Mata ku sakit...
Assalamualaikum....
Hari ini ada malas sikit nak masak. Malam semalam pukul 8:45pm maklang dah kong. Mengalahkan orang berpuasa. Tak tahu apasal badan letih sangat. Nak kata masak macam2 sangat, tak adalah jugak. Biasa2 aje, macam hari2 biasa memasak. Lepas dah konged-out tu, tersedar bila semuanya bangun sahur. Cik abang kalau tengok maklang lepak camtu, memang tak ganggulaa…terimakaseh suami ku tercinta! Lagipun bibik dah siapkan semuanya makanan yang nak dimakan. Makan lauk berbuka aje. Untung semuanya tak fussy nak makan apa waktu sahur. Kalau tak , mau lepak lagi! Jadinya bila dah tersedar payah nak tidur, apalagi, maklang sambung upload gambar kat blog and publish. Cari2 jugak kat blog dapur if dah letak ke belum resepi ayam baker yang makngah nak. Alhamdulillah resepi tu dah load lama dah. Terus sms kat dia…
Agaknya semalam penat sangat sebab penat mengadjust mata ni. Almaklumlah, semalam pagi baru dapat cermin mata baru yang bifocal tu. Mata dan orangnya dah tua. Payah jugak pakai cermin mata ni sebab susah mata nak adjust. Silap pandang ketepi, semuanya kabur. So, payah nak main jeling2 ngan Cik Abang sebab pandangan jadik kabur! Sungguhlah membosankan! Mulanya tak ada pun nak buat sangat spec ni tapi entah macamana, last Khamis spec maklang
Tersenget. Memang tak boleh pakai langsung. Tertimpa dengan buku atas meja agaknya. So, bila kekedai cermin mata, mintak dia betulkan, budak tu kata, boleh betulkan, tapi kalau patah tak jamin. Bengkok dia tak lah critical sangat nampaknya. Betul pun bila dia keluar dari tempat dia nak ’operate’ the specs, PATAH! Hampeh betul. Terpaksa den buek ceghomen baghu. Teghobang duik den. Nasiblah kompeni tanggung. Malang sungguh! Dan apabila ambik spek baghu, payah pulak nak ekjah! Apalah nasib. Agaknya memang camni agaknya….Itulah…satu, satu, nikmat Allah dah ambik. Kenalah memperbaiki diri nih….
the new specs for orang lama
Semalam kan bujang tak posa. Kami torture betul dia. Dia nak makan peha ayam feberet dia, maklang tak kasi. Akim nak makan sandwich gulung boleh tak. Maklang kata tak boleh. Semuanya untuk orang puasa jugak. Masam aje muka dia. Spaghetti yang dia idamkan pun tak buat. Memang kecewa betul dia. Dia kata dia buka sebab dia haus. Maklang nasihat kat dia sebab tu lah puasa sebab puasa is menahan lapar dan dahaga! Dia tak paham agaknya. Hari ini Alhamdulillah, nampaknya dia berpuasa…. Syukur …nak jugak dia dengar nasihat.
So , petang ni maklang masakkan spaghetti untuk dia dan juga ikan sumbat belakang. Memang dua2 tu feberet dia. Banyak dia makan. Boleh pun puasa! Sempat jugak buatkan kueh abuk2 untuk Sazlina. Dah beberapa hari mintak buat. Teringin nak makan kata dia...So, Alhamdulillah...dapat jugak kasi kat dia...
spaghetti bolognaise
taugeh goreng bersama leftover tauhu from yesterday
ikan cencaru sumbat belakang versi makngah...memang sedap sehingga menjilat jari
Abuk2 permintaan Sazlina...Makngah dah terai ke belum ni??
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
spek multi-focul yg zino buat tak boleh pakai.. rasa bergerak satu dunia..
poning kepalo den.. hehe
thanx maklang, tak dapat rasa kuih tu, dapat tengok pun dah rasa kenyang... nak buat sendiri???alahai.. tak jadi satu hal, nak perabis seloyang pun satu hal. ada 2 rumah je yang pose kat sini.. nak makan 2-3 biji je.. syoknya pose kat sana..
salam posa ko-onam,
alamak, sepek bagru tu nampak eh cam samo den ado nie.
Den kalau tak pakai sepek, laki oghang pun boleh topolok hahahah...
Welcome to the club maklang:)mmg first time guna progress lens spec ni susah sikit but once you are used to it...bila jln macam semacam kan like lantai tu senget kan?
Masak tu mesti ada eh maklang dan kalau bubuh gambar tak berseri lah blog maklang ni dan membikin kita semua terliur aje.
maklang,
Ikan jaket tu nampak sedap sangat... Aduh, menyesal baca entri maklang malam-malam buta & perut tengah lapar ni...
kak, ada tak cara nak buat abok-abok tu?..teringinyerrrr...
Cakap pasal spek ... i pun nak kena tukar lens, dah blur.
Kesian Hakim!!! My si kecik posa pulak yesterday tapi tak bersahur pun, kesian dia.
comey spec baru mak lang tu..gaya cam org muda lagi jer...
tak der rupa orang tuwer pun
uwaa... speghetti... petang ni nak buat la..
zino:
Maklang rasa kena adjust lama sikit. Hari ni dah Ok sikit dah mata ni...Kalau pusing satu dunis tu mesti focus kat spec tu tak betul. Cuba tanya kat optometris tu...
Mulan:
Sama2. Tapi kalau nak makan tak payah lah buat seloyang. Agak2 ajelaa. Ke makan sampai seminggu!
kak Lela:
Iolaaa..memang poning palo den ni ha...
Kak Elle:
Nampaknya today I feel much better.
Saje letak gambar. Meriah sikit blog maklang ni. Kalau tak boring aje!
Cat:
Laa...kesiannya orang tu kempunan ikan jacket. Kalau tak buat aje pakai mackerel , bolehkan!
OO:
ADakat blog masakan. So can buatlaa kan..
QOTH:
Kalau tak ajar dia cam tu nanti takut bila dia besar, dia masih nak dimanjakan , tak mau puasa. Parah tu. ALhamdulillah dah 5 hari dia puasa penuh takat ni...
eida:
Memang tak tuwe lagi..cuma lama sikit je...ha..ha...
Pisces:
So dah buat lom spaghetti tu???
Post a Comment
<< Home