ke tak...kalau kakak yg lama nak balik kerja bagus lah asal budak2 dah biasa ngan dia.
Susah jugani.. wan dah nak gi mekah.Kalau tidak boleh juga wan tolong..Dugaantu.Insyaallah ada penyelesaiannya..
salam,
moga masalah maid ni cepat selesai..
lamanya saya tak main kutu
mak lang itulah masalah biler kita ader maid ni.
saya pun nak citer jugak ler, kalau mak lang atau kawan2 perasaan entry saya yang lepas pasal maid jiran saya ganggu maid saya...hari tu, berita terkini, maid jiran saya dah lari bersama maid jiran yang lain pada jumaat baru ni....maid saya sejak kes tu dah tak kawan ngan dia...lagi..
itulah kerenah maid ni, kita hanya mampu berdoa...
aper2 halpun kalau dia bagitu oklah...
Moga MLang dapat jalan penyelesaian secepat mungkin.
Bila cuti sekolah di Msia habis yea?
mesti panik mak lang bila dengar bibik nak balik..
saya doakan mak lang dapat selesaikan masalah ni..
masaalah jugak tu.. tapi tentu ada jalan penyelesaian nanti tu.. zino tak ada pengalaman pasal pembantu ni.. kalau ada pun cuma 6 bulan je dolu dolu.. sekarang baby hantar rumah jiran kat belakang tu..
Hai Mak Lang, problem bibik ni macam berjangkit kan? Apa nak buat...terpaksalah cari jalan keluar. Semoga semuanya ok.
at least bibik mak lang bagitahu dulu..
jiran punya bibik, hilang gitu jer...
moga semua selamat ..
maid.. u cannot live with them cannot live without them
... nasib baik anak sya dah besar
mamarock:
maklang kalau resign dok rumah mesti nak ada maid yang datang setiap hari. tak kosa den nak mengemas rumah 24 jam....ponek!
TQ for the wishes...
mamasarah:
InsyaAllah Ok kot. bibik tak jadi balik...Alhamdulillah..
Kak Elle:
Memang tak boleh tunggu if they all dah balik. Dibuatnya tak balik naye je...
Izzy:
Wan pon cakap cam tu. Tapi nasib baik bebudak tak sekolah, taklah terok kalau bibik jadik balik. Along pun dah besar, boleh jaga adek2 dia...tapi boleh harap ke???
syikin:
TQ...
Shami:
Kes maid lari ni parah betul. Wan pernah kena. Dah lah rugi they all lari lepas tu kita kena fine lak tu...
Ajzie:
TQ. Cuti sekolah sampai 2.1.2007!
Shima:
Panic jugaklah tapi tak worry sangat sebab cuti sekolah...
Zino:
Senanglah anak2 dah besar. Yang payahnya tu bila anak2 balik and tak ada orang kat rumah.
nora:
InsyaAllah Ok....Bibik ni baru jugak, baru 6 bulan, tapi pernah kerja ngan Wan Sara kat Jakarta. So, InsyaAllah tak lari...
pb:
Betul tu...tapi alhamdulillah dia tak jadi balik
sya:
Betul kata Sya tu...
insyaAllah ada penyelesaian tu..doa banyak2.
Post a Comment
<< Home