Makan2, Kerja2 dan Jahit2
Assalamualaikum....
Hari ni maklang pergi pasar lambat. Sebab malam tadi dah tidur lewat, so malasnya nak bangkit dari katil tu. Kejut Cik Abang solat and kita continue baring. Maklumlah cuti bulanan...Bila dah jaga tu memang payah nak sambung, so dok berangan pasal ribbon embroidery lagi. Nak bangun tak larat, so berangan pun jadiklah...Bila bangun tengok aje kat sulaman yang tak siap.Kan best kalau ada yang membuatnya waktu malam...bila bangun dah siap. Macam cerita kanak2, entah apa ke nama dia, Tumbelina ke? Berangan macam budak kecik pulak. Apa salahnya kan...tak salah kalau berangan ni.
Dalam 7:30am, dah tak larat nak baring lagi. On kan PC nak cuba load gambar tapi jem pulak. Last2 pergi mandi and lepas mandi baru dapat masukkan gambar.
Lepas Cik Abang dah siap mandi kami keluar nak buat grocery...ceeeeh bunyi macam nak pi supermarket, tapi ke pasar tani aje. Macam biasa routine mingguan....
Balik pasar, cepat2 tumiskan bahan untuk nak buat spaghetti. Semalam petang dah janji dengan housemate hari ni nak masakkan spaghetti. Cakap kat Saloma, my designer mintak rebus spaghetti, Kak Arni bawak air gas, Shah belikan kek coklat (paksa..in a way..untuk nak celebrate my birthday!..He..he..tak malu mintak orang kek..walhal, hari tu dah dibelikan cheese cake!).Kami nak party! Kenkononlaa..So, banyaklah kena masak. Seperiuk besar! Tinggalkan satu perik Vision 5 liter untuk kat rumah. (Yes I still have another 2 periuks vision. Ni beli like 10 years ago. Yang satu lagi tu beli kat US kot. 20 tahun dah...masa study dulu)
At last sampai kat opis almost 12:00pm. Letak makanan kat pantry and mulalah bekerja...Tak aleh2 teringat yang maklang tertinggal cream caramel yang Angah and Along buat petang semalam. Call Cik Abang mintak tolong hantarkan masa dia nak pergi masjid. Nasib baik dia goodd mood, so tibalah kueh tu aroun 12:50pm.
Dalam pukul 1:00pm bila orang lelaki pergi sembahyang, kami kaum wanita pun makanlah.
Mula2 tu makan spaghetti:
Saloma dah rebuskan spaghetti... (Nasib baik P. Ramlee tak marah!:)). 2 bungkus dia rebus, macam tak luak aje..
Kuah spaghetti yang maklang buatkan. Se tupperware besar!
Ni sepinggan spaghetti untuk santapan tengahari maklang...Ok lah. Tapi as usual anak sulong ku komplen...Mak, Dhirah rasa, macam tak cukup daging. I told her, lain kali masak sendiri!. Letak daging dekat sekilo dia boleh kata, macam tak de daging. Biasalah kalau dengar komplen dari chef tak bertauliah ni....
Another friend, Thahirah, pulak bawak nasi..untuk makan tengahari
with curry
and ayam goreng. Sedap ayam goreng ni. Dia letak jintan manis, jintan putih, serbuk lada, kunyit, bawang putih, halia and garam. Diperap and di goreng. Typical Indian masakkan kot. (Thahirah ni Indian Muslim).Sedap....Maklang dok meratah aje...
Then I had a piece of this bitter sweet cream caramel. Pandai anak dara mak masak..
ni Cream Caramel yang Angah and Along buat. Caramel dia pahit ...tapi Oklah. Along complain tangan dia sakit sebab pukul telor ...
Lepas tu kerja semuala...Ni PC yang baru di upgrade..Boring2 tengok gak kat my blog, kot2 ada yang datang melawat
my PC
Ni pulak my PC with the Ribbon Emroidery Wall paper. Tak dapat nak siapkan sendiri punya, dok tenung yang Kak Intan punya pun jadiklaaa...
Then, after the boys came back, and with Shah's approval, I cut my birthday cake. Sempat jugak potong a few slices for my beloved ones at home.
ni sebiji coklat cake...Shah belanja ke? Kesian pulak kat dia. Besok nak kena tanya ni...
ni cake 5 potong maklang bawak balik untuk Cik Abang dan anak2
Petang tadi balik dekat 6:30pm. Cik Abang datang ambik. Bukannya tak boleh bawak sendiri kereta tapi sebenarnya battery kereta dia kong, so terpaksalah dia hantar maklang or else, dia tak ada kereta nak pergi sembahyang Jumaat.Tapi best jugak, dapat nak manja2 sikit. Tak salahkan kalau isteri manja2 ngan suami????????
Bila dah balik, and dah siapkan sambal2 untuk nak buat nasi lemak besok pagi ( sambal sotong and sambal bilis. 2 jenis sebab Angah tak mau sotong. Eczema dia menjadik kalau makan sotong. Ni time rasa nak pantang le..selalunya semuanya dia sebat!) , maklang pun mulalah dengan kerja yang dah diangan2kan since pagi tadi. Tak sempat nak mandi dulu. Pegang dulu ribbons tu, tapi pikir2 ni tak boleh jadi, mau pukul 10 baru mandi kalau ikut2kan hati. So, bila dah bersihkan diri, sambunglah pulak. Thanks Kak Intan for your tunjuk ajar on the phone tadi. So, inilah hasil kerja tangan maklang setakat ni....Ok tak???
my ribbon embroidery, view no.1
View no. 2
Gambar ni yang paling clear sekali...Cantek tak? O-O..jangan jeles, kalau nak belajar, nanti I bolehlah tunjuk sikit2. Nak tau banyak2 kena tanya sifu lee...
Lagi gambar yang tak berapa clear!
Lagi gambar my ribbon embroidery...
InsyaAllah besok sambung lagi. Tapi as usual, besok kena ke office lagi. Tapi mungkin lewat. Ada kesempatan nak menjahit cushion cross stitch....
Selamat malam semua...I nak tidor...Have a nice wiken.
Tadi dengar kat TV, besok ialah HAri Jururawat Sedunia....So, nak ambik kesempatan...Kak Elle...Selamat Menyambut Hari Jururawat...Tapi kalau silap hari ni..tak pelah, kira advance wish lah ni...OK kan...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
7 Comments:
maklang its beautiful lah...walaupun baru belajar you dah mahir nampak:)nanti ajar I pulak ye ...
spagetti tu nampak enak nanti I masukkan a packet of oregano for you together in the parcel... hari tu Kay dtg she brought some.
Thank you for the nurses day wishes but in sg its 1st August.
maklang..mana ada jururawat kat sini ?? ish..nyway, nice PC..Jin suker.
mana ada jururawat kat sini maklang oi..
dah letih bekerja di office, balik boleh menyulam lagi! hebat betul.
mak lang.. letih sgt sampai tak perasan ada dua posting yg sama ek??
kak elle:
Maklang rasa tak lah secantik Sifu Intan punya...tapi practice makes perfectkan...bilalah agaknya tu...
Thanks for the gifts. Buat susah aje akak ni. InsyaAllah I will the cushion covers by this week.
Adiejin:
Ada..Ada... Kak elle kita kan Nurse...Nurse yang vogue lagi!
mamasarah:
Menyulam tu ibarat tempat nak melepaskan tension yang sedang meluap2 ni...bilalah nak tamat project ni...Mabuk dah rasanya...
Sya:
Yelah agak...penat kot. Memang tak perasan kalau Sya tak beritahu! TQ...
Salam,
Bestnye pandai jahit telekong, nak belajar leh tak?
Post a Comment
<< Home