Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, January 08, 2007

BORANG...BORANG...BOSAN

Assalamualaikum.....


Ni baru dapat nak pegang PC. Anak2 semua dah masuk tidor. Tadi kerja sekolah Angah dan Maya dalam pukul 9 lebih sikit dah selesai. Angah ada resolution baru tahun ni, tak nak tipu2 pasal homework. Homework mesti tiap hari disiapkan. Agaknya dia malu sebab baru ni dia turun kelas. Alhamdulillah Maya naik class and Along maintain aje.

Cik Abang pun dah lama belayar. Tadi lepas maghrib dia dah tidur. Tak berapa sihatlah tu, plus penat agaknya. Semalam masa nak hantar dia ke airport pepagi tu, dia kena hujan. Cik Abang kalau kena hujan memang cepat sangat kena pening kepala. Tadi pagi sebenarnya dia dah bersiap nak ke offshore, tapi dalam 9 lebih pg tadi dapat berita yang all fights to the platform yang dia jaga tu has been cancelled due to the strong wind dan gelora laut tu. Risau betul bila dia kata nak ke laut! Kat sini pun hujan sekejap turun, then berenti, then turun lagi. At this moment hujan baru berenti. Cuaca mendung aje. Kenkadang terasa macam kat US dulu masa fall....


Maklang pulak, bila semua dah tidor, baru lega nak buat kerja sendiri. Selagi tak settle kerja sekolah mereka, maklang tak boleh nak buat kerja sendiri dengan aman. Tapi tadi pun dah on kan mesin sulam yang dua tu. Ni sambil menaip, mesin tu dok menyulamlah. Satu telekong dan satu tudung. Without the kids mengacau, I feel more relaxed. Menyulam ni pun kena concentrate. Kalau tak, ada aje benanglah salah, bunga lah salah etc.


Tadi sebelum Along masuk tidor, dia dah tinggalkan borang dekat 4 muka nak kena fill in.

'Mak , ni borang cikgu suruh isi. Dhirah dah fill in satu borang tu. Yang lain Dhirah tak tau'


Terpaksalah maklang pi cari no.-no. surat beranak ni semua. Tak tahulah. Tiap2 awal tahun mesti ada borang2 untuk nak diisi. Semuanya yang sama macam yang tahun2 dulu. Tak ada bezanya. Nama bapa, ibu, alamat, gaji, pekerjaan dan entah apa2 lagi. Ni dah borang yang ke 3 maklang isi, with the same info. Kalau Along punya je tak pelah sebab dia sorang aje kat sekolah menengah, tapi Maya dengan Angah kan di sekolah yang sama. Kena jugak isi. (Terpaksa berenti sat...sibujang melalak, dia kata Angah dia 'buat' dia. Yang bebenornya dia nak tidur dengan mak dialah tu. Nasib baik dapat pujuk. Urut2 dengan minyak kat tempat Angah 'buat' dia tu and suruh dia tidur dengan kakak2 dia)


Kan ke baik kalau biodata murid ni Cikgu2 boleh masukkan dalam PC dan borang tu cuma akan perlu diisi sekiranya ada penambahan dalam keluarga selepas bulan January tahun yang sebelumnya. Tapi biodata anak2 ni kalau di minta, maklang rasa Ok lagi. Yang buat tak syok tu, bila gaji kita pun nak diberitahu dan slip gaji yang telah disahkan oleh ketua kg or JKK perlu disertakan. Malu pulak nak pi mintak orang sahkan gaji kita. Gaji kan ke sulit dan konfidential. Mana boleh beritahu orang! Yang tak bestnya kat banadar kecik2 ni, cikgu tu punya husband ada yang satu opis dengan maklang. Dan kalau cikgu tu tahu income kita, dia beritahu kat husband dia, rasa tak syok pulaklaa...Tak tahulah kalau kat sekolah lain pun buat macam tu. Tapi setahu maklang sekolah2 yang ada kat sini kebanyakkannya memang macam tu. Kalau misalnya Cikgu nak maklumat gaji untuk beri bantuan buku teks ke or makanan, its OKlah kalau diminta. Tapi bagi yang rasa2 dia tak mahu bantuan, then tak perlulah nak mintak slip gaji semuanya. Entahlah. Kenkadang bosan jugak dibuatnya....


Tapi malam ni, I tak bosan dah. Sebabnya, mesin I tengah kerja kuat untuk nak menjahit tudung2 dan telekong kesayangan maklang. Seronok menjahit ni...especially kalau menjahit dengan perasaan sayang atas apa yang kita jahit....


Oklah...saje nak luah perasaan....


Wassalam....







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

15 Comments:

At Tuesday, January 09, 2007 12:18:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, Azi nak tya beli mesin kat mana? Guna brand Brothers ker or brand lain. Mesin apa yng elok dan baik yea utk menjahit dan menyulam.

 
At Tuesday, January 09, 2007 6:52:00 AM, Anonymous Anonymous said...

maklang...
betul tu I think tangga gaji parents tak perlu di beri tahu kecuali kita minta pertolongan tu pun yg bergaji rendah.Musim hujan eh?di-jangka hingga hari ahad ni.So far ada banjir tak?

 
At Tuesday, January 09, 2007 7:35:00 AM, Blogger maklang said...

ajzie:

maklang guna brand lux husqvarna. Beli hari tu yang baru 8K dan yg second hand 5K. Brothers Ok jugak. Sekarang brand Lux ni diskette dia payah nak cari. Disc dia satu keping cost about 400RM. Kalau kat sana ajzie boleh carikan maklang tak? Jenis ni made in Sweden. Sini susah betullah. Maklang ada satu lagi disc yang nak dibeli sebab yang tu bunga2 dia cantek2.


Kak Elle:

Pagi ni pun pukul 7 macam pukul 6. Mendung aje...Banjir kat kawasan lain, sini, alhamdulillah tak lagi...

 
At Tuesday, January 09, 2007 10:24:00 AM, Blogger Mama Rock said...

exactly kan, maklang! every year i ahve to fill up the form berhelai2 tu tiap2 kali mama merungut apasal lah diaorang ni tak save info ni dalam database. kan ke senang if mintak changes yang nak update je? btw, what's ur email id...nak pvt number le :)

 
At Tuesday, January 09, 2007 10:32:00 AM, Blogger maklang said...

mamarock:

And I thot it was me alone, complaining. Rupa2nya ramai kaum ibu bapa yang seangkatan dengan ku.

my e-add is nazdin_2000@yahoo.com kot...tekan kat bunga ros tu and akan lead to the dashboard where by add is.

 
At Tuesday, January 09, 2007 11:47:00 AM, Blogger Led said...

Assalamualaikum Mak Lang,

Saya ada idea jahat.Disebabkan diorang tu berkenan sgt nak tau gaji kita, mak lang letak letak jek gaji yang paling minimum. Biasanya, diorang nk copy fotostat kan bersiap dgn cop pegawai kelas A kan? So, y not, mesti mak lang padamkan jek apa2 nombor yg patut. yg 4 digit jadik 3 digit ke. bua apa kita tunjuk gaji kita yg nombor besar2. diorang nk cakap kita miskin?golongan pertengahan? Seingat saya dulu ada color printer, selalu buat keje jahat ni. dah dapat signature pegawai tu. pas tu scan elo2, alter apa yg patut, pas tu reprint.....macam mission impossible gayanya tu.

 
At Tuesday, January 09, 2007 12:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

dalam borang afiqa,ada satu lagi informasi yg perlu.Adake dia minta nombor cukai pendapatan!!

 
At Tuesday, January 09, 2007 12:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

dalam borang afiqa,ada satu lagi informasi yg perlu.Adake dia minta nombor cukai pendapatan!!

 
At Tuesday, January 09, 2007 12:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

dalam borang afiqa,ada satu lagi informasi yg perlu.Adake dia minta nombor cukai pendapatan!!

 
At Tuesday, January 09, 2007 12:50:00 PM, Blogger pekan said...

aper la diorang nak buat borang banyak2 tue.. buat penuh fail jer.. kan ker sekarang nie semua sekolah dah ader pc.. cikgu2 pun dah ader laptop.. aper yg payah sgt agaknyer..??!!

 
At Tuesday, January 09, 2007 2:34:00 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang..masa meeting PIBG cuba raise up this issue..propose paperless system..skrg kan semua dah ada computer, internet..

boleh cuti lama ye cik abang maklang kalau weather condition teruk lagi..

 
At Tuesday, January 09, 2007 8:28:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Maklang,

apa khabar? Next time I am back will call you. Dah nak balik tomorrow nite.

You really have a good hobby. I wish I cud pursue mine. Dulu2 suka juga menjahit. Bila dah start kerja, tak continue lagi.

Take care

 
At Tuesday, January 09, 2007 9:03:00 PM, Anonymous Anonymous said...

setiap tahun borang yg sama ka diaorang kena isi mak lang? mcm kat sini.. satu bırang tu dia akan bring forward ke next year..excep certian borang ja ie contact number etc..

 
At Tuesday, January 09, 2007 9:05:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Saya setuju dgn maklang, saya pun rasa gaji adalah maklumat yang sgt personal. Dan bnyk lagi maklumat yang saya rasa amat peribadi.

 
At Tuesday, January 09, 2007 11:29:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hish ingatkan isi isi borang ni dah tamat dah. Seingat saya zaman saya skolah ada lah benda benda tuh. Rupanya ada lagik yerk. Kelakar pulak rasa.

 

Post a Comment

<< Home