Dari Teratak Maklang ~ 2007

Friday, December 01, 2006

Selamat datang Nita and Family

Assalamualaikum....


Apakabar? Maklang tak berapa sihatlah...Dah 2-3 malam dok kena selsema. Yang peliknya, malam aje yang tersumbat hidung ni. Sejuk agaknya. So, semalam lepas2 dah habis check package yang nak submit ke Client, tinggal kat my junior, gi Dr. and ambik MC. Dah lama tak MC. Ada lagi 8-9 hari lagi till year end. Balik tu tersandar kot kerusi sambil pegang2 lah jugak my jahitan...Penat tidur sat. Tapi rumah ni, since anak2 tak sekolah, memang bising aje. And bersepah. Bila kita suruh kemas, dia mengamuk! Macam2 ada.....



Semalam maklang and Paklang puasa.Ialah posa ganti. Paklang saje nak teman. Tak sangka pulak dia nak teman. Buka posa makan biasa2 aje.. Kari ayam, ikan goreng, hati goreng dan chap chai. Sambal belacan mesti ada. Paklang kalau makan sambal belacan suka letak mangga yang dihirs2 tu. Semalam pulak, dia hiriskan kedondong yang maklang and Bibik petik kat depan rumah tu. Selera betul dia makan. Alhamdulillah selesai, 1 hari lagi posa ganti maklang. Moga2 diberkati dan dilindungi Allah hendaknya, InsyaAllah...



Petang semalam masa tengah entertain kawan yang datang berkunjung, maklang terima call dari Nita. Ingat tak maklang ada cerita pasal Nita,kat blog lama. It was a surprise. Kali ni Nita datang ngan parents dia, anak2 dia dan adek dia and anak sedara dia. Lama betul tak jumpa Aunty dan Uncle. Dulu masa kecik2 they all berjiran ngan mak. Uncle was a police officer and Aunty was a school teacher. Alhamdulillah dua2 sihat and Uncle being a police officer, masih segak lagi walau dah berumur 65 tahun. Seronok jumpa mereka. Adek Nita tu was Alang's schoolmate. Wan dan Atok dulu pun biasa dengan mereka.


Petang tu, bila Nita call, maklang tanya if they want to have dinner here. Kalau nak, I will cook, tapi Nita kata tak payahlah. Sebenarnya dalam fridge tu dah kosong, maklumlah dah last day of the week before pasar taniing today. Last2 mintak tolong Cik Abang gi beli satay. Entah berapa cucuk dia beli. Banyak jugak. Satay yang kami biasa beli tu tak ada pulak malam tadi, so terpaksalah Cik Abang carik kat Kerteh ni. Nasib baik ada. Sebelum pulang tu, dia ngan Hakim dah makan dulu satay tu kat gerai. Patut bila balik, nampak Hakim macam tak kisah aje....15 cucuk sekali ngap. Dia memang suka sangat satay, ikut Abah dia. Maklang ok aje. Tapi masa pregnant dulu, tak boleh langsung tengok satay. Mesti nak munt@h punya.Sampai after lepas dah bersalin, kalau Paklang beli satay, dia tak tinggal untuk maklang. Eh...dah beranak, hormon dah back to normal. Satay tu tinggallah untuk Maklang sikit...he..he...


Bila dah jumpa tu, macam biasalah cerita2 hal sekolah. Ingat tak dia, kenal tak dia ni. Eh...dia tu tak kawin lagilah and anak dia dah ramai, and so on...so on. Datok, Paklang and Uncle dok cerita apa pun kami tak perasan. Rancak nampak perbualan mereka. Aunty siap komen, kata Datok and Paklang nampak macam adek beradek...cewaah, Datok tersenyum2!. Anak2 pulak sibuk main2 sama2. Budak biasalah, kejap aje jadi kawankan....



The night went well. Aunty siap pergi visit taman kat luar tu. Dia memang minat pokok bunga. So, bila balik semalam kami bekalkan Aunty bunga sisik naga dan seplastic kedondong....


Eh...maklang tak reti nak linklaa....camana ha? Ni nak kena get help from Along ke Jo ke, Kak elle ke...siapa2lah ..OO ke?. Dia tak gi terus kat entry tu, tapi pergi untuk bulan tu aje...HeElp.....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

16 Comments:

At Friday, December 01, 2006 10:26:00 AM, Blogger Mama Rock said...

sure seronok semabang2 ni...lupa tang sate tu ya!
ps - mama ni pun beng*p sikit tang nak link link ni...kejap lagi ada lah blogger yang baik hati bagi tips ni, boleh mama tumpang sekaki :)

 
At Friday, December 01, 2006 12:03:00 PM, Anonymous Anonymous said...

laaaaaaaaaaa.... nape x bitaw nak wat link tu?? kejut ar dhirah bangun... senang jerrrrrrrr

along da tuka name...bkn ichiruki da

 
At Friday, December 01, 2006 4:23:00 PM, Blogger Ajzie said...

MaK Lang siapa nama sebenar Nita..mana lah tahu kot2 ajzie kenal. Terjejak kasih lagi sorang schoolmates. hihi. Satay..huhhhhhhh sedap..kami bakar dalam oven aje disini..

 
At Friday, December 01, 2006 9:38:00 PM, Anonymous Anonymous said...

http://dariteratakmaklangini.blogspot.com/2006/05/nita.html

cuba maklang copy link yang panjang di atas tu, gantikan dgn current link. InsyaAllah dia akan ke entry bertajuk "Nita" yang maklang nak tu kan?

 
At Friday, December 01, 2006 10:01:00 PM, Blogger Kak Elle said...

alamak terlambat baru nak explain kat ML tapi mama sarah dah terlebih dahulu...best ye dapat jumpa kawan lama lagi.

 
At Saturday, December 02, 2006 8:13:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Maklang,

As always, you're a wonderful host!

 
At Saturday, December 02, 2006 9:06:00 PM, Blogger maklang said...

mamarock:

Alhamdulillah ramai yang dah ajar. Satay tu sampai hari ni ada lagi dalam fridge. Besok pagi boleh buat breakfast!


Along:

Malas mak nak kejut, kang sakit pulak jari jemari ni nak ketuk pintu tu...


Ajzie:

Cian dia. Belilah barbeque pit buat bakar satay!


Mamasarah:

TQ...TQ


Kak Elle:

Tak pe lain kali ajar benda lain pulak...Camana nak buat font lain2 and colour?

dith:

TQ....kena bow sikit! Maklang baru aje balik dari Kontan servis kereta!

 
At Saturday, December 02, 2006 9:09:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang click kat Text masa buat entry pilih lah colour yg you nak.

 
At Saturday, December 02, 2006 9:14:00 PM, Blogger Kak Elle said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Saturday, December 02, 2006 9:14:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang msg atas from me tadi my niece pakai so belum tukar display name.

 
At Saturday, December 02, 2006 9:31:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:


Oh ye ke...tu lah ingat budak comei mana pulak termasuk kat blog maklang! TQ anyway kak...

 
At Sunday, December 03, 2006 7:09:00 AM, Anonymous Anonymous said...

okay lah tu dah ramai cikgu ajar cam ner nak link..

seronok lah dapat jumpa kawan dan sembang2..ada lagi ke selsema tu?

 
At Sunday, December 03, 2006 8:54:00 AM, Blogger zino said...

cerita pasal satay.. malam tadi kami makan satay di awan besar.. baby dengan zino je yg lain nak makan nasi..

 
At Sunday, December 03, 2006 12:44:00 PM, Blogger Mulan said...

satay.. satay.. sini ada satay house (malaysian halal restaurant) tapi rasanya tak challenge yg kat malaysia la. kat pasar malam pun best lagi.

 
At Sunday, December 03, 2006 3:44:00 PM, Anonymous Anonymous said...

satay..kita orang malaysia memang suka..gila..mengidam satay..tapi bila saya beli satay utk hatice masa kat malaysia dulu..dia punya comment..(saya translate ke bm)..

*anne.. kenapa bagi daging bergula?* hehehe mulut pun dia tak masuk...hehehe well..her loss..anne dia yg pelahap satay lepas tu hehehehe

 
At Sunday, December 03, 2006 7:14:00 PM, Blogger Ajzie said...

Ada barbeque pit tuh, tp takan nak bakar dalam rumah kot..luar dah sejukk lah mak lang, Charcoal tak sempat nak jadi bara. hihihi.

 

Post a Comment

<< Home