Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, December 29, 2007

Makan2 lagi

Assalamualaikum...


Hari ni maklang bermalasan. Lepas solat subuh tadi, bertenggek depan laptop ni. Main letak2 gambar. Dah pun tertempek gambar maklang dan Cik Abang kat tepi tu...macam tak ada kerja lain. Padahal tasbih berbeg2 menunggu untuk dibuat. RE pun masih ada lagi. Baju Along untuk ditampalkan kocek pun tak berbuat! Malasnya laaa...Apa nak jadik tak tahu.... Last2 pukul 9:30 pg baru turun nak goreng mee...masa tu pun Cik Abang baru nak mandi. Sambil dia nak siap, mee pun masak! Maklang aje yang tak mandi lagi...Sekali sekala mandi lewat ni best jugak!


Tapi time2 kita mandi lewat ni lah ada tetamu yang datang. Buat malu aje dah pukul 10 maklang masih dalam kaftan. Sebenarnya bukan apa, malas badan bau makanan nanti kalau dah mula memasak. Sedang kami syok2 berbual, berduaan, ( anak2 semua masih di atas), terdengar pulak orang bagi salam. Cik Abang keluar dan langsung menjemput tetamu masuk. Ingatkan kawan maklang yang datang nak tengok alas katil pengantin yang dia nak pinjam sebab Cik Abang dok sebut nama suami kawan maklang tu. Tapi rupa2nya Pakcik sedara dari Kuala Lumpur singgah dari menghantar anaknya ke Dungun. Nak buat camana, capai tudung dan terpaksalah keluar aje. Kami ajak mereka makan mee goreng sekali dan duduklah berbual di meja depan tu...
Mee goreng basah masa breakfast tadi pagi



Abang Nasir bersama anaknya dan Cik abang tengah rancak berbual

Lepas tetamu dah balik dalam pukul 11:00 tu, maklang langsung ke dapur. Semalam dah janji dengan anak2, kalau mereka nak makan Rawa, kenalah tolong. Maklang banyak kerja lagipun cam malas aje nak prepare benda ni semua. So, last nite semua agreed to wake up early. Tapi by 11:00 angah masih tak turun2 lagi. Cik Abang dah bising kata tak payah buat sebab anak2 tak tunai janji. Janji nak ada kat dapur by 8am, nak tolong kerja2 nak siapkan bahan mentah untuk Rawa ni. Tapi hati ibu ni tak sampai hatilaa. Buatkan lah jugak kuahnya ~ sambal udang kering with cili padi. Dan Along and Angah tolong jugak nak potong daging, ayam dan lain2. Udang dan sotong maklang dah bersihkan dari semalam, lepas balik pasar tani. So, after solat Zohor tadi, kami makanlah kat serambi depan rumah. Bentang tikar semua dan makan ditiup angin sepoi2 kat luar. Best aje tengok anak2 makan. Maklang pulak perut dah mulai meragam sebab makan mee kuning tadi pagi. Dah tahu perut tak tahan, masih degil nak makan. Haa..padan muka!

Ini dia all the bahan mentah sebelum naik ke tempat bakar. Banyak betul. Tak habis pun. Separuh simpan balik!
Udang dan sotong
Sayuran. Ni paling sedap ni.
Ketam ball, sayur ball dan isi ketam
Ayam dan daging
Sebelum di masak, semua bahan mentah disusun dulu





Maya dengan muka demam dia, layu aje. Cik abang penuh semangat sambil diperhati oleh Bujang.


Lagi anak2 yang kecik. Yang besar 2 dua tu tak bertudung, so tak leh letak kat sini..






Ini dah dekat masak dah, yang dah masak tak ada dah.






Camana lah Maya nak tembam, lepas sesuap dua, Maya dah mula nak exercise.














Lepas makan, maklang sambung lagi RE. Letih jugak ni. Masa maghrib tadi badan rasa cam nak demam pulak. Lesu semacam. Ubat dah telan 2 bijik tadi. Sikit lagi lepas Isyak, maklang nak tidurlah...Selamat malam...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Saturday, December 01, 2007

BZ wiken

Assalamualaikum...


Amacam weekend? Maklang sibuk jugak...As usual. Kali ni sibuk dengan urusan sendiri dan keluarga aje..


Semalam maklang teman Cik Abang pergi servis kereta kat Kuantan. Kami bertolak pukul 8:15pagi dan balik dalam pukul 1:00 tengahari. Sempatlah Cik Abang bersolat Jumaat kat Kerteh. Maklang sempat jugak hantarkan jarum untuk Kakak Dith. Moga2 mood menjahit dia akan datang segera. Kalau nak belajar jahit dengan maklang pun , InsyaAllah bisa diatur. Balik petang tu, maklang dok bermalasan dengan RE. Then malam relax. Tidur awal sebab rasa letih sangat dan pening kepala.


Pagi tadi kami kejut anak2 ajak pergi makan thosei lagi. Budak2 ni kalau pasal makan thosei memang laa...Sekeping, mana cukup. So, tadi kenala berpuluh2 hinggit breakfast! Seronok sekali sekala keluar breakfast dengan budak2 ni...Mula2 moncong, then kerja berebut, then barulah keadaan stable bila dah penuh perut tu!
Kami sekeluarga tengah nak tunggu thosei gareng. Thosei gareng 5 dan roti telor 1. Then jadi thosei gareng 8 dan roti telor lagi 3...Air pulak ada yang minum sampai 2 gelas! Mana tak berpuluh hinggit!



Thosei gareng in the making...



Ada jugak 'magellek'..

First piece of thosei for my Miss Maya...


Bujang senang hatinya...nampak roti telor dah sampai...siap posing lagi!

Ni my Miss Moncong...berebut air rasanya...dengan Along ke Angah tadi! Maknaya perut belom cukup kenyang lah tu!

Second piece of thosei, tengok dah boleh letak best dah...senyum dah...


Si Pipa anak Jo minat roti canai, kembar dia pulak boleh hirup kuah dalca...memang lah padan tu!



Balik dari situ, singgah kedai dan pasar pulak. Beli barang untuk nak buat barbecue. Yes, BBQ. Lama tak cerita pasal BBQkan! Anak2 dah bising nak buat BBQ. So, bila BBQ, maklang rehat laa...Kerja Cik Abang dengan anak2 ler...Maklang bersihkan ayam dan siang ikan, and then semuanya kerja they all laa... Maklang mintak diri sebab nak menjahit. Buat RE laa... Salad ni sedap betul..fresh...tapi lagi sedap sebab lepas Zohor tadi, maklang boleh makan tanpa kena prepare...kiranya hari ni jadik permaisuri laa...ha..ha..

Kentan and carrot..mula2 tak jumpa mayo. So, makan kosong aje!


I love these tomatoes...rangup betul. Dulu2 tak makan tomato. sekarang ni suka pulak!

Sotong bakar pun ada, tapi kena bakar lagi sebab tak berapa masak!

Ini lah paling sodap...memang sedap laah! TQ pada yang bertungkus lumus ~ siapa lagi kalau bukan Chef Abang dan anak2 no. 1 dan 2!

Ini kentang tadi, yang dah dimake-up kan! Sedap jugak ni...angah punya specialty!

Bukan memBBQ aje...chef sibuk jugak mencuci pinggan mangkuk!

In the mean time, anak2 yang kecik 2 orang tu dah mula nak mengenyangkan perut!

Ada jugak kerang bakar..


Bujang siap beraksi...memang pandai posing betul sorang ni!

Masa kekedai beli barang tadi, terserempak pulak dengan jiran lama ( dulu rumah dia back to back dengan rumah maklang and recently dah pindah dekat2 rumah maklang). Dapat tahu dia nak ke Mekah, InsyaAllah. So, mulalah pikir nak buatkan beg untuk dia. Mula tak tahu nak kasi apa, nasib baiklah ada telekong dalam simpanan! Rezeki dialah..sempat buatkan beg kecik buat isi telekong!
Alhamdulillah sempat maklang siapkan beg ni. Bunga semua memang dah ada, so tinggal jahit kat beg aje and jahitkan manik2 and renda untuk nak buat beg.


Dah sibuk2, maklang sempat jugak buatkan sendiri pin cushion. Sebenarnya pin cushion tu dah lama tak pakai baju, so tadi buat cepat2 jadilah baju dia. Seronok pulak buat something for sendiri...Bila lagikan. Lepas tu sambung pulak jahit manik kat cushion yang di tempah ni... Ini dia RE yang maklang tengah bercinta....dok tenung dia aje!





Close up..sekarang ni masih dalam process nak letak manik dan finishing touches.



Yang ini pulak untuk dijadikan beg. Colourful...





So, lepas asar tadi, kami ke rumah Kak Habsah. Dapat tengok rumah baru dia. Maklang paling suka tengok kolam ikan yang baru nak siap kat rumah dia. Ingat2 kalau ada pitih lebih nak jugak buatkan kolam yang dah dikorek sejak 5 tahun dulu tu, tapi masih tak jadik kolam. Harga upah pun tak mahal mana. Taklah yang macam yang kami ditawarkan hari tu...Mana tahu boleh jadi hadiah besday Cik Abang!




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..

Labels: , , ,

Sunday, November 18, 2007

Rehat

Salam


Rehat....rehat.... That's the word I have been looking for since the past months. Nak buat macamana. I really need a break from the office work. Kerja rumah no problem, InsyaAllah. Buat RE or telekong pun no problem. The problem is the nature of work now is so pressing me. Semuanya nak kejar2. Penat!


Last Friday, the trip to Kuantan was very fruitful. We got what we wanted. And I managed to get a few kotak of unconstructed papan for myself. Alhamdulillah the kids helped to construct them into shelves and yesterday I had already used them to store all my sewing items. Renda, trimmings, materials etc. Lega. Now the study cum sewing room looks much neater. Penat jugak mengemasnya lah, almost half a day. But masih ada lagi yang tak tersusun kemas lagi.


Best part of yesterday was when only the two of us went out for breakfast. Mulanya we intended to pick our other car yang Cik Abang parked kat airport yang dia tinggalkan masa ke KL last Thursday. But things went differently. Mula2 we went to get the newspapers, then to Kak Ton's, my tailor, to send the telekongs. Then suddenly the idea came when Cik Abang said that he wanted to makan some thosei. So, I told him let's go without the anak2. I wasn't dressed properly, only with pants and short sleeves t-shirt. Tu pun sebab tak intend keluar from the car, so tak kisahlah. Tapi since nak pergi makan, we went home for me to change to long sleeve blouse. Mintak Bibik ambikkan baju dari my room since kalau anak2 dengar kang ada yang nak mengekor. Alhamdulillah lepas, kami kali ini. Lagi pun budak2 tu belum mandi lagi, so tak kisah sangatlah. Bibik pun dah siapkan bubur nasik seperiuk!


gelap pulak gambar ni. makan kat reatoran tepi jalan aje..

Ni clear sikitkan..












So, off we went to Paka. Dapatlah makan berdua2an. Although the food cost less than RM10.00, we enjoyed the peace that we had. Then pegi pulak ke Kemaman sebab Cik Abang nak tengok Celcom servis untuk browser. Memang lah tak seronok sebab layanannya kureng betul. Dari kami ada mood jadik tak ada mood. Then pergi kedai2 bunga kat depan celcom tu. Nak tengok2 harga2 aje. Mahalnya harga2 ribbon dia. Memanglah I tak beli. Lepas tu kami balik.


Balik rumah, mengemas until about 3:30pm and the perut was making noise. Hari ni tak masak. Me, Cik Abang and bujang pergi rumah orang kawin. Malas nak tukar blouse cuma salin kain aje. Senang. The gulai daging was so yummy! Then balik and continue kemas2 until maghrib. Then Cik Abang tolong potong kain langsir lagi. This time cepat aje we did it. Langsir rumah Alang pulak.


Malam, best. Kena urut sampai tertidur2. Cik Yahlah yang urut from 9 till about 12:ooam. Keluar segala angin!


Hari ni maklang nak ambik cuti. Kepala pening. I need a break from the office ! Lagi pening bila baca wmail tadi and dapat tahu yang LPG tak boleh di supply untuk project maklang! Mati aku! Jangan pindah tempat lagi sudah! Ura2 macam nak pindah ke Malaysia Timur pulak!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

Monday, October 08, 2007

Jumpa Rina..

Assalamualaikum...


Semalam was the day fated for me to finally meet our Silver Sarina. Terperanjat jugak bila ada orang yang tak dikenali talipon. Bila dia introduce barulah tahu. Tak pernah dengar suara sebelum ni. So, we met kat depan bank kat offis tu. Well...ramah orangnya. Maklang dah pernah tengok gambar dia ~ ahakan ada kat blog dia. She brougt Mimi along. Adalah dalam 15 mins kami berbual.

Sebenarnya pagi tu, maklang dah teringat kat dia. Sebab dia ada tempah telekong 3 helai. 2 dah siap tapi ada satu masih belum letak renda and kemaskan sulamnya. ( Tapi at this time dah letak renda malam tadi, tinggal kemaskan sulam aje).So, bila Rina kata dia hendak, maka gelabah lah hidup maklang sekejap. Balik ofis petang ni boleh buat, InsyaAllah. Harap2 tak penatlaa...

Semalam jugak maklang siapkan the kusyen yang brown tu. Kiranya malam tadi terawikh pukul 10 malam laa...kalau tak nanti dok terpikir2 jahitan tu. Tak sampai hati nak hampakan orang.

Petang semalam maklang buat meehoon putih tu. Lama dah Along mintak. Buat sebungkus aje. Selesai semuanya. Laku tak hingat punya. Maklum lah ramai. Pak Ngah tak jadi ke Kelanatan semalam. InsyaAllah today. So, gambar2 masakan pun tak sempat nak ambik sebab makalng turun makan lambat. Cuma dapat ambik sikit aje. Tu pun nasib baik dapat. Ikan masak kicap dah tinggal kepala aje...




My new project. Harap dapat siap b4 raya. Khas buat ibu tercinta...
Ini mee untuk berbuka semalam. Lepas dah makan banyak ni Dhirah kata....Kempunan nak makan mee sebab dia tak dapat tambah. Licin!
Ikan kembung masak asam . tergolek2 aje, tak laku pulak!
Ini Angah suka. Masak lemak kobis. Maklang letak suun.
Ini my kusyen. Dah hantar kat Ibu Sara semalam.
Close -up
Lagi kusyen for another friend.
Ini the other pair.

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

Sunday, October 07, 2007

Selamat datang Pak Ngah and family...

Assalamualaikum…


Maklang terlalu sibuk last weekend and biasalah kalau dah sibuk memang jadi letih and malas nak updet. Lagipun tak ada apa sangat nak diceritakan. Routine biasa, menjahit, menjahit dan menjahit…then buat kueh semuanya.

Alhamdulillah maklang dah siap buat kueh dah. Dah tak nak tengok dah acuan kueh dah. Cukup2 laaa… Hari Jumaat lepas, maklang dan Along spent the whole day nak coatkan almond London lebihkurang 1000 bj plus tu. Along kata dah tak mau tengok coklat dah! Cik Abang pulak sibuk menyelesaikan tugasnya memasang langsir yang maklang dah selesai jahit pagi Jumaat tu…Lega rasa and sekarang bilik jahit tu dah boleh breath sikit sebab barang2 dah kosong sikt. Cantek pulak dia gantungkan langsir tu sekali dengan tie backs semuanya especially kat bilik Wan dank at bilik tamu…Thank you so much.,,,

Kami makan buka pun cincai2 aje. Maklang buatkan Buttered prawns ( Makteh EL kata…lebihkurang prawns with scrambled eggs…ajar sikit makteh!), bibik buat sup bayam, ada ikan bilis berlada and entah tak ingat apa dah lauknya…


Semalam maklang buat kueh dahlia pulak. Ada kawan mintak tempah. Dah terlanjur nak buat sendiri punya buat sekalilah. Kesian pulak. Ada jugak kawan datang nak coatkan almond London dia sebab yang dia buat tak cair coklatnya. Pakai coklat yang berjenama pulak tu. Bukan coklat block yang kita beli kat kedai kek tu. Then Maklang and Along buat biskut bubble rice. Tak larat betul nak buat dia. Leceh betul! Then coatkan pulak hazel nut tu. Penatnya. Sampai pukul 4:30ptg, maklang dan Along dah surrender betul. Kami kemas2 semua bahan and simpan dah…Lega…One job Completed! Sekali….


“Mak..mak…Pak Ngah datang….”, Maya dan Hakim menjerit. Dalam hati berkata, takkan Pak Ngah dari KL dan takkan adek maklang tiba pulak sebab masih lama lagi nak Raya.

Kejap lepas tu, maklang terdengar suara, “ Assalamualaikum….”, and sah tu adek maklang tiba! Alamak… problemo…problemo. Maklang tak plan nak masak apa2 pun. Cuma dah mintak bibik tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan bilis aje sebab maklang berangan nak makan nasi goreng kampong bersama ayam goreng ketumbar yang maklang dah perap sejak pukul 3:00 tadi. Terus rasa lebih letih, sebab masa dok kemas2 tu dah berangan nak terbongkang atas katil lagi….sedapnya…bukak aircond, baring2…tapi cita2 ku musnah! Takkan orang datang kita nak tido pulak.


So, lepas solat, maklang buatkan ayam bakar sebab Pak Ngah dok kata dia nampak ayam golek on the way ke rumah. Maklang mintak dia belikan ayam kat kedai depan tu (of course I bagi pitihnya… ~ cik abang tengah tidor kot masa Pak Ngah sampai). So, bermulalah episode memasak pulak. Nasib baik, cik Abang tolong marinate kan ayam dan bakar sementara maklang gorengkan nasik, ayam dan jugak buatkan salad kentang. Along pulak buat salad sayur. By 6:40pm, maklang dah surrender….
Alhamdulillah semuanya langsai. Believe or not Angah boleh sambung makan buat kali keduanya at about 9:00pm…sedap sangat agaknya ayam bakar tu…

So, Pak Ngah and family are in the house today. Maklang suruh stay satu malam lagi, tapi tak tahulah jadik ke tak…
Gambar ni tak ikut susunan langsung!
Ceh....Maya dengan jelingan dia tu!

Ayam goreng ketumbar
Ini Tihanim Batrisya...Memang suka bergaya..anak Pak Ngah no.2 . 5 tahun.

Ini Anis sophia, anak Pak Ngah no.3. Baru nak masuk 11 bulan.
Ini buttered prawns.
Salad
Ini Mohd. Haziq Hakimin, anak Pak Ngah no.1 . Sebaya Maya 9 tahun .


Ini adek maklang no.2 , Pak Ngah dan isteri.

Along kata...dah tak nak tengok coklat...kata aje...malam tu entah berapa banyak dia ngap Almond London!
Apasal entah...gambar ambik tak betul, jadik greenish pulak

roti jala maklang. Tengah penat2 coatkan almond London, bujang datang kat maklang, kata nak makan roti jala and buatlah jugak kari daging....pening lagi nak melayan makan...letih...





terong goreng berlado

Rows of Almond London...

Stacks of it..and bottles of the Almond London.
Last2 goreng ini jugak untuk berbuka semalam..




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,