Upgrade rumah
Assalamualaikum
Alhamdulillah .....setelah hampir setahun nak ‘upgrade’ rumah tu, hari ni barulah tukang tu datang. Puas jugaklah tunggu. Dah order frame2 tingkap tu dekat setahun, sejak dari bulan 3 lepas, bulan lepas baru ada duit nak perabih bayaran. Barulah frame tu dihantar ke rumah. Ni baru buat deal dengan tukang last week untuk nak pasangkan frame tu. Kena buat sikit2, bila pitih ada sikit, sikitlah geraknya upgrading rumah tu. Tak apalah. Lama2 siap jugak. Ni pun belen2 duit yang ada dalam tabung. Dah keruk sampai licin. InsyaAllah cukup bulan depan, dapat duit kutu, dapatlah untuk beli buku2 sekolah dan yuran sekolah.....Alhamdulillah.....
Dalam seminggu dua ni memang keadaan di opis ni agak boring. Kerja kurang bebenor. Kalau bolehlah bawak kain dan mesin tu kat opis ni memang maklang bawak. Kerja adalah sikit2. Tak banyak mana kalau nak habiskan satu hari suntuk. Yang lebihnya banyak membaca, atau tengok2 apa yang patut. Musim2 akhir tahun ni memang macam ni, kurang kerja. Nanti dah awal tahun, lepas2 Raya China tu tak menang tangan nak menghabiskan kerja. Masa tu mengeluh pulak, tak boleh nak rehat. So, masa2 dapat rehat ni, rehatlah betul2....
Kat rumah pulak memang tak boleh rehat. Semalam dapat sambung baju Along. Tu pun bukan baju sekolah. Baju untuk nak gi Mak De punya wedding. Baju Angah dah hantar pi tempah. Dia nak pakai kebarung. Baju maklang tinggal sembat lengan dan bawah. Baju Maya belum sambung lagi. InsyaAllah, petang ni boleh sambung. Tengoklah macamana. Progress jahit manik kat tudung Wan Pari tu OKlah. Tinggal 6 pattern belum letak manik. Dah siap tu, boleh tampal renda dan jahit kain dia. InsyaAllah siap sebelum Wan Pari nak terbang 5/12 ni. Lepas tu baru dapat sulam Wan punya. Kerja kat rumah tu memang menunggu aja. Ada jugak datang malas dia. Kerja, sendiri yang cari. Kalau nak tempah memang boleh, tapi kesian kat Cik Abang, dah kita boleh jahit tu, korban ajelah sikit masa nak tolong Cik Abang. Selamat jugak 3-400 ringgit untuk upah jahit. Boleh buat beli buku dan lain2 keperluan sekolah.
InsyaAllah, lepas Mak De punya wedding, kami dah plan2 nak gi KL. InsyaAllah rajin nak gak turun ke Melaka jumpa sedara mara sebelah sana. Jadi ke tak tu tak tahulah lagi. Mintak2 program tu dapatlah dilaksanakan.....tak sabar nak bercuti....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
9 Comments:
Maklang ni mmg rajin betul la.. Bagus kalau berbakat ni. Pandai menjahit, memasak dsb. Kena ikut contoh maklang la. Sherin masak je ok, menjahit tak beberapa la.Maklang nak buka kelas tak?
mak lang serba bolih:)wah tukar frame baru lagik...bila agak nya tangan nak berhenti berehat ah?dah bagi putera sign contract ke tido sesama skg....hehe
tukar frame je? hehe..
tak habis lagi menjahit ya maklang? Itu hari, sebab nak raya, ni nak pergi wedding pulak.
Saya masa kecik2 dulu, rasa macam mak belikan baju setahun sekali je time raya. lepas tu, kalau ada apa2 function lain - kena recycle pakai baju yg sama!
Sherin:
Kelas menjahit tu taklah, tapi kalau nak tahu cara potong baju, anytime boleh mail.Tapi kena pandai guna mesin jahit laaa..
Kak Elle:
Menjahit boleh, memasak boleh, kerja ok, satu je tak pandai...nak jaga badan...he..he..Si Putera tu nampaknya sign contract sampai habis cuti sekolah lah nampaknya....
Zino:
Frame tingkap tu letak kat balcony atas rumah. Lepas tu cerminkan semuanya. Boleh jadi tempat tengok TV, berexercise dan tempat lepak. InsyaAllah 2-3 minggu siaplaa...Semuanya cermin...
Mamasarah:
Kena jahit baju sebab semuanya theme biru. Kalau dah belikan sorang baju baru, kesian pulak yang lain pakai baju lama, termasuk mak dia. So, menjahit lagilah nampaknya. InsyaAllah siap. Tadi dah siap gunting baju Melayu Hakim 3 pasang. Uniform sekolah. Untuk Maya, InsyaAllah gunting besok pulak...
sis,
kita pon sama kat ofis ni sekarang tengah 'lengang'..buat jer lah mana yang patut..
hehehehe..baru jer semalam dok cakap, kalau boleh angkut kain dan mesin kat ofis, cepatlah sikit kerja2 menjahit siap! kerja kat rumah banyak drpd ofis lah..tu yg kalau boleh dgn rumah2 nak angkit bawak ofis..tehehee..
MakLang..Siapa Wan Pari? Dari beberapa N3 yg lepas saya perasaan MLang ada sebut Wan Pari?..Mak mak lang ker? Kalau Wan dan Atok tuh saya tahu lah..mak dan bapa kepada mak lang?
Selamat Bercuti2 Malaysia.
Onde:
Memang kalau boleh hangkut memang hangkut semuanya kat opis. Esp the mesin sulam ...syok nya...
Ajzie:
Wan Pari tu adek bongsu Atok. Tinggal kat Kt.
insyA maklang.. ada nya masa utk maklang bercuti nanti tu. maklang dah berhempas pulas keje, mesti dapat masa pi bercuti nya tu. baca entry maklang, rasa macam mulan yang penat. maklang ok je.. power la maklang.
Post a Comment
<< Home