Cerita masa wiken
Assalamualaikum....
Ni baru aje balik dari hantar Cik Abang gi airport. Dia kena pergi offshore pulak sampai hari Selasa ni. Risau betul maklang. Dah lah hujan lebat, laut bergelora. Minta2 semuanya selamatlah hendaknya. Sebenarnya dia pun rasa malas betul nak gi offshore kali ni. The last time dia pergi was about 8 months ago. Masa tu dia pergi lebih kurang 2 minggu. Puas nak tunggu dia balik...
Hari ni dah mula kerja. Ni pun tunggu bebudak siap. Kejap lagi nak gi hantar ke sekolah. Bila Cik Abang tak ada, maklang kenalah bekejar pulak nak hantar Along dan Angah ke sekolah. Lepas tu terus gi opis. Dah mintak Bibik masak sup ayam je hari ni.
Hari Jumaat lepas, pergi jugak ke pasar tani. Pergi lewat sebab ingatkan tak ada ikan. Rupa2nya banyak ikan fresh kata orang yang jual tu. Masa maklang pergi tu dah tak ada . Dah habis! Rugi betul. So, cuma beli ikan sikit dan ayam. Lepas tu cari bahan unutk nak buat Laksa Nyonya. Ok je lah. Tak sedap macam yang beli. Cik Abang kata memang "Nyonyaiiii" . Tapi maklang rasa tak sedap mana pun. Tapi selamat lah seperiuk vision 5 liter kuah tu. Alhamdulillah...
Malam tu Maklong (kakak Cik Abang) datang sefamili. Mereka nak hantar anak sulong ke Dungun. Dia belajar kat sana. Lepas maghrib tu , maklang sempat gi register untuk Along dan Angah tuition. Cik Abang masa tu belum balik dari Kemaman, dia pergi beli kotak2 plastik yang besar tu, nak buat storage meinan Hakim yang melambak2 tu!. Maklong and famili tiba lebih kurang pukul 8:00malam.
Pukul 8:30pm, kami pergi makan ikan bakar kat Kuala Kerteh tu. Memula panic gak sebab ingatkan semua kedai tutup sebab hari Jumaat plus musim hujan pulak. Nasib baik tempat yang kami pernah pergi makan tu bukak. Kalau tak kena pulak cari tempat kat Paka. Kalau kita2 anak beranak, tak pelah. Ni dengan Maklong and family dan jugak pasangan pengantin baru, Mak de and Pak De pulak tu. Mereka sampai lambat dari we all. Servis kat kedai tu punyalah lambat. Memula dia hantar ikan baghat (ikan kepala besar –rupa buruk, tapi sedap), about 40 mins after the order. Apalagi, letak aje ikan kat atas meja tu, sekelip mata habis dah. Tak sempat nak hidangkan nasi. Bila nasi tiba, lauk habis dah. Lepas tu slow, barulah telor dadar tiba, kangkung tiba, sambal ketam dan udang dan sotong celup tepung tiba. Bila tengok2 macam tak cukup aje, orderlah lagi. Ingatkan tak cukup rupanya melebihi pulak. Puas Pak long, Pak De dan Maklong meratah ikan bakar lagi 2 ekor. Rata2 the food was OKlah. Then we headed to rumah mak de. Sekejap aje kat situ. Tapi sekejap pun, si Hakim sempat menyimpan deposit! Kekenyangan lah tu.
Malam tu tidur lewat, Cik Abang entah pukul berapa tidur. Dia dok copykan gambar kawin makde ke CD. Maklang awal lagi dah belayar!
Hari sabtu pagi kami ( maklang, cik abang dan along) ke Dungun. Beli buku sekolah Along, mana2 yang tak cukup dan pergi ke Mydin. Orang sikit punya ramai, sampai tak tahu nak shop apa. Last2 ambik2 buku tulis, white board (untuk nak tulis pesan for Bibik sebab dia kerap lupa my instructions), beli sikit towel untuk nak buatkan kain lap tangan dan entah apa lagi. It was raining quite heavily.
On the way balik call tempat Spa tu. Tak jadi mengurut sebab tukang urut cannot make it. So, kena buat janji maybe 3 weeks lagi. Sebab next 2 weeks dah ada kerja/ plan yang menanti. Tiba rumah,lepas lunch, kerja mengemas study room pun di mulakan….Sampai ke maghrib masih lagi mengemas.
Kiranya banyak jugak accomplish kerja2 yang diplan. Antaranya:
1. siap dah 2 helai tudung Kak Ha. Tinggal nak bersihkan dan letak batu
2. Dah siap kemas bilik study
3. Dah mula sambung sulam untuk telekong….
Tadi tengahari, cik abang call kata dia tak jadi pergi. Ujan lebat sangat and angin kencang!. Hooray….malam ni tidur berteman lah lagi!!!!
(N3 ni sebenarnya di type dalam 2 phase. Yang awal tu masa pukul 6:50 pg lepas antar Cik Abang, dan yang bawah2 tu, type waktu ptg2 hari ni...)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
9 Comments:
yeah first....
happy nya maklang dpt berteman malam ni:)
oh makde pun tinggal di Ganu ke?
camna email dah baca belom?
kak elle:
e-mail dah baca. thanks. tapi sayang pulak nak tukar 'langsir' bunga ros tu...nantilah kalau buat blog lain pulak...
aha...makde tinggal about 20 mins away to the north. abang dia kerja kat salah satu plant kat sini...in fact besok maklang ada meeting kat situ, tapi bukan dengan abang dia...
trengganu sekarang ni selalu hujan ke?
Seronok baca citer MakLang makan seafood. Sini susah dpat. Ikan mmg payah ler.. udang, sotong, kupang semua ada jugak tp frozen..entah berbulan punya..
Mydin mmg ramai org kan. Sebab murah dan ada mcm2 kot.
wah... xkan jemput dtg jer.. xder hidang apa 2x ka/ heheheh!
hehehe...entry awal macam sedih je, entry dah nak habis tu, ceria semula keh keh keh...:)
ikan bakar yerkk? hishh, sedapnyer, ni tgh pose lagi terliur ni...kat kl byk ikan bakar, tapi org kata kat klang yg best, kat mane tahhh...aderla hamba allah ni bagitahu, tapi x der peluang lagi nak gi saner...
bnyk sungguh kerja maklang, tapi bnyk juga yang siap. sungguh efficient!
zino:
sejak 2-3 hari ni baru nak kerap sikit hujan. kan dah dapat warning merah...takut pulak kena banjir macam kat JB tu, mintak jauh laaa..
Ajzie:
Memang musim tengkujuh ni payah nak dapat makanan laut....Asyik makan ayam aje..bebudak suka laa...
Mydin tu memang forever penuh!
SJ:
Kalau singgah rumah betul, nanti kita kasi minum air je...he...he...
MR:
Betul tu...memula memang sedih, tapi by 11:30pagi tu dah ceria semula!
RF:
Ikan bakar kalau makan cecah kicap and cili padi or air asam, memang best!
Mamasarah:
Dah kurang efficient dah ni...MALAS ..tapi terpaksa. Sibuk dengan mengajar anak2 buat kerja sekolah lagi...
Post a Comment
<< Home