Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, January 01, 2007

Kisah Wan lagi

Kami baru aje tiba dari KL pukul 6:30ptg tadi. Kali ini cuti kami banyak dihabiskan dengan melawat Wan di hospital. Pagi petang, dan malam kami akan pergi melawat Wan. Alhamdulillah Wan dah bertambah sihat dari hari ke hari.


Hari Khamis lepas, kami tiba di PJ lebihkurang pukul 2:30 ptg. Lepas makan tengahari, kami berehat sebentar. Alang kata masa melawat cuma dari 5-8 malam. Jadinya taklah tergesa2 sangat. Lebihkurang pukul 4 ptg, Atok balik ke rumah Alang dengan Tok Busu Zainal ,adek Atok , with his wife dan Tok Busu Din abang Wan. Bibik goreng keropok lekor yang kami beli kat Chendor tu dan hidang jugak buah jambu dengan kuah rojak petis yang maklang ada bagi kat Alang entah berapa bulan yang lepas.


Petang tu kami pergi tengok Wan. Sedih tengok Wan. Masih guna oxigen dan ada untuk nak drain out the liquid from the perut. Tangan Wan pulak ada drip. Sedih tengok dia. Tapi Alang kata she looked much better than the day before. Malam tu Dhirah yang teman Wan kat hospital. Dia ingatkan ada connection kat situ sebab Uncle Jai ada account dengan UH. Tapi nasib malang , dia tak dapat connection. Sian dia. Tapi Wan kata bagus dia tunggu Wan, esp bila Wan batok dan nak buang kahak tu...Dah boleh harap dia.


Hari Jumaat tu pepagi lepas maklang dah masak untutk breakfast dan makan tengahari, maklang terus ke UH untuk nak tengok Wan. Ganti pulak tugasan dengan Dhirah. Pagi sampai pukul 4:00pg, maklang jaga Wan. Sambil2 tunggu Wan tu sempatlah siap 2 helai sembat baju Wan. Siap jugak baju2 sekolah bebudak.Tengahari tu Wan dapat tukar ke bilik seorang. Lega sikit. Kalau tak tu, bila cucu Wan datang, riuh, takut pulak mengganggu orang2 lain.


Hari Sabtu pagi tu Cik Abang dan Atok pergi shopping barang2 dapur untuk Raya. So, dalam pukul 11 pagi tu dah mula nak merendang. Tak banyak cuma 5 kilo aje. Sambil2 tu goreng ayam untu nak masak serai. Mintak tolong Bibik Alang isikan beras untuk nak buat nasi impit. Pukul 2 ptg tu maklang ke hospital ganti Aunty Leen yang dah menunggu Wan kat hospital dari pagi. Pagi tu saluran untuk buang air kecil tu dah di cabut. Drip dan drain tu masih ada lagi. Wan pun dah boleh bangun hari tu. Bila nak buang air kecik, Wan dah boleh gi tandas. Wan pun dah boleh buang air besar, which was a good sign. Sebab it shows that the bowel now is already working. Alhamdulillah...


Hari Ahad tu, macam biasa sibuk pepagi Raya. Lepas siap masak, kami terus ke rumah sepupu maklang, nak tumpang mandi sebab tak ada air. Pepagi Raya ni ada pulak paip bocor. Nasib baik maklang sempat mandi. Cuma Hakim, Tylee, Ucop dan Lan aje tak sempat. Along and Angah tidur kat hospital. Alang dah bawakkan baju kehospital pagi tu, masa nak bersihkan Wan pagi tu. Wan kata both ladies in waiting were good kata Wan. Walaupun at first Wan tak confident yang cucu 2 orang tu can take good care of her. HAri Raya tu, Wan dah bertambah kuat. Dah boleh jalan sendiri ke tandas, tanpa di papah tangan dia. Tapi dia masih pegang besi tempat gantung drip dia. Malam tu, Along dan Alang pulak yang tunggu. Bebudak ni dia enjoy nak tunggu Wan sebab lepas tu aja, Abah dia belanja kat delifrance kat bawah tu....mana tak seronok...

Alhamdulillah, hari Ahad tu Wan pun dah mula makan bubur. Bibik buatkan bubur ayam. Bukan Wan aje yang seronok makan, cucu pun seronok makan bubur tu...


Pagi tadi, lepas siap2 kemas, buat breakfast which mainly consist of leftovers from semalam, kami pergi ke UH untuk nak jumpa Wan before we left for Kerteh. Busu pun balik jugak. Alhamdulillah drain Wan dah dicabut.


Masa kami nak balik tu, Wan sedih jugak. Tapi InsyaAllah Wan akan pulih. Kami pun dah pinjam maid dari sepupu untuk sementara, untuk nak jaga Wan. InsyaAllah seminggu dua ni, maid baru untuk Wan akan tiba...Moga semuanya baiklah hendaknya.


Selamat Tahun Baru...Moga2 amalan kita lebih baik pada tahun ini, InsyaAllah...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

12 Comments:

At Monday, January 01, 2007 10:37:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Terharu membaca entry maklang tapi alhamdulillah Wan dah beransur pulih dan untuk 'anak sedara baru aunty'along and angah nanti aunty bagi special hadiah sebab walaupun masih hingusan pandai menjaga wan di hospital.....dengar tu I REPEAT SPECIAL PRESENT FOR BEING GOOD GRANDDAUGHTERS.... nanti kalau nanti aunty sakit bolih special request eh?Dhirah email me ok?

 
At Monday, January 01, 2007 10:50:00 PM, Blogger zino said...

selamat tahun baru semuga wan akan cepat pulih

 
At Tuesday, January 02, 2007 8:51:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdullilah Wan dah semakin sihat.

Selamat tahun baru untuk maklang & keluarga

 
At Tuesday, January 02, 2007 9:45:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Selamat tahun baru untuk maklang & keluarga.

Semoga Wan cepat sembuh...

 
At Tuesday, January 02, 2007 4:58:00 PM, Blogger aNIe said...

Semoga wan akan segera sembuh...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2007 buat Maklang sekeluarga....semoga tahun 2007 dtg membawa seribu keberkatan...

Dah boleh harap Dhirah sekarang.... :)..

 
At Tuesday, January 02, 2007 6:02:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Bagus maklang train anak2 supaya menghormati orang yang lebih tua, dan menjaga orang sakit. Lebih-lebih lagi yang sakit tu, nenek mereka sendiri. Semoga berterusan akhlak mereka yang mulia tu.

 
At Tuesday, January 02, 2007 6:47:00 PM, Blogger Sya said...

Semuga Wan cepat sembuh.. Dah boleh harap Dhirah tu.

Teringat menjaga arwah nenek dulu, bergilir2 ngan kaklady.

 
At Tuesday, January 02, 2007 7:04:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Bagusnya Dhirah, moga mnjadi ikutan pada adik2. Moga Wan cepat sembut.

Salam buat Alang.

 
At Wednesday, January 03, 2007 10:55:00 AM, Blogger maklang said...

kak Elle:

TQ. Alhamdulillah anak2 yang 3 semuanya ambik turn jaga Wan. Hakim pulak kalau jaga Wan lain pulak jadinya.

Zino:

Sama2...selamat tahun baru..


AM;

Selamat tahun baru. ALhamdulillah Wan makin sihat...

Nong:

Selamat tahun baru...Lama tak nampak kak, pergi luar negeri lagi ke??


Kak Lady:

Selamat Tahun Baru. Alhamdulillah Wan dah tambah sihat.

Alhamdulillah...anak sulong maklang dah boleh harap...Adalah penolong unutk keluarga...


Mamasarah:

Maklang memang train bebudak camtu. Ingat nak suruh Dhirah jadi Dr bila besar nanti, macam Alang. Nampak2 dia minat. Mana tahu...InsyaAllah adalah Dr in the family.


Sya:

Syukur anak2 ni ada rasa sayang dan nak jaga Wan dia. Walaupun masa Wan sihat, payah nya nak dengar cakap. Esp si Angah, dia tatang Wan dia betul2. Gelihati tengok perangai bebudak ni. Seronok dan bangga pun ada...Alhamdulillah

Ajzie:

Thanks. Alhamdulillah...

 
At Wednesday, January 03, 2007 12:30:00 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, mama baru habi baca semau entries ni...lama rasanya tak ke blogs. Alhamdulillah Wan dah bertambah sembuh. ni wishes yang belated untuk mak lang sekeluarga - slama aidiladh dan selamat tahun baru.

 
At Wednesday, January 03, 2007 6:04:00 PM, Blogger Idham said...

:) alhamdullillah WAN dah makin sehat...
cucu2 WAN tu cukup istimewa...bukan senang nak didik macam tu. syabas kpd ibu dan ayah mereka.

selamat tahun baru!

idham

 
At Wednesday, January 03, 2007 10:24:00 PM, Blogger maklang said...

mamarock:

tQ kerana membaca semua entries...rajin mama.

Tahniah kerana dapat A+ tu...

Selamat tahun baru jugak buat mama..


ID:

Thank you. Alhamdulillah Wan dah makin sihat. Ini semua rahmat dari Allah swt.

Selamat tahun baru jugak untuk Id sekeluarga

 

Post a Comment

<< Home