Sibuk di KL
Assalamualaikum...
Apakabar? Maklang dah tiba Kerteh dah petang tadi. Ingatkan nak letak gambar aje ..tapi nanti ada pulak yang marah pulak sebab baca cerita bisu. Ya ampun..Kak Elle ku sayang, masa terlalu mencemburui ku...Ini pun buat dalam terkejar2 sebab tengah lah amat sibuk sekali.
Kami ke Kl sebenarnya ada urusan Along. Apalagi kalau bukan sebab mata dia yang merah teruk lebihkurang 2 bulan lepas tu. Alhamdulillah lepas ke Dr kat UH tadi, Dr kata OK. Cuma habiskan ubat yang lepas aje...Alhamdulillah...
Kami tiba kat KL hari Jumaat lebihkurang pukul 3:30ptg. Pagi sebelum bertolak, tayar kereta kami kempis flat. Kesian tengok Cik Abang berpeluh2 nak ganti tayar. Mula2 dia cuba pam tayar tu sebab agak lembik, tapi last2 dia flat terus. Tayar tulah, bukan Cik Abang. Puas dipam tak mau jugak angin masuk. Last2 baca kat pam tu, dia kata kena tekan butang untuk tayar yang flat. Nasib baik, last2 angin masuk dan tayar tu OK balik. Lega..Kalau tak mau hangin masuk satu badan. Kami singgah makan tengahari kat Temerloh. Makan dengan Wan Pari sebab memang dah janji nak jumpa kat situ. Malam sebelum Wan Pari datang sebab nak bersama ke KL, tapi dia tidur kat rumah anaknya di Kemaman. Nasib baik Wan Pari datang, dapat jugak maklang mintak tolong untuk hantarkan barang untuk Kak Elle melalui Rina yang nak ke Singapore ( dah basi cerita ni sebab Kak Elle dah cerita kat blog dia...)Sementara kami makan, Cik Abang bersama Tok Uncle dan Aiman pergi solat Jumaat kat bandar Temerloh.
Bujang makan bersuap tu ha..manja betul !
Ini nasi lemak dari rumah, buat bekal makan tengahari.
Bila tiba di KL, kami terus ke rumah sepupu maklang kat Taman Impian Indah. As usual riuh rendahlah. Sambil tu dapat jugak makan mee goreng Kak Yam ni. Maghrib baru kami ke rumah Alang. Malam tu sambil duduk2 maklang sempat jugak jahit RE bunga keladi pesanan seseorang dari Perlis. Tapi masih tak siap lagi. InsyaAllah, kalau tak sibuk maklang nak jugak habiskan.
Kat rumah Kak Yam
Mee blur...Angah lah punya kerja ni.
Lepas dah kenyang, bujang tergolek atas sofa!

Hari Sabtu, Maklang bersama Wan Pari, Alang dan Angah ke Plaza GM. Nak cari barang untuk jadikan ole2 untuk perkahwinan 2 orang anak lelaki Wan Pari. InsyaAllah tak ada apa aral mereka akan bernikah kat Perak bulan 5 ni nanti.(2-2 dapat orang Perak!) Penat betul. Kat Plza GM aje dekat 5 jam. Masuk pukul 11, pukul 3:30 tak keluar lagi. Tapi Alhamdulillah dapatlah apa yang dicari.
Lepas tu, kami ke Jalan TAR. Wan Pari nak beli baju pulak untuk sendiri dan pengantin. Kami makan tengahari, kebab daging, sambil2 tengok baju. Banyak ugaklah yang dibeli. Kat situ aje dekat 2 jam. Maklang sempat jugak beli materials untuk my RE. Kaler purple untuk tulipurple dah dibeli. InsyaAllah 2-3 minggu ni, boleh lah mula nak jahit tulip pulak!
Hari Sabtu tu, Cik Abang dan anak2 yang lain ke Muzium Shah Alam. Cantek kata mereka!
Lepas aje balik dari Jalan TAR, lebihkurang pukl 7:30pm, kami bersiap pulak untuk nak pergi makan2 kat Warisan. Bila tiba kat warisan, Mak Ngah dah siap order. Sedap jugak makanan kat situ, tapi tak dapat nak makan Kuew Teow goreng sebab gerai tu tutup. Kenyang betul. Seronok dapat jumpa ipar duai. Malam tu ada 24 orang semuanya termasuk kelaurga Wan Pari dan Alang. Lepas makan tu, cadangnya nak temgok midnite tapi midnite atas katil lagi sedap. Tido tak sedar diri, almaklum penat mengukur kedai paginya...
Hari Ahad pagi, Maklang, Wan Pari dan Alang ke SSF. Dapatlah apa yang dicari. Tinggal nak menggubahnya aje, tak tahulah bila nak buat tu. InsyaAllah bila Wan balik nanti boleh mintak tunjuk ajar dari sifu maklang, ibunda tercinta..
Lepas dari SSF, kami ke rumah Kak Yam lagi sebab dia dah ajak kami makan tengahari since the day kami ke rumah dia.
Lebihkurang pukul 3:30ptg, Wan Pari dan keluarga bertolak balik ke Terengganu sementara kami ke rumah Puan OO.
Sedap betul makanan yang dihidangkan. Ingatkan dah makan kat rumah Kak Yam, kami tak adalah nak makan lagi. Tapi dek kesedapan Pana Cota tu, habislah sebekas dibedal oleh kami semua! Terimakaseh OO. Jangan serik menerima kedatangan kami ye.
Lepas asar, kami ke Mydin. Budak2 nak beli keperluan sekolah. Dapat jugak ke kedai Bata kat situ untuk nak beli kasut sekolah. Bila balik sempat singgah kat Pizza Hut kat TTDI untuk nak ambik Pizza kat situ. Alang sempat jugak belikan Uncle Jai meehoon mamak yang dipesan.
Pagi tadi sebelum bertolak balik, as usual singgah makan thosei lagi...Sedap!
Lengoh betul kali ini ke KL. Tapi kami seronok.Petang tadi pulak, maklang dah sibuk buat tasbih untuk nak dijadikan ole2 untuk tetamu Wan Pari. Leka betul membuatnya tapi kena berhenti dulu sebab nak update blog ni. Besok pulak nak jahit baju angah dan habiskan jahit baju Along. So, tak ada masa agaknya nak melompat ke sana kemari...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
7 Comments:
penat saya membaca cerita maklang dan menadi lapar juga melihat makanan yg ada di sini...
OO yg mana satu maklang byk sangat gambar....mungkin yg beramai ke tu?dgn Alang yg berbaju purple eh?
lawa tasbih2 tu ... maklang serba bolih ...bersara bolih buat bizness maklang amek order jadi ada masa banyak nak menghabiskan semua tak terlari2....hehehe
hehehehe..malu sebenarnya kita ni, rumah kita plaaaaain jer, tak macam rumah akak cantik jer :) terima kasih banyak2 datang pulak bukan dengan tangan kosong! siap ada buah tangan lagi, cantik jewellery boxes yang akak kasi tu, kek tu faris sama faeqah berebut2 makan..faris siap suruh ummi dia buat lagi "kek hitam"..sedaaaap kata dia.
Paklang sporting habis, seronok tengok akak suami isteri serta anak2, rasa macam dah kenal lama jer...nanti datang lagi rumah kalau ke KL ya?
Mak Lang, apa khabar, kita baru aje start keje hari ni, rasa malas nak keje maklumlah dah lama cuti, kesiannya tayar pancit pulak masa nak pegi KL...
cantik tasbih tu...
Betul kata Kak Elle, saya baca pasal shopping mopping Mak Lang pun, jadi penat..
Tapi Mak Lang ni memang talented lah, macam-macam boleh...
Kak Elle:
Betul kak elle. OO yang pakai baju purple tu...
OO:
Kita datang nak jumpa awak...bukan nak nengok rumah..
Terimakaseh kerana sudi menerima kami...
Ibusara:
Lama betul bercuti ek...
mamamia:
memang maklang penat giler masa tu...tak larat betul!
Tak adalah talented mana...sikit2 aje!:)
mamaranggie:
Terimakaseh...:)
Post a Comment
<< Home