Outstanding housework
Assalamualaikum.
Selamat berpagi Jumaat. Maklang hari ni tak kerja. Dah lama rasanya kami dapat duduk rumah bila hari Jumaat. The last 2-3 Jumaats we were in KL. Letih rasanya asyik tak duduk rumah.
Alhamdulillah dapat jugak berwiken di rumah. Ni pun lepas Subuh tadi dah mula nak jahit manik. Ingatkan nak rest rest this wiken, tapi as usual, tak reti lak nak duduk je tengok TV tanpa pegang apa2. In fact malam tadi dah tengok x stitch semula. Bila lah nak habiskan gambar bear tu untuk anak kawan. Baby dia pun dah 4-5 bulan agaknya. Busy ya amat. Ingatkan malas aje nak ke pasar, tapi rasanya kejap lagi pergi kot. Nak cari ikan kalau ada. Tapi rasanya memang ikan kotak lah sebab cuaca 2-3 hari ni tak elok. Kat rumah ni pun dah tak ada ikan. Ikan kering and ikan bilis adalah. Kalau tiap hari makan ayam, tak larat jugak. Sayuran nanti besok beli kat supermarket. Murah sikit.
Tengahari ni dah plan nak mula jahit tudung yang Kak Ha tempah tu. Satu pun belum berjahit. Kena start. Malam tadi pulak, Kak Nab, kakak yang jual mesin sulam tu beritahu yang ada 6 lagi orang tempah telekong. Ni betul pengsan kang nak menjahit. So in total maklang ada about 13.5 more to sulam. Sehelai yang tengah jahit manik tu tinggal 4 bunga lagi nak siap sulam dia. Hopefully hari ni bolehlah siap sikit. Kalau dah lama berenti ni, liat sikit nak mula.
I still have the following things to complete:
1. Dua helai sarung bantal x stitch (ni dah 80% complete)
2. 3 helai baju kurung tabilas Maya - 3 dah siap. Boleh pakai untuk pagi dan ptg.
3. 3 helai baju kurung tabilas Angah - baju last year ada, tapi tengok dah pendek!
4. 1 helai baju sekolah Dhirah...dah jahit sekerat, tapi lengan dia pulak entah kat mana. nanti nak kena selongkar kat bakul kain tu!
5. 13.5 helai telekong yang belum di usik lagi. Ni kena cepat ni, its piling! Ada tak sesapa nak tolong jahitkan manik?
6. Nak kena kemas study room yang dah macam kapal nak belayar tu.
7. Nak kena kemas ruang tengok TV yang baru buat tu (tak sabar nak tunggu complete - sekarang tengah tunggu pasang cermin!)
Entah bilalah dapat siap. Kena buat schedule nih....
Tak sabar nak gi berurut dan mandi rempah besok, InsyaAllah....
Selamat berwiken...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
15 Comments:
hari ni maklang pulun menjahit dan mengemas.. esok boleh la santai berurut dan mandi rempah hehe
bila dah siap ruang tv baru tu nanti bolehlah tunjuk gambar ek....
you know waht? gi mandi rempah dulu, masaga2 dulu...lepas tu baru fikir list yang memanjang tu :) kira refreshing laa...
Salam,
Mak Lang ni asyik sibuk memanjang, tak sudah-sudah kerja...relaks Mak Lang, awal tahun baru ni :)
Moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, murah rezeki dan sentiasa dalam lindunganNya.
maklang supermum... sure boley siap nya.... ingat ari tu masa kat kontan, nak naik kerteh jumpa kenkawan plus cari2 maklang, tapi hujan ribut la, pas tu hubby kena panggil balik plak. tenseeeennnn..
Adoii tgk schedule Mak Lang mmg padat sungguh. Tp rasanya sure boleh siap ontime nya.
Selamat berhujung minggu Mak Lang
maklang and her hobby will never end kan?susah2 tak org jahitkan manik DHL ke sini kita tolong...mmm..jahanam karang.Dah baca email belom tentang design new template.
selamat berhujung minggu! masih hujan lagi di pantai timur ya?
p/s: saya suka kerja jahit manik! meh saya volunteer :)
zino:
semalam pagi masak, lepas jumaat tu start jahit tudung sambil mengemas. tak habis lagi...
tapi gi mengurut tetap jadik!InsyaAllah...
dp:
lama tak nampak? Sibuk melayan orang nikah ke? sebab daun pandaikan kan...
malu nak tunjuk gambar ruang tv tu...datang sinilah, tengok sendiri!
mamarock:
takut pulak lepas kena urut tu asik nak tido aje...sebab kalau kena urut ni memang bestkan!
bunga rampai:
hajat hati memang nak relax, tapi dah permintaan tu, kena lak tengok mesin lagi! mood entah dah hilang kat mana tak tahulaa...
mulan:
maklang masa cuti lepas, agak sibuk. asik kat KL je sebab Wan sakit. Ni insyaAllah awal muharram nak gi KL lagi, nengok Wan.
So, bila nak balik lagi?. Nanti datang Kerteh eh. Cik Abang Mulan tu kerja kompeni P yang banyak kat Kerteh ni ke?
ajzie:
InsyaAllah kena kerja keras. Tapi satu 2 hari ni , sejak2 dah dapat wireless, melekat pulak kat laptop! camana nak siap kerja nih...
kak elle:
jom mai sini, tolong jahitkan manik2 nih..
mamasarah:
cuaca tak tentu. ramalan kata 4 hari berturut2 hujan mulai semalam, tp pagi ni cerah and ada matahari. mintak2 tak banjir macam kat JB. Mintak jauh!
Mentang2 laa dia jauh, nak jugak offer jahit manik. Kalau dekat, memang maklang paksakan aje! he...he...
maklang....
time wiken tu relaks laa sepenuh penuhnya....jgn dok fikir list list semua tu....kalau buleh, unplug jer ek.
alahai maklang ku ini sungguh la rajin nya dia!
mr arif.
salam maklang.. hehe
beshnya pegi berurut ngan mandi rempah. ilang sgala lenguh2.. badan pon wangi bau rempah je heheh
Mak Lang,
saya minat jugak jahit manik, kalu dekat boleh gak ambik upah dari Mak Lang...tapi setakat ni kat tudung tak pernah lagi cuma kat lengan baju jer...nanti tunjukkan gambar tudung2 siap tu yer..nak beli baju/tudung manik di kat kedai bukan main mahal lagi...tu yang saya buat sendiri jer...
mak lang
posting mak lang ni buatkan sya teringat pada bantal-bantal lama yg dilonggokkan utk buat batang yg baru.. dan baju2 yg perlu dijahit sebab koyak dan setimbun tepi mesin jahit... uwaaa bila nak mula pun tak tau.. tang nak pindah kekabu tu yg malas tu bersepah rumah
Maklang...crosstitch kak lady dah duduk berehat kat dalam beg tu...hehehe... bila lah nak dihabiskan...nak kene tunggu angin rajin bertiup... :D
mr arif:
kalau tak buat kerja macam ni during wiken, bilalah pulak nak buat.
kalau weekdays, kerja lain...
lindosh:
kena kensek pulak nak gi mengurut ni. tukang urut tu ada hal pulak....
ni kena plan 2 weeks from now sebab 2 wiken mendatang ni dah ada plan lain, InsyaAllah...
sya:
maklang punya kain ada selemari nak kena jahit. entah bilalah nak siap tu!
kak lady:
jom kak, kita lumba siapa siap kross stitch dulu...he...he...
Post a Comment
<< Home