SUNYI...
Assalamulaikum.....
Hari ni SUNYI. Kat rumah cuma tinggal maklang dan bibik aje. Semuanya dah ke sekolah pagi tadi dan Cik Abang of course dah ke pejabat. Semalam pagi Atok dan Wan dah ke Kuala Lumpur sebab hari ini Wan is due to masuk hospital untuk nak check penyakit Wan.InsyaAllah Alang akan temankan Wan kat hospital. Moga2 semuanya berjalan lancar dan moga2 penyakit Wan dah tak ada di badannya lagi. Mintak dijauhkan Allah...Amin.
Semalam Along tak sekolah sebab demam katanya. Memang badan dia panas and loya sikit. Tapi menjelang petang maklang tengok sihat aje. Dok mengadap PC dia aje. Tengok DVD! Bukannya dia nak ulangkaji! Petang bila Abah dah tegur, barulah nampak baca buku sikit!
So, hari ini maklang tak ada tukang layan laa. Tapi tengahari nanti Hakim balik adalah teman. Ini pun pagi2 tadi lepas solat, maklang dah masakkan nasi ayam. Nanti bibik tinggal gorengkan ayam yang telah di bumbu-in! Sambal pun maklang dah siapkan. Nanti mintak bibik gorengkan daging . Just before Cik Abang balik nanti maklang tumiskan untuk nak masak kicap. So, sementara nak tunggu Cik Abang balik, lebihkurang 4 jam lagi...terpikir2 jugak apa nak buat. Maybe baca buku or maybe sambung cross stitch or maybe tengok TV je or tak taulah nak buat apa. Nak lasak2 ( bak kata Zino), tak boleh pulak. Takut pulak bentan urat2 nikan Mak Teh....
Tapi, InsyaAllah...maklang OK. Tak kemana and tak boleh buat apa2 ni mau nanti sakit badan. Almaklumlaa...maklang ni tak biasa duduk relax aje...Nantilah maklang cari apa2 yang boleh dikerjakan...yang mild one, tak payah renyah, mind relaxing!
Since banyak merepek aje ni, baiklah maklang letakkan gambar2 bunga di sekitar rumah ni untuk tatapan semua....
Anggerik hijau purple.Maklang beli di Kuantan a few months ago...Sekarang baru nak berbunga semula..
Ini di pergola belakang. Kecik2 je bunga dia. Tak puas tengok...
Ini pun beli kat Kuantan. Ini di garage depan rumah, tapi dek cuaca yang teramat panas, bibik dah bawak ke dapur sebab daun dah jadi kuning!
yang ini maklang suka bau dia. Adalah dalam 2-3 pasu aje. Kalau yang warna putih lagi kuat bau dia..
anggerik lagi...
ini bunga kesidang kat pergola nak meniju ke rumah. Wangi sangat bau dia. Kalau malam2 boleh seram sejuk! Kalau nak masuk rumah malam2...Jangan Pandang belakang!
Ini bunga anggerik kat pergola belakang rumah. Berbunga cantek sebab masa tu baru dibeli. Sekarang ni, masih belum mengeluarkan bunga lagi..
Ini pulak bunga kertas kat luar pagar. Macam hidup segan mati tak mahu kalu tengok pokoknya, tapi masih mengeluarkan bunga. TQ pokok kerana mencantikkan laman rumah maklang...
Pokok ni tak tahu nama dia apa. Tapi memang mudah didapati dan senang dijaga. Berkat jagaan Pak Omar, daun2nya sebesar tapak tangan Hakim
Ini feberet maklang. Ambil gambar masa tengah panas, jadi bunga dan daun kelihatan layu. Ada sebaris dekat 50 batang pokok ni...Sekarang tengah musim men'daun' sebab baru prunning! Dek cuaca yang teramat pans, daun dia jadik terbakar. Tu yang Pak Omar cantas semuanya.
Lagi anggerik kat pergola belakang rumah. Bila tengok anggerik yang mengadap dapur ni teringat kat arwah Mak Ngah maklang. Dia memang suka anggerik2 yang berkembangan kat dapur rumah dia. Sekarang anggerik2nya dijaga oleh pembantu rumahnya..Al-Fatihah untuk arwah Mak Ngah...
Lagi anggerik putih, jenis besar...
Ini bunga sepit udang. Di tanam sebelah garage.
Ini bunga halia merah. Lambat betul dia nak bunga. Macam liat aje. Kalau tengok kat rumah orang memang cantek bunga dia. Agaknya baja yang digunakan tak sesuai kot. Ada tak idea camana nak buat pokok ni berbunga banyak?
Ini kat sudut taman. Macam2 pokok. Yang besar tu pokok bunga cempaka. Kadang2 ada bunga tapi most of the time tak ada..
Lagi pokok kesidang
Pokok lily oren. Banyak kat luar rumah sedang berbunga tapi maklang ambik yang kat atas verandah aje...
Lagi anggerik kat pergola belakang rumah. Bila tengok anggerik yang mengadap dapur ni teringat kat arwah Mak Ngah maklang. Dia memang suka anggerik2 yang berkembangan kat dapur rumah dia. Sekarang anggerik2nya dijaga oleh pembantu rumahnya..Al-Fatihah untuk arwah Mak Ngah...
Lagi anggerik putih, jenis besar...
Ini bunga sepit udang. Di tanam sebelah garage.
Ini bunga halia merah. Lambat betul dia nak bunga. Macam liat aje. Kalau tengok kat rumah orang memang cantek bunga dia. Agaknya baja yang digunakan tak sesuai kot. Ada tak idea camana nak buat pokok ni berbunga banyak?
Ini kat sudut taman. Macam2 pokok. Yang besar tu pokok bunga cempaka. Kadang2 ada bunga tapi most of the time tak ada..
Lagi pokok kesidang
Pokok lily oren. Banyak kat luar rumah sedang berbunga tapi maklang ambik yang kat atas verandah aje...
Pohon doakan baby Alman yang telah masuk semula ke NICU waktu maghrib semalam. Masih belum kuat lagi...masih terlalu kecil...Baby Alman dah dibawak pulang hari Jumaat lepas tapi semalam dia macam short of breath. So Alang nasihatkan Busu supaya hantar kan Baby Alman ke hospital semula... Moga2 semuanya selamat...Amin Ya Rabbal 'Alamin....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
Didoakan baby Alman cepat sembuh, begitu jugak Wan sihat walafiat dan maklang sendiri cepat2 baik.
Cantik pokok2 bunga ni dan kehijauan sekitar rumah you ni maklang...legaaaa mata - sejuk jer.
Tak reti la kita nak bagi nasihat macam mana nak lebatkan daun, Mak Teh boleh tolong kot, sebab husband dia suka berkebun! kan mak teh kan?
uish, sedap nasik ayam tu! baru pukul 10.30am perut dah lapar!
Ondeeeee:
Maklang published tak sampai 5 minit, nampak Onde dah komen...Lama betul nak upload gambar!
Memang kan, mana tau makteh boleh beritau..kalau suami makteh suka berkebun, mesti cantek!
Makteh ni, tulis buku eh OO...Apa nama pena makteh??
maklang,
Cantik sungguh pokok2 bunga maklang. I like those yang warna biru... What is the name of those flower in blue?
wah! harini jadi first commentor! biar mak teh yang jawab soalan pasal buku dia..hehehehe..
Mak Lang ..
pB doakan Mak Lang cepat sembuh nyer ...
suker sangat dengan bunga yang kaler biru tu ....
umah pB tak der tanah ....
Meriah betul bunga2 M.Lang, indoor & outdoor. Bila tengok banyak betul gambar dlm N3 kali ni, hati berkata sabarnya lah M.Lang nak upload gambar2 tu....
Semoga semua cepat sembuh ie Wan, Baby Aiman & Mak Lang too...
mak lang, bukan ker nama pokok yg akak tak tau nama tu, pokok kiambang..? kalau tak silap la.. abah pun ader tanam dalam kolam kat rumah..
teringat arwah nenek.. dia pun suka betul ngan bunga orkid nie..
moga baby alman, wan & mak lang cepat sembuh.. amin..
saje2 blog-hopping nih, ntah dari mana boleh 'sampai' sini pulak :)
nice view seh, halaman rumah luas dan berhias gitu!
doa untuk baby Alman dan Wan supaya mereka berdua selamat hendak nya...amin.
Ingat nak tunjuk gambar chicken rice ke,daging kicap tu...aleh2 pokok bunga pulak....pokok buat mata kucing takde ke?...hehe...yok kita serang rumah kaklady ye maklang.
cat:
Yang warna biru tu hydrangeas (spelling ni betul ke?)- bunga 3 bulan atau zubaidah kalau cakap melayu. maklang pun suka sangat!
OO:
Ye..first one tapi maklang tak ada hadiah laa...makteh pulak tak masuk sini
pb:
terimakaseh..
bunga biru tu pun feberet maklang sejak dari kecik lagi sebab tulaa tanam banyak2 kat depan rumah tu...
beli aje pasu, letak tanah lepas tu tanam lah pokok!
mamamia:
sebab tak kerja bolehlah load gambar banyak2...kalau tak malas jugak!
terimakasih kerana mendoakan kami
pisces:
kiambang bunga dia biru tak silap...tapi entahlah...
oh..orkid memang cantek. suka tapi maklang tak pandai jaga!
terimakaseh doakan kami...
kak elle:
masa buat nasi ayam and masak kicap tu, tak ada mood nak ambik gambar! lagipun tak tau camera kat mana dan hp abg bawak pergi ofis...so masuklah gambar bunga yang maklang ambik dan berbulan2 dalam PC ni!
Jom serang rumah kak lady! Tapikan kak, bila kita nak serang tu tak taulaa kan!
Post a Comment
<< Home