Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, October 03, 2007

Puan Dapur

Assalamualaikum....


Tadi pagi dalam pukul 5 pagi maklang terima panggilan dari Atok kat JB. Atok kata Puan Dapur dah pergi meninggalkan kami selama2nya.Puan Dapur ialah ibu saudara pada Wan dan jugak Atok. Dia digelar Dapur sebab dilahirkan dibahagian dapur rumahnya. Maklang memang suka kalau pergi ke rumah Puan Dapur. Kalau tengok muka dia tenang aje. Memang dia orangnya sangat baik dan kuat dalam berugama ni. Maklumlah suami Puan pun dulu kerja di pejabat Agama di Alor Gajah. Dah lama dah Atok Talib , suami Puan Dapur meninggal dunia. Masa Atok Talib meninggal dunia lebih 10 tahun yang lepas tak silap maklang, Atok Talib baru aje pulang dari mengimamkan jemaah di masjid atau surau berdekatan dengan rumah nya. Memang Atok Talib juga orang yang warak. Kalau ada apa2 hal mengenai agama yang kami keliru, Atok Taliblah menjadi rujukan kami. Atok Talib meninggal betul dipangkuan isteri tercintanya Puan Dapur. Setelah pulang dari solat, Atok Talib mengatakan pada isterinya bahawa telah sampai masanya dia dijemput, dan tak sampai beberapa minit pulang dari masjid/ surau, dia pun pergi buat selama2nya.

Tinggallah Puan sendirian. Seiingat maklang, Puan Dapur memang tak punya anak perempuan. Disebabkan itu, Puan Dapur pernah cuba nak menjodohkan maklang dengan salah seorang dari anaknya. Masih maklang ingat, masa tu maklang baru berumur 23 tahun tak silap. Dia selalu kata,' Deyan konan bonar dengan Dak L.... tu'. Kalau maklang pergi beraya rumah Puan Dapur mesti ada kueh bakau (yang manis tu ..maklang memang suka yang Puan buatkan) yang Puan simpan kan buat maklang. Even kalau lambat beraya, mesti dia simpankan dan sekiranya tahun tu maklang tak balik kampung, dia akan kirimkan ke JB untuk maklang. Puan Dapur pun kalau masak, sodap. Nak2 gulai daging salai...masih teringat2 lagi rasa gulai Puan Dapur.

Apa nak dikata, jodoh maklang bukan dengan anaknya. Maklang pun sebenarnya tak kenal langsung anak dia. Yang maklang tahu dia bekerja sebagai seorang guru. Walaupun macam tu, maklang masih tetap melawat Puan sekiranya berkesempatan apabila pulang ke kampung. Terakhir sekali maklang melawat Puan was sometime last year. Alang kata, masa Alang dan Atok serta Wan melawat Puan, about 2 months ago, Puan dah mula minta phone no. Dia kata sonang kalau ada apo2. Alang kata masa Puan cakap camtu, Alang dah rasa semacam. Agaknya masa tu Puan dah tau kot yang dia akan pergi buat selama2nya.

Maklang doakan moga2 Puan Dapur dan Atok Talib sentiasa dicucuri rahmatNya. Beruntung kerana kedua2nya dijemput pulang di bulan mulai ni...Al Fatihah...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

8 Comments:

At Wednesday, October 03, 2007 11:11:00 PM, Blogger Kak Elle said...

al fathiha semoga roh nya di cucuri rahmat...amin.

 
At Thursday, October 04, 2007 1:09:00 AM, Blogger Mulan said...

alfatihah to puan dapur.. semoga di tempatkan bersama muslimat sejati..

comelnya baby zaim.. dah besar dah dia nak raya dgn kakak2 & abg hakim tu.. rindu kat satar la maklang..!!! yumm yumm..

 
At Thursday, October 04, 2007 5:59:00 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Al Fatihah utk Puan Dapur

 
At Thursday, October 04, 2007 9:33:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

may Puan Dapur be under His blessings and may we be her neighbours...insya Allah..

 
At Thursday, October 04, 2007 10:54:00 AM, Blogger Jo Kontan said...

Al Fatihah,. :-(

***

Ref to Tetamu lagi..

Ader, sokmo maghi. Skodeng jerr.. Singgah dork.

Kejap ajer Zaim dah besar. Idong tuu ikot Makder. :-)

 
At Thursday, October 04, 2007 11:44:00 AM, Blogger IKHWANI said...

Al-Fatihah untuk keduanya...orang beriman, meninggal pun di bulan mulia..

 
At Thursday, October 04, 2007 1:26:00 PM, Blogger cikdinz said...

alfatihah....
beruntung nya mereka suami isteri...

 
At Friday, October 05, 2007 1:45:00 PM, Anonymous Anonymous said...

inna lillahi wainnailaihi raaji'un..al-fatehah untuk puan dapur...

setiap yang bernyawa.. pasti akan merasai kematian.....itu sudah ketentuan Ilahi...masa puan dapur dah sampai....semoga puan dapur dianugerahi kehidupan yang lebih baik di alam barzakh....

 

Post a Comment

<< Home