Selamat Hari Ibu
Assalamualaikum.....
Emak, Ibu, Mama, Mami, Mummy, Ummi, Amma,...semuanya panggilan untuk orang yang melahirkan kita. Semuga ibu2 tercinta menyambut hari Ibu dengan hati yang ceria dan gembira di samping anak2 yang dikasihi...
Emak...
Kak long ucapkan Selamat Hari Ibu
Muga2 mak sentiasa sihat dan sentiasa dibawah lindungan Allah.
Mak maklang atau lebih dikenali dengan nama Wan kat dalam blog ni, memang seorang ibu yang sangatlah rajin. Wan ni, dia tak boleh duduk diam. Kalau nak tengok dia berehat, masa dia tengah tidur ajelah. Kerja dia mengepis aje. Tak boleh tengok benda bersepah, mesti dia nak kemas. Tu yang best tu kalau Wan ada sini. Rumah ni bersih aje...Sebabnya Wan memang suka kemas . Kalau Wan nak datang ke rumah maklang, kami kena make sure semuanya tersusun aje. Kalau tak nanti, kalau Wan tak souwoood...Wan akan kemaskan. Kalau Wan ada kat rumah ni, dengan bilik budak2 tu kelihatan bersih aje...Kalau tak memang macam kena tiup dengan puting beliung. Tonggang langgang....
Yang best sekali, Wan ni dia suka kemaskan kain2 maklang dalam almari kat bilik study tu. ( Maklang menjahit kat bilik study).
Tulah..maklang kata, kalau Wan dah kemas macam ni, maklang rela tak menjahit. Takut nak ambik kain2 untuk nak dijahit. Terlalu kemas!
Kadang2 kalau dah lepas menjahit , being the sloppy me, Maklang main sumbat aje. Yelaaa...nak cepat woooo...masa itu emas. Nak kemas banyak2 and lama2 kang tak sempat pulak nak blogging...ha...Wan kalau dia berkemas, senyap2 aje. Dia tak beritahu pun sampai kita sendiri tengok. Tak aleh2 dah kemas. Kadang2 kalau dia boring tak ada kerja nak buat, almari baju budak2 habis dia kemaskan. Almari budak2 tahan lagi, almari mak budak, bapak budak, mak sedara budak (Alanglah tu...) pun dia tolong kemas. Kalau dia dah kemaskan, kita nak ambik baju atau apa2 kat dalam almari tu, jadi takut pulak sebab semuanya straight aje. Boleh pakai ruler!
Sowie Wan, I ambik gambar kat almari baju Wan! Kalau pakai ruler, sure ruler tu lebih bengkok dari susunan baju Wan....:)
Lagi almari baju Wan...Sowie again....
Itu bab mengemas barang2 dalam rumah. Satu lagi bab, Wan rajin melayan kebun bunga kat rumah. Kalau tengok bunga tak berbela ke, mesti Wan with Atok's help, akan mula melayan pokok2 kat rumah ni. Kenkandang Wan akan alih2kan pasu2 bunga untuk nak nampak cantek. Lepas tu sakit pinggang!! Kalau masa duduk kat kampung dulu2, masa maklang kecik2 dulu, orang kampung selalu nak pinjam pokok2 bunga Wan untuk nak letak kat atas pelamin. Memang pokok2 bunga Wan gemok2 dan segar bugar macam anak2 Wan...He..he...I lah tu...
Bab ketiga, Wan minat menjahit dan membuat bunga. Masa maklang kecik2 dulu, Wan ada buat bunga2 ros kertas untuk jualan. Banyak jugak lah Wan buat bunga kertas. Dapat jugaklah nak menampung wang belanja sekolah. Maklanglah yang tukang promote. Cikgu2 sekolah pun ada yang beli bunga2 kertas Wan. Yang tak boleh lupa, Wan sanggup buatkan bunga telor dari daun getah untuk majlis perkahwinan maklang. Ada dekat 1000 batang bunga telor! Kalau menjahit pulak, Wan suka buay patchwork. Pakai kain yang lebih2. Banyaklah selimut dari kain2 lebih Wan jahit. Sampai sekarang masih ada lagi yang kami gunakan.... Wan pun suka sangat buat crochet. Kiranya banyak sangat, memang banyak lah...kat rumah ni aje entah dekat setengah almari crochet yang Wan kaitkan. Warna putih, cream, hijau dan macam2 laah..Itu yang best. Nak harap maklang crochet, dapatlah sehelai alas meja yang kecik tu...
Wan pun suka nak jahit kan tulang belut baju kurung. Kalau dia jahit tulang belut tu, bukan aje macam mesin, sebab rapat2 and sama je, tapi dia ikut warna bunga kain tu. Kalau bunga hijau, tanah itam, tiap kali ada waran yang lain, Wan akan tukarlah mengikut warna kain tu. Memang cantek!
Tapikan, kami semua sayang Wan bukan pasal all of the above, tapi sebab Wan adalah Wan...So, Emak yang dikasihi...WE LOVE YOU SO VERY MUCH...MUAAAAAAAHHHHHHH....
Masam nya Wan. Marah ke...adalah tu yang tak kena. Agaknya sebab banyak gelas tak bawak turun ke dapur dari tingkat atas rumah Wan kat JB..
Wan kalau sebelah Atok, sure tangkap lentok...We love both of you...
Kan betul...Bila Atok tak ada kat sebelah, dah masam dah Wan balik...Senyum sikit!!!
Selamat Hari Ibu buat Mak yang dikasihi.....InsyaAllah adalah Ferro Rocher, coklat feberet Wan...betul ke ejaan tu...buat Wan yang dikasihi...
Menantu Wan pun kirim salam....sayang....
We miss u...bila nak datang sini lagi????
Dan buat ibu2 semua...Alang, Auntie Leen, Aunty Ziela,Mak Long, Mak Ngah, Mak Teh, Mak Cik, Mak Chu, Mak De, Wan Sarah, Wan Pari, Aunty Yudie, Aunty Muni, Aunty Sapche, Mak Enon, Aunty Saloma, Aunty Arni, Aunty Maya di Coventry (mamasarah , tolong sampaikan!), Mamasarah, Kak Lady, Mama Sya, Aunty Elle,Auntie OO, Auntie Mas, Aunty Ajzie, Aunty Yus, Aunty Qisst, Aunty Intan, Helena, Kak Luna, Faizabella, Aunty Nora kat Singapore, Aunty2, mama2 lain yang maklang tertinggal (maaf ye...), Maklang ucapkan Selamat Hari Ibu.....Have Fun and enjoy yourselves......
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration
4 Comments:
I nak pinjam wan kejap bolih?baju2 kat almari bolih wan tolong kemaskan....hahaha...
hari ni tak bolih YM ntah nape tak bolih logon.
happy mother's day maklang and also to wan.
happy mother's day to wan and to you too sis...semoga dikurniakan kehidupan yang terbaik dr Allah...
HAPPY MOTHER'S DAY TO YOU TOO AND WAN AND ALL MOTHERS!
ADUSS, KEMASNYA WAN LIPAT KAIN, SAMALAH MACAM MY MOM KAT RUMAH TU...gambar wan bleh view tapi gambar2 from the previous entry tak leh view ni! frust ni,nanti cuba tengok kat ofis esok.
-OO-
Selamat Hari Ibu to mak lang and wan too..masak apa for the special day?
Post a Comment
<< Home