Cepatnya Ramadhan berlalu...
Macam biasa2, tiap2 weekend maklang memang busy. Tapi Alhamdulillah dapat jugak nak buat entry. Al maklum wireless tu dah boleh pakai. Cik Abang dah networkkan PC tu, dah pergi betulkan PC tu semua, jadi tak ada hal nak rebut2 dengan anak2. Station kat study room tu, di control oleh Hakim and Maya. Kak long kena grounded sebab dia pecahkan bunga crystal maklang 3 kuntum. Masa hari Khamis lepas, entah apa yang nak dikejar, habis bunga crystal kat tepi tangga tu dia libas dengan beg sekolah dia. Dahlah masa tu baru balik tempah specs dia yang patah tu....., mana mak tak hot.
Semalam dapatlah siapkan tudung selai dua. Tu pun untuk sendiri punya. Wan punya dengan Alang punya dah siap dah. Tinggal kena kemaskan dan letak manik aje. Ni boleh buat kat JB nanti. Maklang punya pun dah nak siap. Alhamdulillah kerja dah tinggal sikit dan InsyaAllah boleh siap kalau badan ni tak sakit. Next week, mudah2an dah siap semuanya dan boleh menumpukan untuk lebih2 beribadat.....sedihnya Ramadan kejap betul berlalu.
Langsir rumah pun dah siap gantung. Kat ruang tamu tinggal kena ganti carpet aje. Nak aleh2kan aje. Bukan ganti yang baru. Nak ganti sarung throw pillows tu dengan yang baru. Sarung tu beli 3-4 bulan lepas, tapi belum pakai lagi. Masa dok cari2 langsir untuk dapur semalam, terjumpa cushion covers tu. Lega tak payah jahit yang lain!. Yang beli kat Mekah tu pun masih elok lagi. So, akan guna yang itu ajelah.
Langsir kat ruang tengok TV tu dah di’copot’ oleh Bibik pagi semalam. So, tengah ‘bolen’lah tempat tu. Bila pulak nak gantung tak tahu. Tapi nasib baik kat situ Cuma ada 3 pasang langsir aje. 1 sliding, 1 pintu tengah rumah dan 1 bay window. Lepas tu gantung valence. Cukup dah. Alas2 meja ganti malam sebelum nak balik tu. Biasanya macam tulah. Masa kakak (maid lama) ada sini, bila lepas pasang langsir kat ruang tamu tu, biasanya waktu malamlah, kami akan duduk kat situ, onkan lampu kuning, dan berangan. Ehmmmm….perasan cantek pulak rumah ni lepas dah ganti ‘baju’. Yelaaa....kenalah suka rumah sendiri, kan ke rumahku syurga ku
Alhamdulillah dalam pada maklang sibuk2 ni, Cik Abang tak lupa juga membantu. Macam petang semalam masa maklang tengah jahit langsir untuk kawan tu, dia offer nak tolong jahitkan. Aaaahhhh..leganya rasa. Walaupun dia jahit cuma 3-4 lai je, jahit kat tepi kain aje, maklang rasa seronok sangat. Agaknya dia kesian tengok isteri dia keletihan. Lepas tu nak pulak masak. Angah nak makan lemon chicken pulok...So, lepas Asar maklang pun masak le lemon Chicken. Boleh tahan. Ambik resepi kat majalan Saji, jadik....wa cakap lu....Ha..kalau nak resepi nya ni maklang letakkan di bawah ni:
Lemon Chicken
Bahan2 A:
1 ekor ayam dipotong sederhana besar, dicuci dan ditoskan. Golekkan dalam tepung jagung yang dah dicampurkan dengan sedikit garam. Gorengkan sehingga gareng dan angkat.
Bahan B:
1 cawan jus lemon sunquick
¾ cawan gula pasir
1 cawan air
2 sdt cuka
Sedikit minyak untuk menumis.
Sedikit tepung jagung yang dah dicampur dengan air unutk memekatkan sos.
Caranya:
Tumiskan bahan diatas. Birkan atas api sampai sos agak pekat.
Tuangkan sos atas pinggan. Lepas tu susunkan ayam atas sos.
Selamat mencuba!
Ni resepi basic biskut untuk nak buat Almond London.
1 buku butter
1 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan emplex
2 sd makan gajus yang di blend.
Mixkan butter and icing sugar . Lepas tu masukkan tepung2 tu. Terakir baru masukkan tepung gandum. Sekiranya adunan dah ok (Tak perlu masukkan semua gandum). Adunan jangan terlalu kering ye. Last baru masukkan gajus.
Bakarkan almond sehingga gareng. Sejukkan.
Balutkan almond dengan adunan tepung tu. Bakarkan sehingga kekuningan.
Cairkan coklat bar dengan hi-fat (boleh dapat kat kedai jual bahan kueh). Jangan terlalu cair. Maaf maklang tak tahu sukatan dia. Main agak2 aje. Maybe 2 keping bar tu boleh letak 2-3 sd hi-fat tu. Letakkan biskut yang dibakar tu dalam cupcakes yang kecik tu. Then letakkan coklat cair tu untuk nak coat the biskut. Tunggu sampai coklat dah keras lepas tu baru disimpan.
Resepi ni memang sedap. Dari kawan maklang. Tiap Raya , dia jual beribu2 biskut ni. Cubalah, mana tahu sedap jugak!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
9 Comments:
Nampak nya rumah ML dah beraya :)Kat sini I sorang serba serbi so kena pelan2 lah membuat.Semenjak oven tu mogok malas nak nak betul kan so kuih muih semue beli aje atau my sis buatkan kuih makmor and tarts and another sis in law selalu bagi choc chip cookies.Dulu rajin buat kek lapis rempah sampai 7 kekadang untuk adik beradik semenjak tahun lepas beli aje,kalau nak suruh buat skg dah malas pulak.Thanx for the lemon chicken recipe akan cuba soon...menu hari ni masak asam pedas ikan pari,nak goreng jemput2 udang geragau dan lontong goreng.Hari ni ramami yg berbuka kat sini dan untuk budak2 mee hong kong.Kuih muih nanti die org beli kat bazaar.
Maklang...wah!! dah gantung2 langsir dah...orang nak raya lah katakan...
Pasti maklang sedang sibuk bebenor sekarang...kak lady minggu ni baru nak jahitkan langsir untuk mertua di kampung tu
maklang, nanti nak cuba lemon chicken tu - belum pernah makan. terima kasih.
kak teh tak tukar apa benda kat rumah - plain saja...baru beli beberapa throw cushions - tapi tu saja bukan untuk raya. Sofa pun baru beli ganti yang lama - bukan untuk raya. cukuplah tu.
thanks for sharing. Boleh ajzie cuba nanti.
baru sekejap tadi berbeza pendapat nak tukar ke tak sofa yg dah koyak tu.. kesian mem hehe.. mana nak cekau RM kalau nak tukar ..
Kak Elle:
Sebab tulah maklang gantung langsir awal. Kat bilik2 tidur semua dah ganti sebelum puasa lagi. Kesian pulak kat Bibik nak buat dalam bulan puasa.
Kalau semua nak buat 2-3 days b4 balik JB, mau pengsan. Lagipun seronok everytime kalau ganti langsir baru ( yang lama dah dicuci bukan jahit yang baru!), sebab langsir rumah ni basuh pun 3-4 bulan sekali, tak kira Raya ke tak...
Kak Lady:
Maklang used to jahit langsir for arwah MIL. Ni sejak dia dah tak ada, tak adalah jahitkan langsir, lagipun rumah MIL, SIL yang duduk dengan FIL.
Kak Teh:
MEmang sedap lemon chicken tu. Kalau kat hotel, sepinggan adalah 40-50 inggit. Kalau kami gi makan kat Awana Kijal, memang camtu harganya. Padahal nak buat dia senang sangat. Lepas ni buat sendirilah.
Maklang pun ada beli sofa baru sebab yang lama nak letak kat tingkat atas. Tu pun sebab yang lama tu dah 8 tahun, tapi masih elok. Kebetulan ada sale50 ke 60% off. Nak tunggu sekali lagi next year. Alaaah...beraya ala kadar cukup le..yang penting kita mendpat kemenangan dibulan Ramadhan yang mulia ni...
Ajzie:
Selamat memasak!
Zino:
Eh...duit gaji bulan lepas ngna bonus, tak usik lagi kan!!! Apasalahnya belikan mem set sofa baru. Maklang beli yang boleh ganti sarung, so kalau sarung koyak, ganti je sarung baru. Boleh basuh , senang camtu. Ada anak2 kecik ni kalau pakai sofa yang sarung dia tak boleh ganti memang payah le...
wei laa.... bersungguh nampaknya mak lang nak menyambut raya. bagus lah tu.. anak anak mesti hepi. macam saya tak der buat apa sangat pun. bibik pun dah nak balik... mengah sengsorang lah nampaknya tahun nie...
macam sedap jer lemon chicken tu.. boleh cuba nanti...
zar berkemas rumah lepas balik raya nanti ler.. masa tu ler nak cuci langsir.. etc.. etc.. hehhe sekarang ni penat terkejar ke sana sini
Syoknya langsir baru. Sherin tak ganti le tahun ni. Kami selang setahun baru ganti.hehehehe.Masih elok lagi.:)
Mana nak cari emplex Maklang? Sherin teringin nak buat. Tahun ni sherin buat biskut choc oats, choc chip, biskut nescafe & tart nenas aje,yg lain beli!
Post a Comment
<< Home