Tetamu lagi..
Assalamualaikum
Petang tadi semasa maklang tengah siKbuk kat dapur, makde dan palde tiba. Mulanya kami tak tau pun mereka akan datang. Maka bia dah ada tetamu yang datang hampir2 waktu buka, maka maklang immediately tukar resepi. Dari nak goreng sotong celup breadcrumbs jadik lemon chicken...Makde and pakde mulanya tak mahu berbuka disini tapi bila dipujuk2 akhirnya mereka bersetuju nak berbuka kat sini.
Ternganga si Zaim comei ni..anak makde at 33 days.
The gang...
Tembam betul!
Satar dari Kemaman ~ dari Pakde dan Makde ...TQ
Ikan parang masak lemak oren (patutnya kuning, terlebih pulak kunyinya)
Lemon Chicken
Tauhu jepun goreng paprik
Maklang ngantok sangat laa..takleh cerita panjang...kang type merepek kang!
Selamat malam....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
13 Comments:
mmg tembam baby tu terikut cousin dia si Hakim lak...tapi ramadhan ni nampak Hakim susut sikit.
Apa tu satar maklang?
maklang,
makde nampak familiar sangat.. Cam kenal aje... Nak tahu nama sebenar makde, boleh???
Semangat nya baby tu. Geram tengok pipi dia.
Pak De Mak De ni belah siapa lak Mak Lang?
Kak Elle:
Memamng Hakim susut sikit. Cousin dia pun premature lahir @ 36 weeks, Hakim @ 35 weeks. Banyak persamaan dengan Hakim. Dua2 kena intubate lepas dilahirkan!
Satar tu is something like otak2 tapi dia bungkus 3 segi.
cat:
Makde tu nama betul dia nanti maklang beritahu...sekolah kat Kuantan and buat degree in UITM. Grad last year.
Mamamia:
Baby Zaim is 3.2 kg tak silap.
Mak De is Paklang's adek bungsu.
dah besar dah zzaim ye.Raya nanti mak de balik mana?
Murah rezeki maklang ye...ramai tetamu datang berkunjung...orang kata tetamu ni membawa berkat...begitu juga umah akak...tak putus sedara mara yang datang...sampai jiran2 pun dah perasan yang rumah akak ni memang sentiasa meriah dengan tetamu...
Kak lady tak pernah rasa macamana satar tu...orang kata satar yang kat Dungun paling best...
Tahu jepun masak padprik tu nampak sedap...& simple...
Salam Mak Lang...best arr blog ni.ada langsir baru,kuih raya, lauk2 dan makanan2 ..aduh best betul.
rasa tak sabar saya nak balik kpg buat kuih!
sedapnya satar!
kalau you gulai ikan, rebus dulu tak ikan tu?
Adik bongsu paklang panggil makde eh? tak panggil maksu?
oh, i get it, mak muda kot! i pun ada jugak uda and he's bongsu..hehehehehe
Mak lang,
pak lang dan bro Jokontan tu adik abang ker? muka banyak iras la hehehehe
Mak de plak baru kahwin hujung tahun lepas kan?
betuk tak tekaan sy?
gambar2 mak lang alwasy buat saya kecur air liur... adoiii..
dok sini, alhamdulillah cik abg rajin memasak...
EL:
Raya dia balik mana, I tak tanya pulak.
Kak Lady:
Selalu sangat tu orang datang tak jugaj, tapi dalam sebulan tu adalah jugak..
sedap jugak tahu Jepun buat cam tu. Muaklah masak macam selalu tu.
Ros:
Balik kg? Bila agaknya tu. Kalau petang Raya memang tak sempatlah buat kueh raya...he..he..
OO:
Adek no 6 panggil pakchu, beza 5-7 tahun kot. Sebab tu jadik makde?
1na:
Jokontan? Oh tu kena tanya dia laa...Maklang pun tak pernah nampak dia kemari laa...
ays:
Memang tak meang tangna bula posa ni. Balik kerja, bukak tudung and setokin, langsung capai piuk belanga pulak. Pengsan aje lepas dah terawikh. Letih!
Post a Comment
<< Home