Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, October 01, 2007

Projek Tengah Malam

Assalamualaikum...

Ha..Ha..Malam ni bila anak2 semua dah tidur kami berdua startlah projek kami. Kalau ada budak2 ni memang lah mengacau aje. Nak buat apa2 pun tak boleh. Tapi before they all nak tidur, maklang dah mintak Si Angah tolong angkat barang dari bilik Wan ke bilik kami. Sekejap aje dah siap. ( sementara nak start projek tu ada pulak makngah dan Alang talipon, terpaksalah postponed sat!) Selesai jugak akhirnya, maklang dan Cik Abang menggunting kain2 langsir untuk dijahit ~ ha...mesti ada yang korna baring tu! He..he..he..Saje buat gempak! Kali ni untuk bilik Wan dan bilik tamu kat bawah tu. Macam maklang kata kalau tak paksa memanglah tak akan berjahit sampai Raya tahun depan agaknya!


Sempat jugak gunting langsir untuk kat dapur tu. Saje aje, tengok ada kain cantek, RM 3.80 kat Kamd@r ari tu, berkenan pulak. Mana taknya, gambar wreath and small2 flowers. Cantek sangat. Berangan kalau letak lace putih kat bawah dia memang cantek. Tapi entah sempat ke tidak menjahit ni sebab hanya tinggal seminggu before kami bertolak balik. Tapi,Insyaallah sempat kot.


Petang tadi, maklang dah out of idea nak masak apa. So, balik rumah goreng meehoon aje. Along pulak mintak maklang buatkan kuah taw cheo..( spelling?). so, buatlah and then pesan kat bibik mintak gorengkan roti canai tampal telur dekat2 6:30pm tadi. So, itulah makanan berbuka tadi. Ada pulak leftovers ikan tenggiri from a few days back, dapatlah dibuat cicah dengan roti canai.

Ini sebelum diisi perutnya...he..he..seriusnya.. Kat belakang tu langsir nipis tulah yang maklang baru jahit. Yang brown tu dah 5 tahun kot. Puas pakai tapi Alhamdulillah the langsir is still in good condition

Ini orang yang hot tadi. Sebabnya maklang beritahu lain kali kena mandi dulu sebelum buka. Sebabnya takut berkejar nak mandi sebab Isyak cepat sangat. Tu muka merajuklah tu..habis semua orang dijelingnya!
Roti canai with kari ikan tenggiri



Meehoon with kuah taucheo. Kiranya macm mee singapore laa..







By 5:30pm dah begheh...maklang pun naik atas ingat nak restlah. Tapi ternampak ada a pile of langsir yang nak kena kelim aje. Langsir tu kena disiapkan segera sebab bibik dah turunkan langsir bilik maklang siang tadi. Dia dah sangkutkan langsir jarang tu, and takkan nak biar orang nampak ke dalam pulak. So, hendak tak hendak terpaksa buat jugak. And many thanks to my beloved sebab tolong2 ukur the langsir and then gantung kan. Kena puji banyak2 supaya boleh tolong lagi...he..he..

Ini Cik Abang tengah gantungkan langsir
Beriye2 tu.. semangat mau ada...
Ha...nak kemana pulak tu?Ke tingkap satu lagilah tu...
Tengah kemaskan the pleats sebelum sangkut dengan my tiebacks made from beads.


InsyaAllah kalau dapat siap langsir ni dalam sehari dua ni, bolehlah maklang kejar nak siapkan sarung kusyen yang ditempah oleh Ibusara tu. InsyaAllah, siap kot. Mintak2 diberi kesihatan yang baik ...dan juga nak kejar nak khatamkan AlQuran ni. Sekarang ni Alhamdulillah only one juzuk behind. Nasib baik office projek taklah full swing sangat, masih ada masa nak baca2 sikit waktu lapang. InsyaAllah...mintak2 dapatlah selesaikannya sebelum tamatnya Ramadhan...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

15 Comments:

At Tuesday, October 02, 2007 12:14:00 AM, Blogger zino said...

dah siap ke projek tengah malam tu ? hehe

 
At Tuesday, October 02, 2007 5:36:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Rajin nya paklang cayang dia:)hehehe kalau bukan paklang menolong sape lagi eh maklang?nak tunggu Hakim besar lama lagi kot.

Cantik langsir kat bilik tu matching ngan bedcover tak?

 
At Tuesday, October 02, 2007 7:37:00 AM, Anonymous Anonymous said...

hehehe criussss jer cik abang time before buker poser!!! ngeh ngeh ngeh

 
At Tuesday, October 02, 2007 8:28:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

mak lang,jeles ar tgk dah siap berkemas umah..cantik umah maklang..kite lum dpt komas lg..sedihnyer..

 
At Tuesday, October 02, 2007 9:03:00 AM, Blogger Sya said...

Mak Lang... baru je baca gunting2 dah gantung ke? Sya ni baru je beli kain Sabtu lepas utk ruang tamu aje. Ahad gunting.. skrg ni tengah jahit.. aduhai mesin jenis kayuh terhegeh-hegeh le

 
At Tuesday, October 02, 2007 9:27:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam maklang...saya berkenan tengok langsir siang tu...nampaknya macam motif rama2...betul ke...

maklang ni macam machine lady la...hehehe...semua keje boleh buat..

 
At Tuesday, October 02, 2007 10:04:00 AM, Blogger cikdinz said...

gotong royong pasang langsir rupanya. ingat hape tadi....

 
At Tuesday, October 02, 2007 10:07:00 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...cik abang tu dengan kain rombang panjat tangga...baik tak terbarai kain tu...hahahha

Rajinnya cik abang tu menolong maklang...

 
At Tuesday, October 02, 2007 10:32:00 AM, Blogger NJ@Goboklama said...

teochew kot?

 
At Tuesday, October 02, 2007 6:52:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Amboi rajin Cik Abang tolong Mak Lang pasangkan langsir, suami mithali katakan. Nak tengoklah langsir kat dapur tu nanti, sure cantik

 
At Tuesday, October 02, 2007 6:58:00 PM, Blogger maklang said...

zino:

projek yang bilik kami dah siap. sekarang ni projek bilik wan tengha ongoing! Nak datang tolong ke?

kak elle:

pakai bedcover cream and throw pillow colour matching, ok kot...

abanglong:

sebelum buka crius tapi lepas buka puasa cengih aje..

 
At Tuesday, October 02, 2007 8:22:00 PM, Blogger maklang said...

mama ranggie:

maklang memang tiap raya kemas rumah cepat, sebab kerjakan, kalau nak buat semua at the same time mau fengsan!

sya:

tak tunjuk masa nak jahit...malu sebab bilik jahit sepah macam nak apa..so masa gantung langsir aje boleh tunjuk!

inna:

bukan motif rama2. motif bunga aje. beli kat nagoy@ kat jalan Tar.. Murah aje!

cik dinz:

gotong royong pasang lansgir and gunting langsir..he..he..

 
At Tuesday, October 02, 2007 8:23:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

kalau kain tu tanggal kang projek apa pulak jadik nya..ha..ha..ha..

Qisst:

entah maklang pun tak tau ejaan dia. Makan aje tau!

Ibusara:

Itu namanya sayang isteri tu...

 
At Wednesday, October 03, 2007 8:57:00 AM, Blogger YuszTieY said...

BERAYA SAKAN TUH...BYK DAH PERSIAPAN RAYA DAH SIAP NAMPAPNYA...BISKUT DAH BYK BALAN KOT SIAP..

 
At Tuesday, October 09, 2007 8:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hahaha... abg naza ni mmg dr dulu rajin membantu 'cik adik' dia... mmg expert tang ukur2... ambil ukuran kerusi bawak balik rumah, nnt 'cik adik' dia tolong buat cover n cushionnya... keep it up ye abg naza... bila agaknya boleh jumpa k lina n abg naza ek?

 

Post a Comment

<< Home