Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, December 18, 2007

Setelah penat bekerja...

Assalamualaikum...


Makin nak dekat cuti makin ada pulak kerja yang nak kena siap. Nak buat macamana,kerja punya pasal terpaksalah buat jugak. Tapi tak apa, besok dah last dan lusa akan mula bercuti sehingga Christmas. Maklang tak bercadang nak kemana pada Hari Raya nanti. Nak balik JB, Wan dan Atok tak ada, dan nak balik Kuantan, Datok pulak beraya di KL. So, kami disini ajelah. Tapi masak2 macam biasalah. Anak2 dah mintak buat rendang daging. So, maklang plan nak masak rendang daging, ayam masak serai, sambal kacang dan lodeh, macam biasa. Boleh makan dengan nasik impit.

Plan2 nak masak lepas balik kerja petang besok. Nanti Along boleh tolong2 Bibik goreng ayam dulu dan bila balik tengahari besok waktu lunch, bolehlah nak merendang. InsyaAllah sempat. Lagipun bukan banyak mana. Tak ada orang nak datang pun agaknya. Cuma kami anak beranak. Ayam dah dibersihkan tadi petang dan daging dah dipotong pagi tadi.

Lepas penat2 balik kerja tadi,anak2 yang 2 tu prepared chicken breast with oregano. Sedap. Biasa tak makan malam, termakan pulak malam ni...




Agaknya sebab tadi maklang dan bibik buatkan cara berlauk, tu yang mereka rajin nak masakkan untuk mak Abah mereka



Malam semalam bujang tidur kat bilik maklang. Kadang2 tak sampai hati tengok muka sedih dia. So, maklang ajaklah. Malam sebelum dia kata mak dah ajak, tapi dia tak tidur sekali. So, kira malam semalam tu tido-gantilah. Lebihkurang puasa ganti. Sanggup dia tidur atas wing chair dan 2 stool yang dah diletakkan dekat2. Bukannya tak ada kerusi panjang kat bilik ni. Dia kata dia takut sebab kerusi tu about 8 feet away dari katil maklang. Punyalah tak macho( read penakut)!














BTW, Atok dan Wan kirim salam untuk semua bloggers yang kerap ke sini, dan yang tak kerap ke sini. Doakan moga2 mereka selamat di sana dan mudah menjalani ibadah haji dan moga2 mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah...

Dan dikesempatan ini, maklang sekeluarga mengucapkan Selamat meyambut Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir Batin!


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

7 Comments:

At Wednesday, December 19, 2007 2:34:00 AM, Blogger anggerik merah said...

Selamat hari raya Aidiladha untuk maklang dan keluarga.

 
At Wednesday, December 19, 2007 7:01:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Rajin nya anak2 dara kat rumah tu nak pinjam kejap bolih?

I balik 11.40pm smlm attended Dr Choong's wedding.

Baru berangan nak buat kuih cara berlauk pagi raya nanti...hehe

 
At Wednesday, December 19, 2007 10:51:00 AM, Blogger Norabella said...

Waalaikumsalam..semoga Atok & Wan mendapat haji yang mabrur..

Mak Lang...ada tidor ganti eh?...he..he..aduh..kuih cara tu sedapnya...

 
At Wednesday, December 19, 2007 11:38:00 AM, Blogger KakNi said...

Salam Aidil Adha Mak Lang & family.

 
At Wednesday, December 19, 2007 12:44:00 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

selamat hari raya maklang...

 
At Wednesday, December 19, 2007 1:00:00 PM, Blogger cikdinz said...

mak lang tak ke mana lah yeik.
takpelah, dapat rehat-rehat..

salam aidil adha...

 
At Wednesday, December 19, 2007 7:38:00 PM, Blogger IKHWANI said...

bagus anak2 dara dah besar boleh tolong siapkan food untuk mak dan abah...

nanti calling ya kalau jadi nak datang.

 

Post a Comment

<< Home