Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, September 20, 2007

Ramadhan yang ke 8

Assalamualaikum...



Sekejap aje dah 8 hari kita berpuasa kan. Sekejap betul masa berlalu. Di office pun hari ni maklang agak sibuk jugaklah. Taklah sebosan 2-3 hari yang lepas. As usual kalau bulan puasa ni tak ada cerita lain melainkan masak apa semalam? nak masak apa hari ni? and so on. Baik jugak dari bergossip.





Kat office maklang ni adalah 2-3 anak2 muda yang suka jugak nak memasak. So masa cerita2 tadi, adalah seorang engineer yang baru jugak berumahtangga 3-4 bulan lepas bercerita.


"Kak , semalam saya masak ikan percik ikut resepi Kak Liza"


"Lepas tu saya tengok kat resepi dia ada letak halba. Mulanya saya ingat halba tu kundur kot. So, saya pun belilah. Tapi bila nak masak tu tanya kat mak kalau kundur tu sama ke dengan halba."


"Habis mak awak kata apa". Maklang dah mula nak gelak.

"Mak katalah...eh...taklah halba tu macam sejenis rempahlah"

Semua yang ada kat situ gelakkan dia. Dia pun gelak sekali. Agaknya dia tak pernah masak kot masa dulu. Ataupun jarang masak.


Petang tadi pulak, masa dok cerita2 pasal renovation untuk ofis baru kami, maklang dok explainlah pada adek2 yang ada. Kalau misal kata tak ada false ceiling , maka akan buruklah pandangan mata bila tengok kat ceiling nanti. Sebabnya banyaklah conduit dan junction boxes melekap kat dinding. Maklang siap tunjuk kat draftwoman tu gambar the existing installation kat bakal ofis tu. Dan beritahu dia yang sekiranya tak ada false ceiling tu, installation lampu akan lebih buruk lagi. Langsung dia kata,HUDUH SEPANG KO-ONG! Laaa...tergamam maklang sekejap. Sampai 3-4 kali maklang tanya apa yang dia cakap tu dan apa yang dimaksudkan nya. Rupanya..buruk benar. Dan lepas tu maklang katalah yang cost nak renovate tu mintak murah2. Macam tak logic aje bunyinya. Dia pun sambung. KOGHOK KEGHAH laa...apapulak lah ni. Rupanya ~ Tengkorak keras...something like 'kepala otak laa'. Sampai berair mata maklang ketawa tadi. Kelakar betul. Memang pekat bahasa dia! So, today I learnt something new!


As usual. after office, maklang spent my time in the kitchen to cook for buka puasa.



Petola goreng dengan sotong and suun. Maklang suka sangat ni. Sedap.
Sup bayam dengan ayam
Kuey teow dari jiran sebelah
Ini version baru of cara berlauk ~ cara bersosej. Cik abang suka ni!
Ini cara berlauk hari ni. Along marah sebab maklang nak kasi jiran2. Tapi tak kira, maklang kasi jugak!
Ayam masak merah














Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

12 Comments:

At Thursday, September 20, 2007 11:25:00 PM, Blogger demonsinme said...

Madam ML:

Forgive for this intrusion yo this discussion.


Dedicated to Little Nurin
from a father of none

On this day that I saw your dried tears,
I pledge my vows and lifted my spears,
and let loose a war cry so all could hear,
I paint my eyes black and pay homage to the devil’s lair,
and wage my soul to barter this unjust despair,
I ask him unto me he would give the hideous of stare,
so that I find this son of an unholy night mare,
and hunt him down with out any care,
once he lays under my anger snare,
I will gnaw his heart bare,
while life still dangles in sinful hair,
and I will drink his blood in cups of pair,
then I will pluck each and every one of his beastly hair,
and make a lace out of that bastard stare,
so all bestial man be aware,
this world shall never be his damned soul's lair.

 
At Thursday, September 20, 2007 11:31:00 PM, Blogger zino said...

bahaya sungguh bila masuk blog ni.. hehe nasib baik tinjau waktu malam..

 
At Thursday, September 20, 2007 11:35:00 PM, Blogger maklang said...

Demonsinme:

Moga2 Nurin dibawah peliharaan Allah dan semuga yang jahat itu akan menerima balasanNya diakhirat nanti!

Zino:

Apasal bahaya ? Kan ke Iman En. Zino ni kuat...

 
At Friday, September 21, 2007 5:23:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang petang karang saya balik kerja nak singgah umah maklang nak minta sepinggan juadah berbuka untuk mlm ni ok?hahaha

baru hari tu angan2 nak buat kuih cara bubuh spagetti meat ni maklang dah buat dgn sausage pulak:)

tu language kelantan ke?

 
At Friday, September 21, 2007 7:48:00 AM, Blogger Nur said...

Salam Mak Lang, dah ambil resepi tu, balik nanti nak cuba sebab bahan semua dah ada..nanti bagi tau jadi ke tak..he he he

 
At Friday, September 21, 2007 8:23:00 AM, Blogger NJ@Goboklama said...

echo demonsinme...

Anyway, suka sup bayam tu,lokks yummeh!!! balik nanti nak masak :)

 
At Friday, September 21, 2007 10:30:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Nak resipi Ayam Masak Merah tu, boleh???

 
At Friday, September 21, 2007 11:31:00 AM, Blogger IKHWANI said...

demonsinme, I pray that Allah will give the doer of little nurin the severest punishment here and after...

kak, petola tu boleh jugak goreng rupanya, selama ni kita kalau tak masak sup, masak lemak jer..terima kasih sharing, ada jugak idea kita nanti..

 
At Friday, September 21, 2007 11:52:00 AM, Anonymous Anonymous said...

maklang..KOGHOK KEGHAH tu kenkadang di sebut KKOROK KERING MUNG!..maksud lbih kurang ngan KOGHOK KEGHAH..haha.. HODOH SEPANG tu disebut HUDOH SSEPANG..ada sabdu daa..wa lama x dengor smua ayat tu.

 
At Friday, September 21, 2007 12:11:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

kami tunggu kak elle nanti eh...tapi kalau lambat nanti tak sempat apa2 makanan dah habis!

tu language terengganu, i believe...

nur:

cuba jangan tak cuba

Qisst:

Maklang letakkan lada putih dan ayam serta bawang putih, halia dan bawang merah. Maya punya feberet tu!

Cat:

Resepi ayam masak merah tu ada kat blog masak maklang. Nanti kalau dah masak, mintak rasa sikit eh..

OO:

Memang sedap kalau petola tu digoreng. Manis sotong terasa and suun memana anak2 maklang berebut lee..

moksu:

maklang kenkadang tak paham bahasa sini walaupun dah 10 tahun duduk sini!

 
At Friday, September 21, 2007 4:22:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...tgh jalan2 cari resepi ni...tapi kebanyakan resepi guna daging, ayam, udang...cik abang tu tak leh makan seafood...dah pening kepala nak masak apa dah....

Kuih cara sosej tu macam menarik...

 
At Saturday, September 22, 2007 8:18:00 AM, Anonymous Anonymous said...

masuk umah maklang ni mmg ttergugat selera laaa..
rasa macam nak wat semuanya..
sedap-sedap belaka...

 

Post a Comment

<< Home