Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, September 03, 2006

Siti Nurfaezin

Semalam tak ada mood nak buat entry. Tak ada apa2 pun. Pepagi dah sibuk continue menjahit lagi. Ni dah lega sikit tinggal baju Maya sehelai dan baju Alang 1-2 lai lagi. Kain Wan ada satu lagi. Semalam masa letak zip kat kain tu , macam menyeman pulak. Asyik tersenget aje. Ada dah 3 kali bukak zip dia. In end put aside dulu dan buat benda lain. Malam tadi pun tak ada buat apa2. Time to relax sebab hari ni dah kerja.

Maklang dan Paklang, InsyaAllah puasa hari ni. Maklang puasa ganti dan Paklang saja nak puasa sunat, teman isteri dia ni. So, cadang2 nak puasa straight minggu ni, kalau larat. Masih ada 3 hari kalau hari ni dapat puasa complete. Along nak join besok. Dah dekat nak Ramadhan baru sibuk nak puasa. Lepas Raya hari tu, dah puasa tapi tak habis sebab 'bercuti' panjang tahun lepas. 'Kekasih' awal dan akhirlah katakan...Lepas tu sejak masuk hospital, bila balik kena pulak makan ubat 3 kali sehari, so kena postpone lah dulu.



Masa hari kemerdekaan yang lepas, tengok tak Siti kat Royal Albert Hall? Kami tak tengok tapi anak kami yang no. 2 asyik mengadap TV aje.....Bila mintak tolong apa2 dia kata, "Alaaaaah mak, Angah nak tengok TV sat". Dia bukan minat sangat kat Siti , gitu2 aje. Tapi dia memang minat tengok TV. Kalau tak dilarang satu hati celik mata sampai ke malam dia boleh mengadap aje. Baca buku...heh memang malas! Tapi main game kat PC dia rajin.


Bila kami suruh2 dia tak nak buat, Maklang pun panggil dia Siti Nurfaezin. Tau pulak nak marah. Dia masa kecik2 dulu memang ada mirip2 Siti lah, tang mata dia. Tapi sekarang bila dah tembam memban ni, kami panggil dia Siti Nurhalozo!. Memang dia sakit hati kalau panggil dia camtu. Tapi memang seronok sakat dia. Dia cepat temper. Mula2 buat2 lepas tu hot betul. Ni sah, ikut Alang dia...in fact Alang pun ngaku. Lagi pun nama dia Alang yang bagi. Perangai sebijik Alang dan mudah2an dah besar dapat belajar tinggi macam Alang jugak, InsyaAllah.


Yang gelihati 2-3 hari lepas, masa maklang kat dapur dengan bibik, bibik mulalah cerita,


"Buk..Buk..Si Angah cerita ama saya kemarin. Dia bilang kalau Angah sudah ada keluarga, nanti Angah mau masak aja. Tak mau beli di luar. Mau masak macam ibu!"
( Bila baca kena gaya Indonesia laaa...baru sedap sikit!)


Wah...anak maklang yang sorang ni, dah berangan nak berkeluarga! Sembahyang pun tonggang langgang lagi, nak kemas bilik pun kena jerit dulu, nak buat homework pun mak masih paksa lagi...dah berangan nak berkeluarga rupanya! Agaknya sebab dia minat memasak tu yang dia rasa nak buat macam mak dia ni. Angah setakat ni dah bolehlah buat nasi goreng ( Along dia kata dia masak nasi goreng sedap! Sebab Along kalau masak...hancus!), boleh dah buat pegedil daging without my supervision ( habis mince meat kat fridge), boleh dah buat Coklat Kek (Sampai kakak (maid dulu) surprise sangat sebab dia buat sendiri, kakak pun tak tengok!) dan biasalah Angah kalau nak buat burger ke, sosej ke or nugget semuanya dia dah OK. Dia pun makan senang, apa ada semua boleh! Tak macam Along dia komplen memanjang, sampai Abah dia kata, " Lain kali masak sendiri! Tak cukup masinlaa, tak cukup tomato laa, cairlah kuah ni and so on. Masaalahnya kalau terror masak macam Angah OK gak nak komplen tu.



Bila anak2 perempuan ni dah dara, seronok jugak. Ramai yang menyebuk kat dapur. Time malas2 boleh mintak tolong masak2 kan. Yang best sekali bila nak Raya, ramai penolong untuk nak buat biskut Raya tapi tu pun ikut angin....(hai...sibuk nak Raya aje...puasa ganti tu kena habiskan dulu...)


Semalam meyambung cuti Ahad, maklang dah kena ke pejabat sat lagi...Banyak kerja menanti di sana...Sampai berjumpa lagi...InsyaAllah...Take care!


P/S: Kak Elle, weekend depan ni mai sini le...ingat nak buat BBQ lagi, nak ajak Ustadz yang mengajar budak2 ngaji tu makan, asyik dok tanya resepi aje. Agaknya masa kami bagi dia ayam tu beberapa minggu lepas, tak puas makan kot!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

13 Comments:

At Sunday, September 03, 2006 11:27:00 AM, Anonymous Anonymous said...

First again eh?

Mak Lang thanx for the invitation but sorry lah cuti sekolah in sg so we give way to those with children amek cuti.Bila ML makan karang makan lah sesuap for me ok?Macam I kata kat kak lady insya'allah kalau nak amek leave will be after raya before december because my collegue dah book 1 month leave in december nak visit anak die in London yg ngah belajar kat Imperial College.

Bagus lah ML budak2 kat rumah tu dah berjinak2 kat dapur senang nanti...at least ada interest!

kirim salam kat Dhirah dan yg lain2 will be posting the stuff to them soon skg tengah cari suatu barang yg dah di sorok ntah kat mana buka luggage takde tapi my baju yg beli kat perth rupa nya masih kat dlm luggage:)

selamat berpuasa:)

 
At Sunday, September 03, 2006 3:52:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Teringat masa raya 2 tahun lepas, masa my maid balik kampung raya. Kena masak setelah sekian lama tak ke dapur. Rendang sampai 5 jam atas kuali tak kering-kering! Kemaruk betul sebab tak de anak dara nak tolong..

 
At Sunday, September 03, 2006 8:27:00 PM, Anonymous Anonymous said...

TERANG - TERANG NAMA SAYA BUKAN SITI NURFAEZIN . OKEY!!!!!

 
At Sunday, September 03, 2006 9:02:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Budak bedua tu dah x de kejalaa tu. besok nak peksa tu...oi...GI BELAJAR!!!!!

 
At Sunday, September 03, 2006 9:42:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hello children good luck in yr exam tomorrow ..... belajar pandai2 nanti dah dapat kerja baru lah bolih kawin kan?

 
At Monday, September 04, 2006 3:37:00 AM, Blogger simah said...

hahahaha seronok tengok anak anak mak lang sakat sesama semdiri hhahahahha.. mesti kat rumah meriah gila mak lang yek?

selamat berposa maklang :0)

 
At Monday, September 04, 2006 7:34:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Come December, adek ipar nak kawin. Datanglah masa cuti Krismas. Nanti kita set the date OK!


Adah:

Process lagilah for a girl...kan masih muda!


Anon:

Bunyi Macam RAven je...Saje mak nak usik!


Along:

Kalau pasal usik adek2, mak kasi no. 1 le...


MA&F:

That's me...Gangguan betul bebudak ni...nak jahit susah!!!


Kak Elle:

Betul tu...belajar rajin2 nanti baru kawin!


Simah:

Memang meriah dan hiruk pikuk nagn gaduhan mereka...Tapi kalau tak de senyap sangat pulak!

 
At Monday, September 04, 2006 10:50:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

mmg senang dpt anak rajin menolong nikan?

bagus tul angah dah pandai masak, even pandai buat kek dah!! malu makcik syikin..hehe.

anak2 tgh mmbesar macam2 keletah depa kan maklang?best tul depa dah pandai mengomen dlm blog maklang.

saya plak dah terjanji ngan my HUsna, bila dia dah besar saya ajar dia blogging..hehe..tengah tak sabor lah tu. la ni dia pembaca ttp blog saya aje..

 
At Monday, September 04, 2006 12:10:00 PM, Blogger Izhal said...

maya 'karin' dah ada dalam family, siti pun ada??? prgh...

 
At Monday, September 04, 2006 2:46:00 PM, Blogger Sherin de Souza said...

syoknye bila anak perempuan dah besar ye? Boleh tolong kat dapur kan?

 
At Monday, September 04, 2006 2:59:00 PM, Blogger Sherin de Souza said...

kelakar baca response anak-anak maklang dalam comments. hehehehe

 
At Monday, September 04, 2006 3:02:00 PM, Blogger Mama Rock said...

oh seronoknya bila kenduri kendara or nak raya...meramaikan umat di dapur! and all the banterings...bestnya!

 
At Monday, September 04, 2006 3:28:00 PM, Blogger maklang said...

Syikin:

Rsjin tu ...kens ikut mood laaa..selaunya berdua dengan bibik je kat dapur tu. Dah siap baru muncul kat dapur...


Izhal:

Oh..Maya Karin ada, Siti Nurfaezin ada, Norman Hakim pun ada. Yang best sekali, Naza Ria pun ada....he..he...


Sherin:

Kalau rajin tu seronok le...tapi kalau pemaleh, sakit jugak hati.

Tulah kalau time suka, suka sangat, kalau gaduh macam tak ingat je!!!

Mamarock:

Boleh laa...meramaikan umat tu, menyebok pun iye!!!

 

Post a Comment

<< Home