Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, November 29, 2006

Duit segoni dan Egg tofu

Assalamualaikum………………………


Alhamdulillah berkat doa kawan2, bibik tak jadi balik. Atok kata mungkin orang yang jaga anak bibik tu bagi alas an macam tu sebab dia nak duit lah. Bibik ni lurus bendol, seklai bagi duit sampai sejuta. Mesti orang ingat dia kaya. Talipon lak 2-3 sekali. Malam tadi, maklang call Wan Sara untuk nak cakap dengan Bibik. Wan Sara suruh Bibik hantar duit dulu. Tengok macamana. InsyaAllah tak apa2. Bibik kata 3-4 hari sebelum dia call tu, tak ada pulak orang yang jaga anak dia tu cerita anak Bibik sakit. Entahlah…. Tapi apa2 pun mintak2 rancangan nak balik tu tak jadiklah…






Hari ni pepagi tadi dah bangun masak untuk lunch. Bibik dah siap goring mee untuk breakfast so taklah kecoh sangat. Lagi pun budak2 tak sekolah ni taklah kelam kabut sangat. Cuci ikan tenggiri unutk nak masak tomato, sambil2 tu goring egg tofu tu. Ni feberet budak2. Kalau masak 4 bungkus tu tak jadi apa, jadik taik gigi aje. Nak buat macamana dah mereka suka.


Tengahari tadi masa balik makan tu, dok cerita2 ngan Along.

“Along, masa mak pregnant awak dulu, nilah makanan mak”

“Iye kee???”

“Iye…Abah tiap2 hari pergi ke Cozy Corner belikan ni unutk mak. Agaknya sebab tu awak suka”

“Kenapa mak makan ni aje? Bende lain mak tak leh makan ke?”

“Nanti awak pregnant awak tahulah macamana!”

“EEEEEEE….tak nak Dhirah”




Iyela, masa ni cakap tak nak, kang jangan tak sempat graduate dah nak berlaki. Bak kata arwah mak mentua, kalau nak kawin, bagi mak abah duit segoni dulu baru boleh kawin!




Kalau ada yang berminat nak masak egg tofu, ni resepinya seperti dibawah:


4 bungkus egg tofu ni dipotong setebal 1 inci digoreng hingga kekuningan dan ditoskan
1 batang carrot dihiris nipis ( bentukkan macam bunga)
4 helai daun kobis panjang dipotong
3-4 tangkai daun sup dan daun bawang
1 tin cendawan butang atau cendawan hitam yang kering (5-6 kpg) dihiris
1 batang lada merah
Garam, gula
Sedikit minyak bijan (optional)
4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 2-3 potong halia, ditumbuk halus
10 ekor udang atau 6 ekor sotong ( dihiris nipis)- boleh juga diganti dengan ayam
1 biji telor ayam
2 sbd tepung jagung
1sdt lada putih
1 cawan air


Caranya:

Tumis kan bawang putih dan merah. Bila naik bau, masukkan udang. Biarkan sebentar. Masukkan carrot, batang kobis panjang, dan cendawan butang.

Masukkan lada merah yang dihiris,. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan telor, kacau rata. Masukkan tepung jagung yang sudah dilarukan dalam air. Masukkan lada putih, sedikit gula dan garam. Jika masakkan terlalu pekat, tambahkan air. Terakir sekali masukkan daun sup dan daun bawang dan daun kobis dan kemudian letakkan sedikit minyak bijan jika suka. Lepas tu boleh dihidangkan…Selamat mencuba!


P/S: Tengahari tadi, Angah mencari sebab separuh dah disimpan untuk makan malam. Kalau dibiarkan semua, memang jadi Bandarayalah dia…Siap komplen apasal mak masak tahu tu sikit sangat!


Wassalam….
















Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

18 Comments:

At Wednesday, November 29, 2006 5:56:00 PM, Anonymous Anonymous said...

e;eleh!!!!!! sedapppppppppppppppppp je kate org....!!!

 
At Wednesday, November 29, 2006 8:03:00 PM, Anonymous Anonymous said...

kelakarlah maklang boleh gurau camtu ngan anak2.

maklang, saya nak cuba buat egg tofu. kena confirm rupa egg tofu tu mcm mana dulu - takut tersalah beli kat sini.

satu bungkus egg tofu tu berapa size dia sebenarnya? yang bungkus bujur panjang tu ke? next time, kalau ichiruki tu rajin, suruh ler dia tangkap gambar step by step siap dgn rupa bahan2 sekali.

p/s: kobis tu cauliflower ke?

 
At Wednesday, November 29, 2006 8:41:00 PM, Blogger Kak Elle said...

mak lang tu silk tofu my feveret...terlior kejap...baru tadi lunch I makan silk tofu with seafood soup.Alhamdulillah bibik tak jadi balik ni tante my sis entah balik entah tidak...pusing kepala....

 
At Wednesday, November 29, 2006 10:18:00 PM, Blogger maklang said...

Anakanda:

Saje je usik...tapi mak serius tau...dah grad jadi Dr. baru bolehlah nak gatal2....he..he...

mamasarah:

Egg tofu tu kuning. Dia bungkus dalam plastic. Bentuk macam cylinder. Diameter about 1 inci , panjang dia sebungkus dalam 4 inci. Gambar tu pun diambil kebetulan masa Paklang pegang camera pukul 7:30pagi tadi. Masa tu Ichiruki @ Datong (sebab bangun lambat and nak bangun pagi tau semuanya dah siap so kami panggil dia Datong instead of Dating (bahas Ganu!))belum turun bawah lagi....Maklang le masak sensorang sambil Bibik tolong2...


Kak Elle:

Tu memang feberet maklang tu...Semangkok boleh habis kalau masak tu, tapi le ni kena share2 ngan bebudak. Kadang2 kita tak rasa pun kalau tak diasingkan sikit. Punyalah suka benda tu...

 
At Wednesday, November 29, 2006 10:36:00 PM, Blogger Shami said...

nanti buleh cuber resepi ni.nampak sodap yor...

 
At Thursday, November 30, 2006 6:12:00 AM, Blogger Ajzie said...

Mak Lang..buat saya rindu makanan favourite saya. Sini tak de jual. Masa balik Msia selang 2-3hari saya mesti beli. Anak2 saya pun suka.

 
At Thursday, November 30, 2006 9:18:00 AM, Anonymous Anonymous said...

ohhh tidakkkkkk..this is my favourite! tapi saya tak expert nak goreng benda ni, selalu hancur! mak lang ada petua tak - ke ada special way nak bukak bungkusan dia tu? hehehe..sori stupid question ni and Alhamdulillah, bibik tak jadi balik.

 
At Thursday, November 30, 2006 10:23:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam Maklang,

Ermmm, saya bertandang rumah yang betul ke ni? Rumah baru? :)

Wow, langkah kanan...ada resipi tofu, kegemaran saya tu...salin, salin... :)

 
At Thursday, November 30, 2006 11:24:00 AM, Blogger zino said...

terasa pulak.. hehe maklum la kawen dulu masih lagi student hehe tapi student bergaji penuh.. boleh le tanggung anak dara org.. masa gred dah ada dua anak

skrg ni macam long nak ikut jejak abah dia kawen mude hehe

 
At Thursday, November 30, 2006 12:56:00 PM, Anonymous Anonymous said...

err..daun sup tu camana ek?

 
At Thursday, November 30, 2006 1:22:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

maklang, tofu tu yg dalam bungkus tu ke?

 
At Thursday, November 30, 2006 4:18:00 PM, Blogger Mulan said...

auukkk... auukk.. tak sabar nak balik ni!!! kena list down benda apa nak sental nanti. otok2 cik wan tu jgk ada dlm list. maklang opis kat sarikat miyak msia ke maklang?

 
At Thursday, November 30, 2006 6:53:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Alah maklang nih nampak baik jer,
Kalau hal hal yang melibatkan adik beradik belah suami dia paklang dia nih kedekut pahit.
kita tengoklah nanti adik ipar dia nak kawin . memacam alasan. Raya dah 12 tahun tak pernah balik pun ke kuantan. Kalau balik belah ke jb tuh sampai seminggu lebih. balik kuantan bila semua adik beradik dah takder. Last raya dulu arwah mak nak sangat anak kesayangan dia balik. Hampeh...

 
At Thursday, November 30, 2006 7:44:00 PM, Blogger Count Byron said...

Semoga Bibik dapat re-consider dan teruskan khidmat cemerlang beliau bsama klrga ML.
Egg Tofu looks so good. Ni nak singgah kertih ni

 
At Thursday, November 30, 2006 8:48:00 PM, Anonymous Anonymous said...

uncle or nak panggil atuk? atuk ar... atuk count, kalau datang kene awal2 sbb nanti senang utk dhirah simpan egg tofu tu utk diri sendiri...sbb sedap sgt egg tofu tuuu....

 
At Friday, December 01, 2006 7:00:00 AM, Blogger maklang said...

Shami:

Memang sedap...cubalah...

Ajzie:

Kat sana ada tak? Sure kempunan tengok gambar ni!

OO:

Oh iiiiiyeeeee.....Alah OO kat KL tu kan banyak jual chinese food yang ada tanda halal....gi beli aje.Maklang kalau nak keluarkan egg tofu tu, maklang potong kat tengah2 dia lepas tu keluarkan dari plastic dan baru potong lebihkurang 3/4 inch thick. Kena deep fry lama2 , bila dah kaler oren2 baru balikkan, kalau tak memang pecah punya.

Alhamdulillah Bibik tak jadi balik setakat ni...


BR:

Tak sangka maklang ramai yang suka tofu ni...

Selamat bersalin...eh.eh...menyalin resepi..maaf ye...


Zino:

Maklang cerita hal anak sendiri. Tak ada nak suruh orang terasa...Tapi orang dah terasa sendiri nak buat camana...Tak pe kawin muda, asal kita tahu tanggungjawab dah SyukurAlhamdulillah...


Anon:

Daun Sup= Daun sadri.

Syikin:

Ye, tofu bungkus dalam plastic!

Mulan:

Opis perunding syarikat minyak.
Selamat kembali ke Malaysia!


Count:

Alhamdulillah Bibik tak jadi balik....Lega tak payah pikir pasal ni....tu yang masak egg tofu...he..he...

Silakanlah kemari. Kalau nak makan kena inform 2-3 hari sebelum, nak pergi tangguk udang kat sungai...


Along:

Kalau Atok Count datang, mak masak 10 bungkus....jadi tak payah dah nak berebut!

 
At Friday, December 01, 2006 10:22:00 AM, Blogger Mama Rock said...

ha, mama pun suka makan tofu ni kat cozy corner tu :)

 
At Friday, December 01, 2006 2:07:00 PM, Blogger maklang said...

mamarock:

memang sedap kan!!! rindu lak nak gi situ

 

Post a Comment

<< Home