Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, September 16, 2007

Exhausted...

Assalamualaikum...


Semalam satu hari duduk depan mesin. Alhamdulillah, siap sambung 3 bags dan beberapa helai telekong. Penat bukan main. Masa menjahit tu tak terasa, tapi bila dah sudah tu rasa penatnya ya amat.
Beg ini sudah dipos ke tuannya petang tadi. InsyaAllah sehari dua sampai lah tu...
Yang ini pun sama , dah di pos.

Yang ini tuannya kat Kerteh aje. InsyaAllah bila siap letak manik kat tepi bag, siap lah tu...dan boleh kasi kat dia before Raya!

Petang pulak maklang memasak. Sambal bilis untuk Wani. Tapi nasib baik Wani dah bersihkan ikan bilis, lada dan bawang dah berblend, kalau tak mau lagi lama ambik masa! Lepas tu, tengah memasak datang pulak idea, nak tambah makanan. Nak makan cucur udang pulak. Kalah orang yang puasa! Sambil2 menggoreng tu teringatkan ada kuah rojak India. So, keluarkanlah kuah rojak dari freezer. Cik abang dan Wani memang suka ni. Maklang tak sentuh pun! Tapi makanlah cucur udang dengan sos cili aje.

Anak2 pulak makan mee hailam. Angah masak with my supervision. Oklah..habislah dekat 4 bungkus mee. Tapi tu pun sebab dah berbahagi dengan jiran sekeliling.
Mee hailam
Cucur udang
Ikan tenggiri masak tiga rasa, for sahur.



sambal ikan bilis buat Wani dan of course Cik Abang
mee goreng from jiran
Cream caramel dari Cikgu Zihan.









Malam tu, cik Abang and I pergi hantar wani ke asrama nya... Letih baru terasa...


Hari ni cam biasa. Boring. Kerja tak banyak. Penat nak tunggu petang. Alhamdulillah petang jugak akhirnya. Rasa malas nak masak. Mula2 bujang posa, tapi tengahari dah surrender. Geram pulak rasanya! So, petang tadi, maklang tak masak apa yang dia mintak. Masakkan Angah punya request pulak..nasi pattaya. Biar dia rasa yang kita tak suka kalau dia tak puasa. Dia pun macam tak suka kita treat dia indifferently. Hopefully dia puasalah besok.

Walaupun dia masih kecik, maklang rasa tak salah kalau diajar macam tu. Dia kata, dia haus sebab tu dia minum. Lagipun abah kata OK. Wah dia blaim abah dia pulak! We just played along, sebab Abahlah dia berbuka, kalau tak masih berpuasa! So, i told him that berpuasa tu maknanya menahan lapar dan dahagalaa...kalau tak lapar dan tak haus maknanya tak puasa laaa...Nampaknya macam dia paham dan serik, kakak2 semuanya macam tak mau geng dengan dia sebab dia tak puasa. Masa tengah buka petang tadi, dia asyik kena usik aje...Gelihati tengok. Malam semalam dia ikut abah dia ke tarawikh di masjid. Angin baik. Dia kata kat Abah dia yang dia nak ikut pergi masjid sebab Hakim nak jadi Muslim! Selama ni dia bukan Muslim ke? Agaknya maksudnya nak kata, dia nak jadi alim. Dan bila balik dari Tarawikh, cik Abang kata anak bujang dia tumbuk ada budak darjah 1 yang dok ejek dia Mr. Bean. Sebab dia pakai baju Mr. Bean. Tak tahan kena ejek, dia tumbuk aje. Balik rumah, maklang salam dengan dia. Sebab Cik Abang memang selalu kata, kalau budak2 asyik usik aje, lawan aje. Tak payah balik rumah ngengek2 macam Angah. But of course kasik sebijik aje. Langsung budak tu diam and tak usik lagi. Kelakar. I just cannot imagine Hakim camtu! Jangan jadi violent sudah!


Nasi goreng Pattaya. Sebab tak pandai nak buat telor dadar besar2 macam kat kedai tu, maka, maklang tutup aje nanasik tu dengan telur dadar. Oklah jugak!



Nasi goreng
Roti sardin...sebab banyak roti berlebih sejak dari belum berpuasa, so kena buat something, or else samapi habis Ramadhan masih berbaki!





Ayam goreng mamak, first try jadik! Maklang suka dan anak2 serta Cik Abang pun suka.





Exhausted bebenor rasanya...Lepas waktu berbuka baru boleh rest!

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

11 Comments:

At Monday, September 17, 2007 7:01:00 AM, Blogger Kak Elle said...

cantik bag tu maklang:)dan nasi pattaya tu makoi terliur ni....hehehe

eh macho bolih tahan tumbok budak tu ... takpe lah masih budak lagi slow2 nanti dia faham pasal tahan dahaga tu.

 
At Monday, September 17, 2007 8:47:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Beg tu kalau Cath nak order, camner ya..? Nak tunggu balik ke Malaya, lamo lagi bu... :(

 
At Monday, September 17, 2007 11:41:00 AM, Blogger IKHWANI said...

kak! lawa betul bag-bag tuuuuu!!! cun cun!!!

anak2kita ni pun di buli orang dan depa jenis tak pandai melawan.

saya tengok berapa jenis food akak 'hidang' kat sini pn dah penat imagine nak menyiapkannya!!!!

 
At Monday, September 17, 2007 11:44:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Maklang, boleh tak nak tengok gambar telekong yg maklang buat tu. Rasa macam nak orderlah sebab dah janji dgn my doter nak bagi telekung kalau dia katam ngaji bulan ramadan ni.

Terima kasih.

 
At Monday, September 17, 2007 1:35:00 PM, Anonymous Anonymous said...

waaa..teringinnya belajar masak..harap dpt tnjuk ajar dar maklang yer ;)

 
At Monday, September 17, 2007 1:44:00 PM, Blogger pekan said...

bulan posa nie tak leh nak visit blog mak lang la.. sungguh tergoda iman..

selamat berpuasa kak..

 
At Monday, September 17, 2007 4:03:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Ikan bilis berlada tu fav anak bujang kita. Hari ni sahur, buatkan utk dia, laju sikit dia makan. Kalau tak seksa nak suruh makan.

Semua ayah2 cam gitu agaknya. Che abang kita pun, pesan kat anak bujang kami, kalau org sakat or ejek, bagi penumbuk sikit kat budak tu. Biar dia org serik. Kalau tak, sampai bila2 pun kena buli. Zaman skrng, anak2 kena di ajar, survival of the fittest. Personally, I tak berapa suka approach ni.

 
At Monday, September 17, 2007 6:57:00 PM, Blogger KAK DIEDA said...

sedapnnya sambal bilis tu...

a;ah laa maklang! maklang ni jahit telekung + ukuran ke ukiran jer?

hebat tol maklang eks...serba boleh bikin laa

 
At Monday, September 17, 2007 8:10:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

masuk campak2 aje kak...alhamdulillah habis semuanya...

bujang tu tak tahanlah tu...geram sangat sampai melayang sebijik!

Cat:

Kalau nak order boleh. Tapi nak yang macamana? Nanti maklang pos aje kat Cat. Hantar mail kat nazdin_2000@yahoo.com.

oo:

Oklah tu...design sendiri aje. Main hentam!

Akak masak sikit2 aje...bolehlah asalkan anak2 makan..

Ciknor:

Kalau nak tengok telekong ada kat hanieliza.fotopages.com. Ada banyak dia letak gambars on the telekong.

 
At Monday, September 17, 2007 8:13:00 PM, Blogger maklang said...

nizie:

macamana nak aje rek...kasi resepi aje bolehlaa..

pisces:

lama tak nampak...selamat berpuasa jugak...

mamamia:

sambal kacang ikan bilis feberet Cik Abang. Tak ada lauk lain pun tak apa..

Memang kena ajar anak2 ni seni mempertahankan diri...

eida:

Tak faham bab telekong tu...

 
At Monday, September 17, 2007 8:50:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...sikecik kak lady pun asyik berpuasa separuh hari je dia...lepas minum tengahari dia kata dia puasa balik...hehehe

Kak lady kalau masak untuk berbuka tak boleh banyak2...diorang makan sikit aje...nanti banyak berlebihan...kalau masak main dish 1 aje...yang lain tu samada ikan atau sayur...pastu buat mee goreng atau apa2 buat sampingan

 

Post a Comment

<< Home