Kantoi..Bik Kantoi....
Mengantuk sungguhlah kat opis hari ni. Malam tadi tidur lewat. Lepas buka semalam dok jahit manik. Pukul 10.00 baru buat Isyak dan terawih. Lepas tu pi masuk blog kejap2. Kejap pun adalah setengah jam. Then sambung jahit manik lagi. Tidur dekat kol 12:00. Sekarang baru padan mukan, ngantok betul. Pulak sekarang ni memang free se free free nya…Apalagi nak buat, membacalah, dan kalau membaca mulalah ngantok. Kalau baca blog tak pulak ngantuk dia.....
Petang semalam, lepas balik opis maklang iye2 nak masak best2 untuk anak2 dan darling I yang sorang tu. Balik2 tu sebelum nak asar tu, rehat sat. Sakit ponggong lak sebab terlalu lama duuuduk aje kat opis tu. Sambil berehat tu, capai sarung kusyen dan ganti ngan yang baru. Lepas tu baru solat asar.
Selesai solat asar, maklang pun ambik udang2 yang bibik dah difrostkan tu. Lepas tu buangkan kulit dia dan tinggalkan ekor dia aje. Kepala dah buang masa hari beli udang tu. Lepas tu belah belakang dia dan keluarkan tali itam tu kat belakang udang2 tu. Biasanya tak kisah nak buangkan kulit dia, tapi semalam tu nak buangkan pulak. Konon2 nak buat macam kat hotel tu....
Lepas tu golekkan dalam tepung jagung dan gorengkan. Lepas tu siap2lah buat sos dia. Then buat pulak steam fish ikan siakap. Buat 2 ekor. Petang semalam lambat pulak memasak. Dekat 6:30 baru siap. Then capai majalah Saji yang baru, dok tengok2 biskut Raya. Tak tahu nak buat biskut apa lagi tahun ni. Tapi mungkin yang lazim jelaa…
Lepas tu gi mandi. Tengah mandi dengar orang Azan. Langsung ambil wuduk, then buka puasa minum air mineral kat bilik tu and solat. Ingat2kan anak2 kat bawah dan Abang dah berbuka makan lauk2 tadi. Selesai solat, maklang pun turun. Masa tengah basuh tangan….Bibik kata.”Buk....saya lupa masak nasik....!’Nampak muka dia macam panic. Maklang pun tak terkata....cuma kata 'Laaaaa...'
Kantoi Bik, Kantoi.
Maklang langsung ke depan. (Kami makan kat dining room bulan puasa ni). Anak2 tengah makan nasi semalam yang ada kat periuk tu, Cik Abang tengah meratah lauk. Dan nasib baik ada penyelamat.....Roti telur yang maklang suruh Bibik goring tu.
“Laaa…mak ingatkan Bibik dah masak nasi. Dia dah kata kat mak dia nak masak nasi sebelum dia keluar buang sampah. Mak check jugak periuk nasi tu. Nampak lampu dia nyala so mak ingat dia dah masak dah…”
“Tak pelaa....agaknya Allah suruh makan sikit malam ni,” sampuk Cik Abang.
So, sementara nak tunggu nasi masak, kami makan le, roti telur tu, ratah dengan udang dan ikan tu. Sayur sawi Jepun tu pun kami ratah. By the time nasi dah masak, kami makan sikit aje. Dah konyang…
Kantoi....kantoi....
InsyaAllah petang ni taklah lapar nasi lagi. Sebabnya petang ni ada undangan buka puasa kat Awana. Ada vendor nak belanja berbuka. Dan ni jemputan untuk kami sekeluarga....Alhamdulillah...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
kesian bibik panic. baru ni masa birthday sarah pun terjadi kt diri sendiri. dah basuh beras dan letak dlm rice cooker - tapi lupa nak tekan button. dahlah ada tetamu masa tu. haru betul!
anyway, thanks for the lemon chicken and almond london recipes! rasa nk cuba buat.
kesian bibik!pelupa jugak die..best nya dapat undangann berbuka kat awana kijal...kita dah tinggal kat sana dulu di kuantan.
tak apa kita go high protein low carbo sesekali
mamasarah:
Pucat jugak laa muka bibik. Tapi kami cool aje. Bukan dia sengaja.
Kak Elle:
Sedap makan free ni. The food was good!
Lollies:
Yang kesian tu akt budak2 le...
salam,
sesekali tu, ujian Allah dtg tanpa disangkakan biar sekecil manapun cthnya, lupa masak nasi..silap haribulan kita boleh menyinga. Alhamdulillah semua org sabar..yap..makan sikit aje, tp kenyang.alhamdulillah.
tq atas resepi2 tu ya..
emplex tu apa? saya tak tau..blh diganti ngan apa ya?
Tak pelah, adalah hikmahnyer tu. Makan sikit, hari ni dah murah rezeki, ada orang nak belanja berbuka tu
hmmm..mak lang dah jumpa cara nak makan sikit masa iftar...makan lauk..last last baru makan nasik..:0)
iftar kat luar? bestnyaaaaa
Syikin:
Emplex tu perangup biskut. Tak tahulah nak ganti apaa. Tapi mudah didapati dikedai2 barangan kueh ni..
Zar:
Alhamdulillah..kenyang ....
Simah:
Hari tu je makan sikit. Tapi maklang makan sekali sehari aje, masa buka. Sahur...oh..menggerunkan! Kang apa yang dimakan boleh keluar balik. So, minum aie je laaa...
ok jugak sesekali makan lauk je tak payah nasi.. kurang kan carbohaidrate hehe.. zino jarang makan nasi waktu berbuka..
nasi takde takpe, lauk mak lang tu dengar cam best je...kira berselera la gak walupun takdak nasi :)
Dulu masa umah mertua memang selalu terlupa masak nasi...sebabnya kengkonon nak masak masa 1/2 sblm buka...supaya nasi panas...akhirnya lupa...hehehe...kalau kene mcm tu selalunya kak lady masak guna dapur gas aje..
Tapi kat sini belum pernah lupa...lagipun masa hubby takde...masak nasi guna dapur gas aje...cepat...lagipun nampak smada periuk nasi tu ade ke idak kat atas dapur tu...
Agaknya ujian bulan puasa, Maklang..
Salam perkenalan dan salam hormat untuk keluarga Maklang.
Post a Comment
<< Home