Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, October 01, 2007

Day 3 - Buat kueh Raya

Assalamualaikum....

Tak habis lagi cerita pasal kueh. Hari ini maklang mula lambat sedikit sebab maklang menjahit pagi tadi. Masih ada sikit2 lagi nak jahit langsir bilik tidur ni. Kalau tak dibuat, dipaksa jahit mau Raya tahun depan pun tak siap2 lagi. So, pukul 5 pagi tadi bila orang semua dah bersahur, maklang menjahitlah. Then mandi and solat dan teruskan menjahit sampai pukul 9 lebih. Kak Liza kita datang tadi sebab hantar acuan kueh dahlia ( alamak kak, maghrib tadi baru teringat, duitnya belum dibayar...nanti maklang bayar..lupa betul!),dan juga datang nak ambil barang kueh yang Kak Liza pesan. Almaklum nak ke bandar Chukai bukannya dekat, so since Cik Abang dah kesana, Kak Liza pesan lah barang2 kueh yang dia perlukan. Sempat juagk Kak Liza ajarkan camana nak tekan acuan kueh dahlia. So, sementara kak Liza ada kat rumah maklang tadi, dapatlah maklang siapkan 2 adunan kueh dahlia. Memanglah sedap. Kalau rajin boleh buat lagi! InsyaAllah... Terimakaseh bebanyak kat Kak Liza...
Ni my first try on Kueh dahlia...






Selesai buat kueh dahlia, maklang adunkan lagi untuk Almond London dan alhamdulillah selesai dah. InsyaAllah dah boleh mula coatkan Almondnya kalau sempat malam besok ke, tapi tengoklah kalau tak penat. Lepas tu buat pulak adunan untuk biskut hazelnut. Siaplah dalam 400 biji.
Ni biskut hazelnut. Nanti maklang makeupkan dia dengan white coklat dan taburkan the coloured sugar beads, comeilaaa, InsyaAllah...
Nasib baik Wani tolong, kalau tak mau, tak siap lagi. Wani enjoy buat tu sebab kami onkan PC ni and tengok cerita Winter Sonata yang maklang beli 2 tahun lepas kot, tapi tak pernah tengok. Leka betul dia tengok VCD sambil2 dia buat kueh tu. Lepas selesai buat kueh tu, maklang sempat jugak keboom selama 20 mins. Leher dah nak bengkok aje rasa. Lepas tu tolong pulak helper (Kak elle, kita pun ada yang tolong pasang langsir, nasib baik tak payah kasi upah..he..he..he..) kita yang sorang lagi untuk nak pasang langsir. Almaklum dari pagi dia buat sensorang nak pasang langsir, masih tak selesai lagi pukul 4 ptg tu. Maya pun tolong Abah dia pagi2 tadi. Maklang cuma tolong cucukkan pin aje, whilst Cik abang menggantung langsirs tu. In fact at the time maklang menaip ni, tak siap lagi nak gantung layer yang ke3. Tapi Syukur, Cik Abang pun is putting a great effort to make the house look nicer untuk nak sambut Raya. Seronok bila semuanya bergotong royong macam ni. Cuma...cuma..adalah seorang kat rumah ni yang agak M dia besar sikit! Siapalah agaknya tu kan. Tapi takleh paksa2 sebab nanti muncung dia panjang...ha..ha..
Ni dia my beloved tolong gantung langsir..berpoloh2!
Camera shylah pulak...
Ha...ni baru nampak muka...siap bergaya lagi!





Pukul 5ptg, bujang dah gelisah nak mintak buka puasa. Haus kata dia. Maklang pujuklah kalau dia Ok, nanti mak kasi abah duit belikan happy meal. Langsung setuju, tak jadi buka puasa and he was so excited nak buka makan McD. Lepas lagi sehari! Syukur....



Petang tadi, bibik dah buatkan bubur nasi. Dia gorengkan ikan bilis berlada. Then Wani buat sup cendawan macam kat Pizza Hut. Maklang pulak buat chicken cashew nut, goreng caipo dengan telur dan goreng sayur. Penuhlah semeja makanan ari ni.
bubur nasik bibik
ayam cashew nut yang masih tak deletakkan gravynya...Cik Abang mengidam pulak ari ni!

Chicken cashew nut.


Sawi Jepun goreng

Lobak Asin goreng dengan telur.
Caipo dari Tin

Ini set bubur nasi
Sambal lada dan udang kering.
Telur masin dari 2-3 hari lepas yang tak habis...
Ikan bilis berlada.

Lepas cik Abang selesai solat tarawikh, maklang teman dia ke dungun sebab nak hantar Wani balik ke asrama dia. Tak sangka pulak nak hujan lebat sangat. Maklang tidur all the way pergi balik, tu yang sekarang ni berjaga. Seronok dengar rintik2 hujan dilaur. Moga2 esok hari tak lah berapa panas sebab sejak puasa, tak pernah lagi hujan selebat ni....
Besok akan bermula minggu baru lepas cuti 3 hari sempena Nuzul Quran. Yang pasti, minggu mendatang ni maklang akan lebih sibuk sebab projek yang maklang jaga ni dah mula nak full swing semula. Jangan maklang kena swing sudah!
Maklang juga mohon doakan untuk keluarga D yang sedang menghadapi dugaan Allah. Moga2 D sekeluarga tabah menghadapi segalanya, InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , , ,

16 Comments:

At Monday, October 01, 2007 12:52:00 AM, Blogger zino said...

inilah blog yg paling sodap hehe.. sedap mata memandang lauk pauk tu.. tapi kena buka malam je.. hehe

 
At Monday, October 01, 2007 1:01:00 AM, Blogger maklang said...

Alhamdulillah..mata tu dah tak kabur, kalau tak , sure tak sodap....

Siang2 pun boleh bukak tengok apa..cari idea nak masak or makan apa..he..he..

 
At Monday, October 01, 2007 2:35:00 AM, Blogger david santos said...

Hello, Maklang!
Very good posting and very good food.

Thank you

have a good day

 
At Monday, October 01, 2007 2:45:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Cantik langsir maklang... Ada berbunga sikit... Sayang Abang tolong gantungkan langsir ye maklang... Eh, maklang pun suka caipo ya... Sedap makan dengan bubur panas, kan??

 
At Monday, October 01, 2007 6:01:00 AM, Blogger NURAZZAH8 said...

mak lang, kusyen ribbon tu berapa satu?

hurm...mmg lah ...terliur tgk... tapi saya tak serajin mak lang lah... hurm banyaknya dah buat kuih, saya tak buat apa pun...kuih tunjuk jek...
hehehe....

 
At Monday, October 01, 2007 6:07:00 AM, Blogger Kak Elle said...

alahai maklang ni membuat saya tambah order kuih raya tu lagi ... lagi 100 untuk kuih dahlia and hazelnut:)

penolong maklang tak payah upah tapi saya punya tu kena lah kalau tak tahun depan mesti tak nak dtg lagi ..... hahaha

 
At Monday, October 01, 2007 7:08:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

alamak, order dah tutuplah kak, malas dah nak buat. Nak letak chocolate coating aje...

Penolong maklang tu kalaumintak upah, maklang pun nak mogok gaklah sebab maklang tiap2 hari masak, tak dapat upah pun...he..he..

nurazzah, cushion tu dependslaa...banyak bunga mahal sikit, kurang bunga murah sikit. Ranges from 90-120, again depending on the bunga and how much manik ada kat situ...Nak order ke?

Kalau nak order, lepas raya ajelaa...ni baru nak start buat untuk sendiri and untuk Wan, InsyaALlah..

cat:

Maklang memang suka makan bubur with caipo. Budak2 lagi suka. Memang dari kecik dibesarkan dengan bubur nasik ni. Feberet semua! Cik Abang dari tak suka jadik suka pulak bila kawin dengan maklang...he..he..

tu yang suka tolong gantung langsir untuk isteri tersayang..ha..ha..

David:

Thanks for dropping by. Long time no see...

 
At Monday, October 01, 2007 9:32:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

wah..wah..maklang,meriah nampak...kite belum buat pape pun..baju anak2 je dah siap beli..yg lain lum g..sedihnyer..

 
At Monday, October 01, 2007 12:13:00 PM, Blogger IKHWANI said...

letih jer baca aktiviti maklang ni, tak terikut saya..menjahit, memasak, buat cookies...eiii, pengsan saya dibuatnya..

 
At Monday, October 01, 2007 1:33:00 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang.
caipo tu apa? Lettuce pickle ke? dah teringin nak buat bubur nasik pulak...:)

 
At Monday, October 01, 2007 4:30:00 PM, Blogger Ajzie said...

Amboiiiiiii maklang banyak betul lauk pauk ..kuih muih kat sini.. rasa lapar perut ajzie

 
At Monday, October 01, 2007 4:31:00 PM, Anonymous Anonymous said...

adoi mak lang...
setiap kali buka blog musti kecur air liur..
kuih dahlia tu feveret plak tu..
adoi adoi adoi...

dok jauh2 kat tpt org ni lagi make me kecur air liur!!!

ays_as

 
At Monday, October 01, 2007 7:04:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Boleh tak share resepi biskut dahlia tu. or dah ada dlm blog lagi satu. dulu selalu gak buat, tapi sejak resepinya dah hilang, lama tak buat. Suka biskut tu, lembut aje...

Betul kata yg lain, tak terkejar rentak Mak Lang ni.

 
At Monday, October 01, 2007 8:03:00 PM, Blogger YuszTieY said...

byk jenis tul biskut raya mak lang buat ..macam2 ade...kena pi jalan raya nih..
lawa langsir umah maklang tuh..konan ler..hehehee..
rajin tul maklang kan..mejahit,masak n dan lagi tuh buat biskut n ambil tempahan buat ribbon n biskut..mabrukkk2222...n kerja palk tuh. selamat menjalani ibadah pose.

 
At Tuesday, October 02, 2007 9:31:00 AM, Anonymous Anonymous said...

kuih dahlia tu mengingatkan saya pada zaman kanak2...kak long suka buat kuih ni...pastu bubuh sebiji gula manik pelbagai warna...

saya nakal...masa makan tu ambil gula manik saja...apalagi kena marah kak long...last2 kak long tak kuasa nak marah lagi...

 
At Thursday, October 04, 2007 9:35:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

ternyata abang naza telah menunjukkan skillnyer untuk berkemas...hahahahhaaaaa...steady lah abg naza!!!

 

Post a Comment

<< Home