Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, September 23, 2007

Letih...

Assalamualaikum...

Letih betul hari ni. Kalau ikutkan balik dari office tadi nak tidor aje. Tapi tak sampai ati pulak. Paksa jugak memasak. Nasib baik bibik dah buat apa yang maklang pesan. Masakkan nasi lemak dan dadarkan telur. Jadinya masa maklang balik tadi maklang terus aje tumis sambal tumis, goreng ayam cara mamak dan buat onde2 aje. Bibik pun dah tolong goreng kan ikan bilis dan kacang. Along pulak tolong gorengkan kangkong. Lupa nak ambik gambar kangkong sebab siap aje onde2 maklang terus naik atas. Mandi dulu sebab kalau tak mandi nanti tak selesa masa buka sebab berpeluh dan badan bau masakan.

Hari ini memang teramat panasnya cuaca. Walaupun kerja kat aircond, tapi bahang panas tersa sangat masa maklang keluar dari kereta nak masuk kerumah. I was wishing that it would rain sebab rasanya dah lama sangat tak hujan. And Alhamdulillah pukul 6:15ptg tadi hujan, tapi tak lebat mana tapi Syukurlah...sejuk sikit.

Cik Abang pulak tak berapa sihat sejak malam semalam. Badan dia panas aje dan pening aje kepala. Tak tahu lah kenapa..nak kata demam, tak pulak. Along dan Angah cepat dah surrender, Angah lepas Maghrib dah keboom, Along lepas Isyak pun tido, Maya balik sekolah lembik. Hakim aje nampak steady. Tak taulah kenapa...Letih betul hari ni...

Tak sempat nak upload gambar lepas tarawikh malam tadi, maklang dah terus gone! ( Ni upload masa lepas sahur semasa nak tunggu Subuh)



Telur dadar yang dihiris. Anak2 suka sangat buat telur macam ni.
Telur goreng

Cantek tak our colourful OO. Along lah ni suruh buat warna2..suka pulak dia!

Lagi our colourful OO. Ada caolour hijau ori, biru macam icecream McD, purple macam barney and friends, kuning macam nangka dan merah macam strawberry....kelakar!


Ayam goreng cara mamak
Sambal tumis ikan bilis

Timun

The whole lot


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

10 Comments:

At Monday, September 24, 2007 7:08:00 AM, Blogger Kak Elle said...

saya pun penat smlm walaupun hari cuti...tak tido lansung sehari...masak kan cheese pasta and goreng bee hoon untuk berbuka di rumah adik...

maklang telor goreng sebiji tu sape punya?

 
At Monday, September 24, 2007 9:05:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Cantik-nya piring maklang tu. Siap di alas dengan daun pisang heart shape. Sambal ikan bilis tu nampak pedas sangat. Ini mesti banyak letak cabai (cakap orang Perak)... HAHAHA.

 
At Monday, September 24, 2007 1:40:00 PM, Blogger IKHWANI said...

second try to comment!
colorful OO looks soooo yummeh!! meriah jer nampak tu!!

ah kak! kita belom pun buat abuk2, sagu dah beli tapi daun pisang pulak tak ada...grrrrrr...

the dressing and set up of the dinner table is refreshing! orang nak bersahur pun segaaar jer mata!

 
At Monday, September 24, 2007 9:06:00 PM, Blogger zlaa said...

Maklang ni, letih-letih pun lauk pauk lengkap kuih lagi.. Kalau tak letih, tak tahu-lah...

 
At Monday, September 24, 2007 9:48:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

agaknya cuaca panas kot..tu yang letih tu...

telor tu satu untuk I satu untuk bujang!

cat:

Itulah piring feberet. Masak tak sedap pun kadik sedap! Saje je gunting heart shape sebab daun tu ada sikit aje

OO:

Apasal 2nd try? ada problem ke?

buat le abuk2 tu, memang sedap!

Setting table tu for buka aje. for sahur, hias cantek2 pun buat penat aje...sebab yang bangun semuanya mata kuyu..


zlaa:

nak buat macamana ye? Penat tak penat kena masak jugak. Orang rumah ni tak suka beli dari luar!

 
At Monday, September 24, 2007 10:54:00 PM, Blogger demonsinme said...

Madam ML:

Now don't tell me that you don't have the recipes for the AYAM GORENG MAMAK STYLE. It is making me tummy grumble like hell.

Please o please tell me the recipe...

 
At Monday, September 24, 2007 11:14:00 PM, Blogger Mulan said...

wuuiii... colorful OO!!! rajin maklang layan anak dara tu. kalu saya la, entah la, perang gamaknya. tengah pose lak tu. siap ada daun pisang love2 lagi..

 
At Tuesday, September 25, 2007 7:30:00 AM, Blogger maklang said...

demonsinme:

InsyaAllah nanti maklang letakkan bila ada masa. Sekarang ni agak sibuklaa...

Mulan:

Terpaksa rajin supaya dapat menyukakan anak2! Layan ajelaa...

Love2 tu memang le...sebab masakkan orang yang kita love!:)

 
At Tuesday, September 25, 2007 10:06:00 AM, Blogger Queen Of The House said...

Love the heart-shaped daun pisang!!!

 
At Tuesday, September 25, 2007 11:50:00 AM, Blogger maklang said...

QOTH:

Idea datang begitu saje sebab daun2 yang ada banyak koyak...so nak ilangkan tu guntingkan jadi heart shape..:)

 

Post a Comment

<< Home