Recycle day
Assalamualaikum....
Hari ini kami makan lauk recycle ( read M sudah besar!:() Sebenarnya fridge kat dapur tu dah menjerit mintak dikosongkan. Maklumlah dan penuh dengan bekas2 makanan lauk lebihan masa buka puasa. Jadi untuk tidak menghampakan perasaan fridge, maklang bercadang nak korek isi perut fridge untuk nak buat bebuka. Senang hati aje balik rumah sebab tak payah nak spend too much time nak masak. 5:30pm semua siap. Almaklum, goreng ikan 3 ekor aje, 2 berlada kan dan rebus bendi. Perenceh memang dah siap dalam tupperware dalam fridge. Tinggal cedok2 aje. Along pulak tugas dia is to panaskan all the lauk yang tinggal sikit2 tu. Adalah ayam percik 2 keping, ketam 2 keping, dendeng 4 sudu, and sikit2 lagi makanan lain. Biasanya budak2 ni kalau lauk2 semalam, tak makan sangat. Tapi Hakim memang enjoy lauk kormak yang maklang buat semalam-semalam. Maklang dan Cik Abang dok makan dendeng. Jadiklaa...Yang dok komplen ikan ni tak sedap (my beloved along..) lah, itu tak sedap, tengok makan macam sedap aje...ha.ha...Maya as usual duduk diam and makan. Semua Maya nak...muka as usual mencuka. Symptom 6:30ptg. Almost everyday at 6:30pm hangin dia naik! Gelihati I! Angah besa2 aje..good mood semalam!
Sebab kerja kat dapur selesai awal, ingatkan naklah baring2 and rehat2. Tapi lain pulak jadiknya! Mulalah mencari benda lain nak buat sebab masih ada about an hour + before buka. Apalagi, maklang and Along dok mengganti sarung sofa kat ruang rehat dan ruang tamu bawah. Alhamdulillah by 6:40pm semua selesai. Kat bilik TV atas Bibik dah siapkan pagi semalam. Dia kata dia dah siapkan ganti sarung sofa and sikat (sapu) carpet kat bilik TV tu. Jam 11 lebih baru selesai. Mak Oi lamanya. Maklang imagine dia kemas kat atas aje sampai dekat 3 jam. Sure berkilat! Tapi biasalah bibik yang buat kerja at gear 1 all the time. If I did not help her to do the housework or to cook, alamat buka pukul 9:00pm! Anyway, she is a good person that is why we do not mind to keep her here.
Oklah sini dulu, maklang nak pi kerja ni. Kang lewat masuk, lewat pulak balik. InsyaAllah petang ni is percik ikan kembong. Lama dah Maya nak makan!
And especially to demonsinme....maklang terharu dengan apa yang demonsinme dok tulis tu...alhamdulillah maklang boleh menjadi sumber inspirasi demon. Kalau keBARAT (mana tu?) jangan lupa fridge magnet untuk maklang! And salam to your mom as well...Take care!
And to Aiza, thanks for the kueh. Hakim suka yang macam doughnut tu!
Kuih ketayap/ dadar bibik yang buat
Bendi masak asam rebus..sempoi
Ini dari Aiza...ingat nak hantar ayam percik...dok harap je petang semalam...ha..ha..
Ini leftovers...tu gambar pun tak cantek, ayam masak merah
Ini ikan kerisi berlada...sempoi gak.. Assalamualaikum..
Lagi leftovers - ada ketam cicli crab, ada dendeng (maklang makan ni je..sedap ni!) and ayam percik serta sambal kacang ikan bilis
Ini pun Aiza kasik. Ganti ayam percik
Ikan talapia goreng. Walaupun anak2 komplen kata rasa lumpur lah, rasa apalah...habis jugak seekor! Cakap aje lebih..hi...hi...
Ini dah berbulan dalam freezer. dari Wan Pari, Sambal goreng. Masih sedap!
Lagi leftovers - ada ketam cicli crab, ada dendeng (maklang makan ni je..sedap ni!) and ayam percik serta sambal kacang ikan bilis
Ini pun Aiza kasik. Ganti ayam percik
Ikan talapia goreng. Walaupun anak2 komplen kata rasa lumpur lah, rasa apalah...habis jugak seekor! Cakap aje lebih..hi...hi...
Ini dah berbulan dalam freezer. dari Wan Pari, Sambal goreng. Masih sedap!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
6 Comments:
maklang,
Bagi Cath, leftover lagi sedap, kan maklang??? Cath pun kekadang sengaja masak lebih, nak leftover esok hari... :)
sama la kita maklang, hari ni makan 'buffet' leftover. mau penuh semeja sebab fridge tu dah nak termuntah dengan isi perutnya..
maklang saya pun sama maklang takde org lain yg nak makan tu semua terpaksa lah jadi mangsa leftovers:)
mlm ni hensem no 1 nak tolong habis kerja2 yg tak sempat buat hari tu so beli lah KFC ....
bibik...walaupun gear 1..resoles nyer tetap menjadie pojaan hatiku!!!
Kalau leftovers tu, saya sorang ajelah yg kena habiskan.
My hubby lagi teruk, lauk for lunch, kalau boleh dia tak nak makan masa dinner!!!
datang nak tengok gambar je hehe
Post a Comment
<< Home