Tetamu
Assalamualaikum …
Malam tadi tak sempat nak buat apa. Selesai solat tarawikh (maklang buat kat rumah aje, tapi Paklang ke Masjid) maklang ingatkan naklah menjahit manik kat tempahan cushions maklang, tapi belum apa2 lagi, kawan yang janji nak dating dah sampai. Dia nak tengok ribbons yang maklang ada in stock. Sebabnya sekarang, di offiz ni tengah mabuk buat ribbon embroideries ni. Mula2 maklang tunjukkan hasilkerjatangan maklang, lepas tu ramai pulak yang minat. Terpaksalah maklang jadik guru tak bertauliah. Graduate pun belum tapi dah ajar pulak adek2 kat offiz ni. Malu aje dengan kak Intan Sifoo Ribbon Embroidery ni. Semalam pun pergi kat fotopages kak Intan ( Ribbonrysue. Fotopages.com), tengok kak Intan punya design baru, memang best. Kami jugak refer kat buku Anjung Seri dimana ada gambar2 cushions yang kak Intan jual tu. Memang le cantek sangat2. Jauh kalau compare dengan mine. Anyway, I am still practicing to make it perfect. Tapi masih perlu tunjuk ajar jugak dari Kak Intan. Entah bila nak dapat jumpa Kak Intan lagi…
Sekejap lepas kawan datang, another friend pulak datang. We did not serve anything sebab semuanya masih kenyang lepas berbuka, Kawan yang dating sorang ni was anak2 punya Cikgu masa tadika. Husband dia is in the same department as I am in. Ada hal sikit. They left about 11:00 plus, so , memang tak sempat nak buat apa2 pun last nite. Kocek baju dan seluar yang Along mintak jahit pun maklang tak sempat nak buat apa2. So, sekejap tadi barulah maklang jahitkan. Entahlaakan, Along ni, macamana kocek baju kurung boleh koyak and kocek seluar track pun boleh koyak. Nak kata duit dia banyak sangat taklah pulak. Tak taulah kot2 buku cerita pun simpan dalam poket gaknya…he..he…he…(Along jangan marah...saje nak kacau!)
And as usual, epecially untuk Bro Zino yang suka tengok makanan lepas buka dan kawan2 yang lain untuk nak dapat idea, kat sini maklang letakkan hidangan berbuka puasa petang semalam. Malas nak masak , so maklang hentam aje buat nasi tomato. Senang, tak payah pikir apa yang sesuai nak makan dengan nasi tu. Lauk kormak dan salad telur, all time feberet tu dah jugak acar buah Mak Teh ( memang yummylicious) dan jugak acar mentah. Senang cerita. Before 6.00pm maklang dah selesai masak, sempat jugak tidur just before buka! Hari ni pun nak masak sempoi aje ...Yang bestnya licin, sampai untuk sahur kena tambah ayam lagi (masak seekor semalam!)
Ayam kormak
Nasi tomato
Acar mentah
Sambal kacang ikan bilis memang tak tinggal
Salad telor...arrangement by Along...needs a lot of improvement!
Ini ice blended coffee yang tak berapa blended. Kalau milo tu properly blended it would have been superb! Anyway, tQ Along...
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
14 Comments:
maklang,
Ice blended coffee tu janji sedap... That's all it matters.
Dalam masak simple simple tu.. hah tu dia, kemain lazat lagi dishes mak lang. Macam zar ni kalau masak simple.. emm goreng telur jer.. hah tu baru betui betui simple.. hihiihihi
amboi....menggodanya waktu tengahari ni...
lpr la bce bl0g teratak maklang~~ lg 3 jammm.ice blended coffee tu confirm besh punye.ade rse cm kt starbuck.hehe
Maklang...akak dah amik resepi nasi tomato tu...nak masak masa balik umah mertua nanti...
kita teringin acar buah tuuu...kalau kat rumah ni korma pun laaaaaajuuuuuu jer!
Yum yum, sedapnyer...lagi-lagi tengah lapar ni
ni masuk selepas berbuka...ok sahja:)
you dah bolih buak class maklang nanti ramai lagi anak murid.
Salam maklang..
Tabik hormat kat maklang... masakan semua pembuka selera buka puasa...terlior tgk gambar2 lauk tu..
Berapa lama maklang siapkan cusion yg penuh bunga tu?? umie nak belajaq buley ka..???
zharif ni hari2 nak ice blended stroberi.. nak muntah dah rasa. tapi sebab dia pose, kena la tunaikan.. sodap lauk2 maklang tu..!!
Assalamualakum Mak Lang:
Saya hanya mahu ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mak lang.
Sejak saya mula baca tulisan-tulisan mak lang dan tatap gambar-gambar masakan yang diletakkan, perasaan kasih dan sayang kepada EMAK saya semakin bertambah.
Ikhlas saya katakan yang semua tulisan dan gambar yang mak lang letakkan di sini mengingatkan saya betapa tak jemu-jemu EMAK masak dan hidangkan makanan yang enak-enak (walaupun hanya telur goreng kicap) kepada kami sekeluarga dari kecil hinggalah kini tidak kira dia sihat ataupun sakit.
Mak Lang kepada keluarga mak lang bagi saya tidak ubah macam EMAK.
Saya tidak tahu macam mana nak balas jasa yang mak lang berikan pada saya melalui tulisan-tulisan mak lang ini.
Kalau ditawarkan dengan berkoyan emas mahupun intan berlian, ataupun diminta nyawa sebagai galang ganti, perasaan kasih pada EMAK yang makin hari makin meningkat yang dapat saya kecapi melalui tulisan-tulisan mak lang ini tidak ada bandingannya.
Saya akan ke BARAT lewat Sabtu ini. Apa yang saya boleh berikan sebagai tanda penghargaan kepada mak lang sekeluarga ialah doa agar Allah sentiasa memberi redha, rahmat, kasih dan rezki-NYA kepada mak lang sekeluarga.
Salam saya untuk mak lang dan keluarga.
maklang I tak bolih masuk that fotopage of kak intan u salah tpe ke?
cat:
maya yang enjoy sangat the ice blended kofi!
zar:
itu senang apa...tak yah pikir lauk lain, 1-2 macam senang!
nbb:
godalaa...tak dapat dosa pun..he..he..
Lin:
Nanti maklang bekalkan bila lin tak posa nanti, nak tak?
kak lady:
Lama tak nampak akak. maklang pun lama tak ke blog akak. Selamat memasak ye...
oo:
agaknya budak2 memang suka kot lauk tu..tak pedas! acar buah tu...ermmmm pegilah beli kat makteh..
Kak Intan:
Thanks for the call. Nice to hear yr sweet voice again!
kak elle:
Nanti maklang cek balik the address and will mail it to you,OK!:)
Umie:
Nak belajar boleh...tak ada masaalah. Kalau umie kat Kerteh, silalah...Sulam ribbon tu sebenarnya buat masa lapang aje, jadiknya lama baru siap. Kalau free all the time, cepat lah siap!
Post a Comment
<< Home