First Day of Puasa
Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah...selesai jugak puasa pertama untuk si bujang!. Anak2 maklang yang lain pun semuanya berpuasa. Yang 2 sulong memang kenalah puasa. Along walau pun dalam keadaan yang tak berapa sihat pun puasa. Tapi complain dia sebakul. Tekak sakit, tekak payau, asyik rasa nak muntah laa..orang tak biasa demam! Sekali doa mintak sakit Allah bagi terus kaw-kaw...nak kata padan muka tak sampai hatilaa..cuma tersenyum aje and kata kat dia, sejak dia sakit ni dah 1000 kali maklang dengar dia komplen!Dia kata first time dia buka puasa tak makan nasi! Dan sememangnya semalam dia tak berapa makan.
Angah macam biasa. Lembik lah jugak. Balik dari tabilas, dia terus masuk bilik dia, bukak air cond and tido! Bila maklang siap masak, dalam pukul 6:00ptg tu, nak kejut solat Asar, takut2 dia tak buat lagi, tengok angah tengah tak sedar diri! Masa buka dah mintak ubat pening kepala. Abah dia kata tak payah, tunggu kejap lagi, sure ilang! Dan sememangnya Angah cam tu, jumpa makanan, semuanya OK. Mulanya dia makan sikit. Macam dah berhenti, tapi boleh sambung lagi...Atok kata Angah kalau makan memang kena spare jamb@n le...kelakar atok kata cam tu, tapi dia Ok semalam usik camtu sebab perut dah penuh!
Maya pulak pukul 11 pagi dah call maklang kat office. Tak larat laa...tak nak gi sekolah la...macam2. Tapi maklang paksa dia pergi sekolah sebab kalau tak nanti, bila duduk rumah aje, mesti lagi lapar. Alhamdulillah dapat jugak dia habiskan sehari puasa dia. Tapi balik sekolah, bukak tudung, campak beg, and terus terbaring...bila naik atas , jumpa Hakim, berebut apa entah, terus masam muka...symptom orang lapar dan penat! Tapi dia cool aje masa buka, makan pun cenonet aje!
Bujang punya hal pulak. Lepas sahur dia tidur kat bilik maklang. Kejut nak gi sekolah pukul 7:30am. Selesai bibik mandikan dan siapkan dia, dia baring kat kerusi bawah, then terus tidur balik. Pakcik bas tinggalkan dia and Maya. Maklang pulak terpaksa hantar Maya. Hakim tidur sampai pukul 11:00pagi. Bila maklang call dia pukul 3 ptg, dia masih puasa lagi. Tapi bila nampak muka maklang balik office, dia terus ngengek nak minum air. Haus..haus...kata dia. Pujuk2 and upah Rm5.oo, ajak naik atas semula dan dia leka tengok TV. Masa tu dah pukul 6:30! Last2 sebab leka ngan Sponge Bob, sampai tak nak turun masa buka! Syukur, lepas dah dia satu hari... Pagi tadi pun senang aje nak kejut sahur. Hari ni turn abah pulak kejut!
Cik Abang pulak, masa berbuka, asyik dok kata...Abah tak boleh tambah...(kalau dengar ayat ni mesti ingat makngah masa dalam pantang! makngah jangan mare...buke apa semalam?).Tapi yang tak boleh tambah, nasik aje, yang lainnya tok sah cakap le. Tak boleh tambah punya hal...tapi maklang tengok tak siap2 lagi makannya. Sampai kueh yang maklang buat pun cik abang makan! Kueh manis biasanya tak suka, tapi kueh semalam nampak laju aje. Habislah seloyang 10 inci tu! Tapi of couse hampir separuh kueh tu berjalan ke rumah 3 jiran2 maklang ni...
Maklang cool aje...makan cam biasa. Sebab maklang masih makan siang! OOOOPppPPPssss...tak pe kot cakap...Lumrah seorang wanita....
Balik kerja kol 4:30ptg, sempat buat ayam masak lomak dan kueh serimuka. Tapi kueh serimuka bibik dah siapkan the pulut, so cepatlah. And syukur, walupun siap pukul 6:30ptg, bahagian atas tu, sempat jugak nak hantar ke rumah2 jiran!Lain2 makanan termasuk dendeng sahur, pucuk ubi dan kuah asam, nugget dan fries permintaan Hakim...Itu saja...
Pulut serimuka...lama dah tak buat. Gambar2 lain dan resepinya nanti upload....
ayam masak lemak kuning
nugget dan fries
pucuk ubi dan sambal air asam
Sorry gambar tak cantek...camera pun menggigil! he..he..he..
You all buka apa semalam?
P/S: Marilah kita sama2 berdoa moga2 mangsa2 earthquake di Indonesia semuanya dalam keadaan terpelihara..Amin...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
10 Comments:
Arif kita pun demam hari prtama posa,syian plak tengok mcm tak lalu je masa berbuka. Semlm qisst berbuka kat Kagumas Bangi. Tak sempat balik umah sbb balik kerja lewat. The food not bad lah for buffet harga RM25 sorang. :)
syukur alhamdulillah semua cukup berpuasa sehari:)
ada recipe kuih tak?tak pernah membuat nya nampak macam leceh..hehe
maklang,
Sambal air asam tu nampak sedap sangat. Kalau ada ikan bakar, cecah with sambal air asam... Aduhai, nama mak bapak pun lupa, maklang... hehehe
kita pun cukup gak puasa sehari semalam (tapi entahlah pahala byk mana jer sebab marah-marah) tapi lepas solat terawih malam tadi, dah angkat bendera merah so boleh lah kita gang dua orang!
si faris semalam puasa sekerat hari, hari ni terus tak mo dah..lapar kat dia, hai!
Ramadhan ni macam dapat kekuatan jer nak memasak untuk juadah berbuka. Tapi yang simple ajelah, sampai rumah pun dah 5.30. Semalam yang bes, sambal tempoyak dan ulam petai... yummi...
selamat pose maklang.. alhamdulillah zharif pun selamat pose semalam. dengan dugaan dari kenkawan yg berbagai bangsa.. sedih tengok kuih muih tu, mana la nak dapat sini..
nampaknya Ramadhan ni kenalah extra rajin sket (terpercik kesungguhan mak lang memasak). Mak Lang sure tak de pergi bazaar ramadhan, kan?
salam maklang..
maklang rajin sungguh.. tapi demi keluarga... banyak markah puasa tu.... janji tak membazir kan maklang...
selamat berpuasa utk maklang dan keluarga..
mak aii seloyang sekali hadap hehe..
Salam Mak Lang, Alhamullillah anak2 semua cukup puasa semalam, saya masak untuk berbuaka dan sahur, tahun ni tak mau pi jugak pasar ramadhan tu, tahun lepas tak pi pun..Selamat Berbuka ye.. bila singgah blog mak lang saya dapat idea nak masak apa..thanks Mak Lang.
Post a Comment
<< Home