Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, October 04, 2007

SyukurAlhamdulillah...........

Assalamualaikum...


Dah 2 hari ni maklang kerja kat Kuantan. Sejak projek yang maklang involve tu ditukarkan kedudukan di Kuantan terpaksa pulak maklang berjumpa dengan pihak2 tertentu di Kuantan untuk nak mintak kebenaran. Memang lah penat.Bila balik ke rumah pulak nak memasak. Untung ada Along. Kalau tak mau lagi kelamkabut. Macam semalam petang, maklang sampai rumah dah dekat pukul 6:00ptg. Samapi2 kat rumah, tanggal tudung dan setokin terus aje berkejar ke dapur. Rempah untuk nak buat sup ikan merah dah Along tumis. Sebenarnya dia dah talipon dalam pukul 4:30ptg tanya nak masak apa. Nasib baik dia nak jugak menolong. Maklang mintak dia tumis dulu kuah sup ikan tu, tapi dia tak berani nak letak jintannya, so masa maklang balik, masih tak siap lagi. Then goreng2 apa yang patut and at 6:40pm, kepala ni dah tak tahan sangat. Serabut semacam. Mintak tolong Along tolong bibik, siap2 supaya maklang boleh mandi and rehat kejap.

Ini tauhu sumbat yang makalng sempat buat semalam
Burger by Along...ada roti yang hangus, Akim nak...
Sup ikan
Kacang goreng

tempe goreng
mengidam pulak nak makan sambal telur...laku pulak tu!











Hari ni pun sama. Memang dari pagi sebelum bertolak ke Kuantan, maklang dah pesan kat Bibik suruh rebus ayam dulu. Nanti balik boleh masak nasiknya dan goreng ayam. Sekali lagi bagi instruction kat along remotely. Alhamdulillah sedap jugak nasik ayam dia. Kiranya kalau first try tu kira pass with flying colours laa. Bibik pulak rajin ari ni sempat buat kueh dadar. Bila maklang sampai pukul 6:10pm tadi, nasik dah masak and ayam dah digoreng dan sup dah siap. Cuma tinggal nak tunjuk camana nak buat sos aje. Lepas tu terus naik atas and mandi dan dapat rehat sat.

Ini nasi ayam along..

Tapi hari ni maklang makan berselera sekali sebab hari nilah hari pertama, yang maklang tak payah nak masak2. Tau2 dah siap atas meja. Dah boleh harap anak dara maklang. Syukur....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

8 Comments:

At Thursday, October 04, 2007 11:53:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Macam berpakat kita makan nasi ayam tapi saya punya beli di food court banquet:)

bagus lah along bolih diharap menolong kan?dah besar nanti terrer macam mak dia juga hal masak memasak.

 
At Friday, October 05, 2007 9:21:00 AM, Blogger zino said...

nak oder tahu sumbat tu boleh hehe..

 
At Friday, October 05, 2007 9:56:00 AM, Blogger IKHWANI said...

alaaaaa lama dah tak makan tauhu sumbat! kat KL ni susah nak carik tauhu yang gurih!

akak masak sup ikan guna jintan eh? apa lagi letak tu?

 
At Friday, October 05, 2007 1:37:00 PM, Anonymous Anonymous said...

kalau saya pulak masak sup ikan cuma tambah halia dgn lada sulah aje...tumis gunakan rempah2 kayu..

tapi kan bulan puasa ni tekak tak mau makan ikan pulak...asyik sup tulang ,ayam atau daging...tapi sambal kicap memang tak leh miss la...

 
At Friday, October 05, 2007 6:42:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Alhamdulillah dah ringan tulang sekarang, kalau dulu jangan harap le...

zino:

berapa banyak nak order tuuuu?

OO:

Kat sini pun payah nak cari tahu yang lembut! Sebab tu atok kalau datnag bawak sampai 70 keping. Dah 2 minggu pun masih elok. Kalau kat dini maklang beli yang lembut tu..sedap sikit!

Maklang punya resepi sup ada kat blog masak. Cubalaa..

Inna:

Maklang masak ikan tak letak kayu kayan tu. Cuma jintan dan bawang2 lain serta lada hitam or lada sulah. Masa bulan puasa ni resepi kena tukar3 selalu, kalau tak, sure tak laku!

 
At Saturday, October 06, 2007 12:39:00 PM, Blogger Unknown said...

:) selera sungguh bila nampak gambar2 masakan maklang....kacang goreng pun nampak best jer bila dari dapur maklang nie...
selamat berpuasa!

idham

 
At Sunday, October 07, 2007 3:56:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Sedapnya tauhu sumbat... Kalau di bakar, pun sedap jugak kan maklang...

Cath kalo makan tauhu sumbat bakar, kena sambal cili baru puas.. haha.

 
At Sunday, October 07, 2007 5:15:00 AM, Blogger Pondok Al Imran said...

Mak Lang, tengok gambar sup, sedapnya, kita kalau buat sup tak pernah masuk jintan, cuma letak sup bunjut tu aje, agaknya sebab tu lebih terasa sup nya. bolehlah cuba nanti. Rajinnya Along, senanglah Mak Lang nanti, ada assistant yg boleh diharapkan.

 

Post a Comment

<< Home