Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, September 29, 2007

Day 2 - Buat Kueh Raya

Assalamualaikum...

Hari ni macam semalam jugak. Tapi hari ni lagi intense buat kueh. Non stop from 9:00 to almost 6:00pm. Berhenti cuma nak solat aje. Rasa macam nak jem dah bahu dengan tengkok ni. Bukan apa, malas nak buat sampai lama2. Kalau dapat selesai besok kan ke bagus, tapi nampak2 gaya macam kena continue next weekend. Masih banyak lagi almond london nak kena buat. Ada jugak nak kena buat hazelnut yang coat dengan white coklat tu. Langsir tengah berterabur kat bilik jahit. Kalau sempat dapatlah pakai langsir baru kat my room. Bilik Wan dan bilik tamu dah ber'bogel' dah. Entah bila nak gantung langsir. Ingat2 nak gak jahit langsir baru ~ langsir tu kain dia maklang beli 1.5 years ago. Malas betul nak potong. Ruang tamu dan ruang makan pun dah tak berlangsir, jadinya nampaklah sampai keluar. Nasib baik pagar rumah ni kayu so tak nampak sangatlah sampai keluar dan semua bidai yang menghadap rumah jiran semuanya dah diturunkan...Nasib baik!

Maklang tak ada apa yang interesting nak cerita lagi cuma nak letakkan gambar disekitar dapur maklang siang tadi. Mungkin lepas ni nak layan mata maklang yang dah nak layu ni....
Biskut Croquant lagi. Tak rasa lagi...


Ini biskut gajus...macam penyek aje rupa dia, tapi rasa enak!
Close up...

Ini sauce lemon. Hari ni memang maklang dapat pujianlah...kembang sat. Cik Abang dan anak2 kata seeedaaappp...dan maklang sedap tengok anak2 dan Cik abang makan!
Ni ayam yang dimakan dengan lemon sauce. Macam banyak jual kat chinese shop.
Mix vege laa..apalagi...
Ini biskut croquant. Dulu2 Wan rajin buatkan untuk maklang,

This is my latest project. Lama betul nak siapkan. Dengan the manik semua...lotih jugak
Lagi satu pun dah siap. Minggu depan boleh sambungkan jadik kusyen, Insyaallah sempat lah kawan maklang tu nak pakai masa raya nanti.
Ini lauk berbuka petang tadi. Cik Abang nak makan udang celup breadcrumbs. Yang maklang buat last week tu tak puas kata dia.
Wani buatkan Schezuan Soup. Sedap jugak. tapi maklang taa termakan sebab dah terlalu kenyang!












Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

4 Comments:

At Sunday, September 30, 2007 6:07:00 AM, Blogger Kak Elle said...

aiyeeeeeeeeeee maklang nampak sedap cookies tu semua ok tambah lagi 100 untuk my list ye....hehehe


dalam kesibukan membuat kuih sempat juga memasak yg sedap2 tu juga eh?

 
At Sunday, September 30, 2007 8:37:00 AM, Blogger MAMAMIA said...

Rancaknya preparation Mak Lang. Sampai sini terbau2 kueh raya tu. Banyak ambik order ke?

 
At Sunday, September 30, 2007 10:02:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

sibuk macamana pun kena jugak nak masak...kalau tak kesian kecik2 tu...mesti expect yang sedap aje masa buka..tapi tak ketinggalan yang besar2 jugak!


mamamia:

Terpaksalah rancak...kuih rumah sendiri, wan, dan jugak adek maklang. rasa nak pengsan dah ni. Wan memang tiap tahun cuma buat tart aje, lain semuanya maklang n co. aje yang buat. Dia kata dah tak kosa aku. Kalau arwah MIL, ada kat rumah dia pun maklang supplya round 50 pieces each type. Ni jugak nanti nak kasi2 kat adek beradek cik abang dalam 5-6 keping each ype. Camana tak marathon..lagipun setaun sekali. Taklah ambik tempah banyak sangat, padan2 lah yang kita larat aje!

 
At Sunday, September 30, 2007 1:31:00 PM, Blogger IKHWANI said...

uish! tak terbuat saya cookies ni, semua main tempah jer, tu pun tak banyak lah tahun ni menempah kuih..selalunya kalau kat rumah ni biskut2 ni dah habis raya seminggu dua baru nak laku..

 

Post a Comment

<< Home