Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, January 03, 2007

First day of sekolah

Assalamualaikum.....


Sebenarnya mata dah mengantuk. Pelih dah. Tapi nak jugak buat entry ni. Tak ada apa cerita cuma biasa2 aje.


Hari ni baru start kerja. Semalam cuti sebab hantar anak2 ke sekolah. Cik Abang hantar ALong dan Angah setiap pagi sebab kakak yang biasa hantar mereka ke sekolah dah tak nak hantar lagi. Mulanya terasa susah jugak sebab terkejar2, tapi InsyaAllah Ok. Cuma pagi je kena hantar , tengahari Angah balik naik bas sekolah.Along pulak kenkadang balik pukul 2 lebih, dia tumpanglah kawan dia. Tapi semalam dia beritahu , ikut kurikulum baru ni, tiap hari balik dalam pukul 4:30 atau 5:00 ptg. Jadinya Cik Abang lah yang ambik dia since sekolah dia is just across the road from Cik Abang's office. Oklah tu. Cuma bila Cik Abang kena gi offshore or outstation mungkin kelam kabut sikitlah. Office maklang is on the other side of town tapi tu pun less than 8km away.


Pagi semalam, about 8:20am tu dah bawak Hakim dan Maya ke sekolah. Terus register Maya dan Angah sekali untuk tabilas kat Masjid TM tu.Last yer pun sekolah kat situ. So far Alhamdulillah....insyaAllah jadi insan yang berguna. Then gi ke sekolah Hakim. Cikgu dia, cikgu yang sama macam tahun lepas. Bila kawan dia jumpa Hakim, terus aje dia cubit pipi Hakim, geram dan rindu agaknya sebab lama tak jumpa. Then, maklang gi beli baju sekolah Hakim. Nasib baik ada size. Baju yang tahun lepas dah pendek sangat. Kalau angkat tangan mesti baju tu terkeluar bila di tugged-in to the seluar. Pinggang seluar pulak ketatnya ya amat. Lepas tu, maklang ronda pergi ke kedai baju kawan maklang . Ingatkan nak jumpa dia, rupa2nya dia dah admitted kat spital nak kena Caeser. Alhamdulillah dah dapat pun anak perempuan sorang lagi. 2 pompuan dan 3 lelaki. Syukur.


Petang semalam pun antar Angah dan Hakim ke Tabilas. Then ke bank. Siap semuanya, maklang balik ke rumah. Dok relax2. Sambil ronda2 blogland. Memang best. Then sambung jahit tudung sekolah Angah. Malam pulak dapat siapkan samping sekolah Hakim lagi 2 lai. Lega....baju2 sekolah dah siap semuanya. Angah 2 pasang, Maya 3 pasang, Along 3 pasang dan Hakim 3 pasang. Ingatkan nak potong lagi 3 helai baju putih untuk Maya sebab baju2 lama dia dah tak muat. Baju kurung SKRP angah pun kena buat jugak.Pendek sangat. Baju tabilas Angah pulak dah kuning2 sebab asyik kena rendam dengan clorox!


Bila Cik Abang balik petang tu, I told him about how good it is to stay at home. Boleh buat apa2 sesuka hati. Taklah terkejar ke sana ke mari. Dia suruh ambik cuti 1 minggu. Rehat kat rumah. Tapi sayang pulak nak utilize cuti. So, today pergilah ke office. Ingatkan nak set a site visit for tomorrow. Orang2 KL pulak cannot make it. Postpone to next week.


Petang tadi, I spend some money on myself. Lama nya tak gi facial ni. Lebih 6 bulan agaknya. Sedap jugak bila di urut2 ni. Leka dan ngantok jadinya. Lepas tu maklang gunting rambut pulak. Kedai facial ni belongs to a friend. Lama dah dia ajak maklang gi ke kedai dia, tapi baru today dapat indulge myself....lepas tu dah booking this Saturday untuk urut tradisional dan mandi rempah. Mintak2 can mare it sebab anak sedar Cik Abang with her family nak datang sini, InsyaAllh...


Good nite!

Wassalam....................

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

12 Comments:

At Thursday, January 04, 2007 7:03:00 AM, Anonymous Anonymous said...

so its back to school and back to work eh maklang?wah sempat pergi facial sekali...kekadang kita kena pamper diri sendiri kan?Ni nak tanya u interested ngan new template tak because I ada lagi 2 set yg cantik kalau nak I send u the zip file and u buat lah .... colour nya soothing juga.Let me know otherwise I put it up for sale.....hahaha

 
At Thursday, January 04, 2007 7:56:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

can alsolaa..

memang kena pamper jugak. ni pun dah lama tak buat ada lebih half a year...

 
At Thursday, January 04, 2007 9:29:00 AM, Blogger zino said...

tahun baru fasyen baru facial pun baru hehe

 
At Thursday, January 04, 2007 1:35:00 PM, Blogger pekan said...

apsal tak ambik jerk cuti seminggu tu kak.. baru betul pamper nanti.. :)

 
At Thursday, January 04, 2007 7:01:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Bagus ML, facial, urut, err kaler sekali tak rambut ??

 
At Thursday, January 04, 2007 8:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

dosa je kaler kan rambut~ x sah mase mandi hadas oii... air x telus la

 
At Thursday, January 04, 2007 9:11:00 PM, Anonymous Anonymous said...

bukan main sibuk lagi bila mula tahun baru ni kan? sure anak2 maklang bersemangat semua dengan azam baru masing2 tu. huhu teringat zaman sekolah dulu-dulu...

 
At Thursday, January 04, 2007 10:06:00 PM, Blogger Count Byron said...

Mmm a worthwhile indulgence.. sekali sekala.. and kami org lelaki pulak ke kedai gunting india.. habis tengkok dipulas2.
ML.. I'm happy Wan is getting better. May she recover fast. Semoga Allah membalas jasa anak2 Wan kepadanya.

 
At Thursday, January 04, 2007 10:08:00 PM, Blogger maklang said...

zino:

facial tu untuk sendiri dan Cik Abang...he..he...

pisces:

kalau nak pamper diri tu kena berenti kerja laaa....


adah:

kalau kaler tu pakai inai je...tapi buat masa ni masih banyak yang itam lagi, tunggu dah putih semua baru jadi blond...

manusia mars:

kat mars rambut kaler apa?

tahu tak boleh, so guna inai ajelaaa

mamasarah:

baru masuk sekolah ni sibuk on the first day. By next week sibuk pulak nak mengajar kerja2 sekolah budak2 pulak.

 
At Friday, January 05, 2007 2:36:00 AM, Anonymous Anonymous said...

it is good to indulge urself at times.. iyea la..mak lang asyik uruskan semua orang..sesekali nak jugak luxury massage ker utk diri sendiri kan?... nanti nampak lebih anggun n pak lang lagi sayang...

selamat tahun baru mak lang... am glad to hear that wan is getting better *hugs*

 
At Friday, January 05, 2007 8:19:00 AM, Blogger maklang said...

simah:

memang kena indulge sometime for ourselves. asyik kerja, kerja n kerja. Ni ada lebih sikit bolehlaa...

 
At Friday, January 05, 2007 1:42:00 PM, Blogger Mama Rock said...

aahhhh bestnya kalau boleh cuti, lepas tu pamper diri sendiri...seronok eh! baru cuti seminggu, nowni nak catch up kerja mama kat ofis ni semput rasanya...ni kena pamper lebih ni baru boleh jalan...:)

 

Post a Comment

<< Home