Jom membaca...
Assalamualaikum...
Selamat dah 6 hari kita berpuasa. Maklang macam biasa masih lagi kebosanan di pejabat ni. Mengantuk betul dibuatnya. Sempat jugak pergi kelibrary dekat2 office maklang untuk nak pulang buku cerita Along. Bila dah pulang buku cerita tu, kita pun mulalah tengok2 buku cerita. Mula2 tengok buku2 masak dan buku2 craft. Nak carik Danille Steele tak ada pulak. Sekali entah macamana on the way nak balik, melambak tengok buku by DS. Memang lah seronok.Cepat2 ambik dan bila kat ofis maklang membacalah. Tapi bila kita nak baca ada pulak kerja, tapi sempat jugaklah baca2 ni. Sebab tu malam ni tak boleh cerita panjang. Maklang nak membaca pulak. So, kat sini maklang letakkan gambar ajelah eh... Ayam percik buat buka tadi. Hakim sampai makan bertambah 2 kali. Angah tak usah cerita laa...
Kentang goreng berlada..tak ada idea nak masak apa
Kacang panjang tumis dengan perencah dan telur. Kacang panjang ni dari kebun kecil kat belakang rumah. Pak Omar yang tanam.
karipap ni tawar betul...inti dah lama simpan dalam fridge. So bila tak ada idea nak buat kueh apa, maklang pun buat karipap laa..
Ini beg untuk telekong. Ada kakak sms kat maklang tadi pagi mintak buatkan telekong untuk makcik dia. Nasib baik tinggal last one. Dia nak telekong aje without kain. So, maklang terasa pulak nak buatkan beg untuk telekong tu. Baru aje siap dalam 1/2 jam tadi begnya...
Ini 2 buah buku cerita yang maklang pinjam tadi. Dah baca yang ijau tu sikit. Habis updet ni ingat nak sambung semula!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
20 Comments:
Salam maklang..
Bertuahnya la.. anak2 dgn Cik Abang maklang na... rajin sungguh maklang memasak.. Kalau umie agaknya, lepas buka puasa.. terus tumbang sampai sahur agaknya..
tu dia..nasib baik baca memalam hehe..kalau tak tercabar puasa.. hehe
salam posa 7,
nie nak tanyo, sapo nama orghang yg nyanyi lagu tu? Sodap swagho tapi lagu tu kombang-kuncup jiwang kucing.
awak pun suka tulisan danielle steel ko? saya baghu habih baco Thurston House minggu lopeh.
Pun dah habih baco Crossing bulan lopeh.
minta sikit ayam percek tu maklang:)
macam2 bag you bolih buat ni semua kurnia dari Nya.
ei,qisst pun suka danielle steel juga tapi dah lama x baca... Maklang buat telekung camner? sulam2 ye?
umie:
Alhamdulillah Allah yang beri kekuatan untuk memasak untuk suami dan anak2 tercinta. Syukur...
Maklang pun lepas buka, buat apa2 yang patut dalam pukul 10 ke 11 ke sure dah gone. Sahur pun bibik yang uruskan sebab kalau tak tunggang terbalik hidup maklang esoknya...mesti nak muntah punya. Biasa maklang bangun makan ubat dan minum air aje...
Zino:
Ni main masak aje...apa yang anak2 suka, itulah yang maklang masakkan. Alhamdulillah selamat...he..he..he..
Kak Lela:
Penyanyi nya tak lain tak bukan Abang Sudir. Maklang memang peminat setia dia...dari kecik2 lagi...
Maklang memang banyak dah baca DS ni... Suka...tapi malam tadi cakap aje nak baca, pegang buku 5-10 min, buku kemana, maklang kemana!
Kak Elle:
Nak ayam percik maklang? entah ada tidak lagi dalam fridge! Nanti akak datang sini , kalau teringin, kita buat lee....
Alhamdulillah...KurniaNya...Maklang cuba gunakan sepenuhnya....
mak lang..nak recipe mi hailan tuh..sedappnyaaaa
Aduh maklang, sedapnya ayam percik... Nak mintak resepi boleh?
alamak..... tension la pagi2 tgk dishes camtu.... terliuq helena.... hehe.... Helena scroll down cepat and wow... cantiknya bag telekung......
Dah lama tak baca buku2 DS. Nak revise balik la.... hehe...Sekrang ni tgh tunggu ada time nak beli buku John Grisham, and 2 buku yg Helena belum beli.
kak, you buat telekung anak2 tak? Cantik beg telekung tu!
amalan membaca mmg bagus kan...
sambil membaca, masak apa yg patut untuk berbuka...hehehee...
MakLang.
U may not know me but saya regular reader of maklang's blog... harinih baru nak tulis comment sebab semalam mimpi mak lang mai rumah saya.. HAHAHAH... yg lawaknya taktau nak jamu apa dekat sifoo memasak ni, (sebab kita tak pandai masak).. so pi beli dekat kedai.. :).. anyway Maklang.. keep on blogging, i enjoy reading ur writing( sampai boleh termimpi lah)
Salam Ramadhan untuk maklang and family..
hari2 masuk sini tengok menu maklang..sedap2
salam mak lang...
dah lama betul saya tak mai sini...
apa ni mak lang orang dok posa buat orang terliur ni :0) ... pls letak la gambar gambar lauk lagi.. saya tak boleh makan pun sekurangnya boleh la beraya mata hehehe
sempena bulan yg mulia ni kami sekeluarga nak ucapkan Salam Ramadhan utk mak lang n keluarga...
resepi karipap ada dalam resepi blog mak lang tak?
love
simah
qisst:
Ds ni memang cerita dia sedap2. Tapi nak beli ada berat sikit, mahal sangat. So, dah banyak kat library ni, rasanya meminjam ajelah kerjanya...seronok!
arsaili:
resipi mee hailam ada kat blog masak. Kena carik kat bulan2 lepas sebab maklang tak tau macam mana nak categorizakan...nantilah maklang cuba buat...tapi bila ye...
helena:
maklang masak aje..apa yang rasa nak masak. Rasanya belum tentu sedap tapi so far tengok anak2 dan Cik Abang makan berselera aje...Syukur..
Ds ni memang sedap cerita dia. Yang tak sedap tu, bila dah membaca, tak jadik kerja lainlaa...
OO:
Kalau ada permintaan maklang buatlaa...sekarang ada 2 dalam simpanan. Nak ke?
Cikdinz:
memang membaca itu bagus. dan selesai membaca boleh masak le...nak2 kalau lepas baca resepi2 kan...
niza:
Kes teruk ni..sampai bawak ke mimpi! Tapi kalau mimpi yang baik2 tak apalah...Lain kali datang lagi eh...
Sue:
Nampak sedap, tapi rasa belum tahu lagi...:)
simah:
Maklang pun lama tak lompat2. Bulan puasa ni agak sibuk jugak!
InsyaAllah maklang letak resepi2 dan gambar2 nya sekali jika ada kesempatan...
Salam Ramadhan untuk Shima jugak.
mak lang teringat skrip untuk angah..."hujan pun berenti" tab baik tau mak lang..sian dierr...
Mas:
Bukan dia kisah apa orang kata....Dia memang enjoy makan....
Salam,
Mak Lang, boleh tunjuk sampel telekung. sy ingat nak order. mat lang biasa buat yang pakai kain 'getah' tu? nama kain tak tau la plak.
boleh yer mak lang :)
1na
Putrajaya
INA:
Ada sample telekong tu kat kak Liza. N3 on butter cream. Banyak jugak dia letak contoh bunga sulam tu.
Kain getah tu tak taulah pulak sebab maklang guna kain cotton.
Post a Comment
<< Home