Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, December 16, 2007

Siap jugak...

Assalamualaikum…

Nampaknya semua dah dalam mood nak cuti. Kat Terengganulah. Sebabnya kami dapat cuti 2 hari for Raya Haji. Jatuh pulak hari Khamis dan Jumaat, so dapat ganti hari Ahad. Then ambik satu hari aje cuti, straight dapat 6 hari. Bestnya…tak sabar nak have a long break.


Kat opis masih tak sibuk. Tapi kat rumah, sibuknya ya amat. Ingatkan balik dari opis naklah menyelesaikan sedikit lagi jahitan so, bolehlah sambung lagi kerja2 lain. Tapi dalm pukul 4:30pm si bujang called kata Angah tak buatkan dia roti jala. Tengahari masa balik lunch maklang dah mintak Angah buatkan, tapi tau ajelah Angah, sambil dia buat, sambil masuk kat mulut. Last2 adek dia dapat ciput aje, manalah cukup.








So, sampai aje kat rumah, cabut tudung terus aje ke dapur. Mintak bibik ayak tepung dan keluarkan kuah mee kari ( buat semalan) yang tak ada isi. Bibik defrost ayam, and terus panaskan kuah kari with the ayam. Maklang pulak, sibuk menjala roti. Cepat jugak. Tiba rumah 5:30pm, and by 6:10pm dah boleh makan. Mulanya kami ingat nak makan berdua aje, tapi budak2 ni dia dengar pulak and turun makan sekali. Kadang2 nak jugak makan secara aman damai ni. Kalau ada anak2 hiruk pikuk jadiknya!




2nd round roti jala


Dapat bayak jugak.


Set of roti jala dan kari ayam



Cik Abang pun memang suka roti jala

Apalagi anak bujang dia...

Lepas dah kenyang perut, dan dah habis sepinggan roti jala, maklang buat lagi satu blender. Sebabnya Along tak makan lagi. Menjalalah lagi sehingga dekat pukul 7:00pm. Yang bestnya kali ini roti jala memang jadik cantek and lembut. Biasanya maklang guna campuran susu cair/ fresh milk, tepung, telor dan garam serta air, tapi kali ini maklan guna susu tepung. Jadik lembut sangat. Guna 2 sd susu tepung, 4-5 senduk tepung gandum ( 2-3 cawan), 1 biji telur, sedikit garam, pewarns kuning atau kunyit dan air lebih kurang 1/2 blender dan blend semuanya sampai betul2 dah mixea well. Lepas tu panaskan kuali dan jalakan. If terlalu cair, campurkan sedikit tepung, kalau pekat, letakkan air sikit lagi. Maklang kalau buat main agak2 aje...so, cubalah kalau nak makan...






Selesai menjala roti, maklang siapkan beg RE pulak. Yang ini sekali dengan tempahan telekong. So, Insyaallah besok dah boleh kasi tuan punya. Leganya rasa. So, back to the 2 cushion covers. Bercintanya nak jahit . Malasnya...

Ini maklang buat roses spider web with folded ribbons kat tengah

Ini at the side of t he bag, maklang letak manik



Tapi yang bestnya, semalam maklang break recordlaa...siap dah beg Angah...and Angah tersenyum seronok sampai nak terpecah pipi...






Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

13 Comments:

At Monday, December 17, 2007 12:43:00 AM, Anonymous Anonymous said...

salam maklang.. nk email bole tak??kalau nk tempah beg mcmtu, brape ek??thanks

 
At Monday, December 17, 2007 6:01:00 AM, Blogger Kak Elle said...

best nya maklang cuti panang lagi...saya terpaksa kerja tak bolih amek cuti lansung sampai tahun depan...cuti ada tapi hari nya semua dah kena booking.

roti jala nak sikit...lama tak buat ni maklang dah bagi idea tapi kalau nak menjala pagi raya bolih pengsan untuk the ellanie clan yg ramai:)

selamat menyambut aidil adha maklang.

 
At Monday, December 17, 2007 7:16:00 AM, Blogger maklang said...

zaa:

email maklang nazdin_2000@yahoo.com. Kalau nak tempah yang bunga merah tu maklang jual RM65. Dan yang biru tu RM100.

Kak Elle:

Kalau menjala untuk Jellanie clans kena pakai mesin kak. Maklang pun tak sanggup. Last2 jadik lemping aje dan yang menjala jadik lembik!

Kesian akak, nanti kalau dah boleh cuti, marilah ke Kerteh. Ramai yang menunggu ni!

 
At Monday, December 17, 2007 8:30:00 AM, Blogger Ajzie said...

Mak Lang..
cantik nya beg2 tuh.. Berapa mak lang jual? Email lah pada saya price list nya..

 
At Monday, December 17, 2007 11:36:00 AM, Blogger cikdinz said...

wife saya dah lama tak buat roti jala. bila dah tengok kak lang buat nih, terus nak buat lah wiken nih.....
petang nak beli bahan...hehehee...

 
At Monday, December 17, 2007 11:48:00 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

ala...teruja tgk roti jala tu...

 
At Monday, December 17, 2007 3:25:00 PM, Blogger Kiah Kardashian said...

kita takder cuti la mak langggg..

hari khamis ajer. :(

nak ckit roti tu!

 
At Monday, December 17, 2007 8:42:00 PM, Blogger maklang said...

Ajzie:

Nanti maklang letakkan kat blog jahit eh...Azie pergilah situ: jahitanmaklang.blogspot.com

Cikdinz:

Memanglah sodap...so, ni tengah makan roti jale lah ni..


Mamaranggie:

Pergilah menjala roti tu...resepi pun maklang dah letakkan...


Zakiah:

Maklang pun ada 3.5 days aje. Raya ni ambik saru hari aje cuti, dapat 6 hari. Best..best!

Kalau nak roti ckit marilah cni...raya ni kalau zakiah datang, maklang menjala, Ok tak? Kita makan dengan rendang daging dan ayam!

 
At Tuesday, December 18, 2007 5:00:00 AM, Blogger D said...

berkenan betul kat beg angah tu la... lebat bunganya!

 
At Tuesday, December 18, 2007 7:55:00 AM, Blogger maklang said...

d:

maklang pun suka beg Angah tu...ingat nak buat pulak untuk sendiri.

 
At Tuesday, December 18, 2007 9:57:00 AM, Blogger IKHWANI said...

kak!

beg coklat tu cantik lah!!!!! nak jugakkkkkk! tapi kita nak bunga dia warna pink gelap sikit boleh ka????

akak cakap datang rumah kita, kita dah berpeluh dah..hehehehe...nanti mai-lah ajak kak izzah and the clan sekali! kita makan jer lah apa yang ada ya? hehehehe...nanti call ya!

 
At Tuesday, December 18, 2007 10:51:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam m.lang,

wah ada recepi baru utk roti jala ni, tq. mmg cadang nak buat ari ni :D.

anak2 dara akak makin pandai masak macam2 ni, untung depa dpt mak sporting bagi ke dapur :D

 
At Wednesday, December 19, 2007 8:06:00 AM, Blogger maklang said...

OO:

Nak datang rumah tu bukan nak mintak masak ke apa ke. Cuma nak bertemu dengan penulis yang amat dikagumi...he..he..

InsyaAllah nanti maklang jahitkan beg tu. Colour bunga merah tuakan.


Kak Long:

Cubalah resepi baru tu...mana tau lebih sedap pulak...he..he..

Lega anak2 dah boleh diharap, balik kerja penat2 boleh mintak buatkan apa2...

 

Post a Comment

<< Home