Jom buat biskut Raya....
Assalamualaikum…..
Seronok…semalam kami cuti. Tapi sayang sehari aje. Kalau 2-3 hari kan best. Maklang semalam dengan anak2 sibuk di dapur.
Lepas solat Subuh semalam, maklang terus ‘terkam’ mesin. Nak kena siapkan kain telekong yang belum berjahit tu. InsyaAllah siap telekong yang lagi 2 helai tu. Tapi ada masaalah besar untuk satu telekong tu sebab renda yang maklang pesan sejak 2 minggu lepas, tak sampai2. Manik dia pun belum jahit. Mintak2 sempatlah siap. Ni kena kerja siang malam ni.
Dalam pada maklang sibuk nak menjahit tu, Maya yang biasanya bangun awal tu masuk bilik jahit.
“Mak…mak….Maya nak buat cross stitchlaaa”
Alamak budak ni. Orang tengah gadoh2 nak siapkan telekong ni, dia sibuk pulak mintak nak buat cross stitch.
“Alaaaaa…Maya, mak nak jahit telekonglaa…. Ni mak nak kena siapkan. Kan kita nak buat kueh pukul 8:00 nanti”
Maya, kalau kita kata tak boleh, mulalah moncong dia sekaki. Dan dan tumbuh.
Maklang pulak bila tengok dia camtu, terus kata, “OKlaa, gi ambik kain cross stitch dalam laci tu, pastu buku dia ambik kat almari sebelah tangga tu”
Dia pun dengan semangatnya pergilah ambik buku cross stitch tu, kain, benang and apa2 perlu untuk nak menjahit. Lama mana tahan nak jahit tu tak taulah tu. Bila dah ajar dia, barulah OK. Baru aman maklang nak menjahit. Alhamdulillah siap jugak kain untuk telekong tu.
9:00 pg.
Baru turun nak buat biskut. Cik Abang dah ‘bang’ kejut anak tua yang dua lagi tu. Suruh tolong maklang kat dapur.
Alhamdulillah cepat mereka report duty. Maklang buat adunan kueh. Lepas tu dia orang lah tolong sapu telor, taburkan coklat and all. Maklang kalau buat kueh ni memang cerewet. Tangan semua kena make sure bersih. Tak boleh main2 dengan bahan2. Mulanya semuanya semangat. By 10:00 am , Angah dah hot, sebab kena usik. Langsung lari kedepan tengok TV. Nasib baik pujuk2 last2 dia datang balik. Maya pun sama. Hakim pulak masuk dapur, sibuk nak tolong terap kuih. Give up betul! Nasib baik Abah dia ajak dia ke atas, main PC. Abah pulak tolong tandakan langsir kawan tu. Jadi maklang senanglah nanti, tinggal jahit aje.
By 11:30am dah siap 4 adunan biskut cornflakes tu. Cukuplah tu sebab kawan order Cuma 100 pcs aje. Untuk Wan sikit, untuk Alang sikit, untuk rumah sikit dan sikit untuk nak bagi2 pada adek beradek Cik Abang.
12:00pm
Tinggal Along sorang aje kat dapur. Angah dah terbongkang depan TV , tidur. Maya dah naik atas main dengan Hakim. Before that Maya hot sebab Hakim bila dah kenyang makan Maggi, lalu depan Maya dan kata, “Hmmmmmm…sedapnya Maggi”. Tu pun boleh buat dia hot. Yang si Hakim pun satu, saje nak buat kakak dia hot. Memang macam tu dia, saje je tu.
By 3:30pm, Alhamdulillah siaplah 7 adunan biskut sarang semut. Mana taknya, tempahan aje 400 keping. Dah siap bungkus dah, Wan dan Alang punya pun dah packkan sekali.
Tu pun Along ngan adek2 dia bising, apasal Wan punya letak bekas besar and kat rumah punya kecik sikit. Maklang kata, kan ke kat rumah Wan ramai orang dan kita pun nak balik sana lama, jadinya kita pun nanti makan yang tulah jugak. Barulah dia orang diam.
4:00pm
Kaklong dah surrender, siap aje dia bancuhkan Almond London punya dough, maklang kata, gilah naik atas berehat. Nasib baik ada anak ‘girl’ sorang ni. Or elese bengkok jugak mak dia ni. Semalam, last bakar Almond London tu dekat pukul 9:00 malam. Yang sedih tu dekat 200pcs ter’gelap’ sikit, so tak bolehlah nak jual.
10:30pm.
I was already on the bed. Nak tido. Lega….Ingatkan weekend ni sambung sikit lagi untuk sendiri dan sikit lagi yang kengkawan tempah.
Tapi tadi pagi, bila bawak cornflakes dengan sarang semut kat opis, lain pulak jadinya. Yang dah tempah Almond London 100 last week, nak tambah lagi 200, yang nampak cornflakes, nak order pulak . Total adalah dekat 600 biji kueh lagi nak kena buat. PENGSAN!!! Jawabnya balik opis nanti kena gi beli bahan sikit lagilah dan lepas buka tu bolehlah buat kueh sat. InsyaAllah before 11:00 siap. Nak kata tak nak terima kesian pulak, sampai merayu2...... Alhamdulillah bolehle si Along dapat beli dia punya phone, sebab mintak tolong dia ni, bukannya free…kena upah oi.....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
memang mak lang wanita yg cukup tegap dalam berbisnes..caya la...tabik tabik..
betul tu Simah :)ML I take my hat off...kalau lah u dekat mmg I order dari you tak payah beli kat bengawan solo.
Wah... rajin-rajin Maklang ni.. Bagus betul.. :)
maklang, do take care of your health too ok?
Along and angah, rajin2lah tolong Mak ok? kesian Mak tu. Bukan setakat fone, macam2 lagi Mak belikan kat along nanti. Betul tak Maklang?
amboii kak oii..busy nyer kuih la.jahit laaa..terrer ler kakau sorang nihh..
Simah:
Tak yah lah nak tabik, ni cuma sementara je...lagipun dalam musim kemarau ni kenalah tolong menolong suami isteri. Nanti bila Cik Abang dah dapat paycheck dia, legalah sikit...InsyaAllah
Kak Elle:
Bagus gak kalau kak Elle nak order ngan maklang. Tambah sorang lagi customer maklang!
Sherin:
Rajin sangat tu tak adalah...tapi berniaga ni seronoklah...
Mamasarah:
TQ for the nasihat to my kids. Along tu nak kompol duit sendiri nak beli hp macam abah dia! At least kalau dia kerja and dapat upah, then beli fon dia, baru dia hargai benda tu. Betul tak?
UBA:
Hai..hai...Assalamualaikum Dik. Lama tak nampak kat sini. Agaknya sibuk buat kueh kot. Ke busy gi date????
bila nak habis menjahit tu? hehe dah start buat kueh raya ya.. mem zino dolu2 rajin jugak buat kueh.. tapi sejak zino ajar dia buat kueh tunjuk dah jarang dia buat.. penat agaknya tu
ML masih amik order ke? bila you turun JB?
Mak Lang minum Kacip Fatimah ke banyak energy ni, menjahit, memasak n ni buat kuih raya lagi.. er kalau dekat nak jugak order
salam,
tabiklah ngan maklang ni..rajin tul ambil tempahan orang. syukur anak2 dah blh tolongkan..
saya ni tak mula satupun lagi maklang..entah bila entah nak mula, nak buat biskut raya ngan kanak2 ribena yg suka mengacau ni, payah sikit..
Zino:
Alhamdulillah....Dah siap langsir tu tadi pagi. Kalau nak meneruskan jahitan lagi, boleh. Tapi rasanya malas kot!
Kak Elle:
Tak dah...tak sanggup. Sikit2 bolehlah. Kang ada kang rumah sendiri ngan rumah mak tak ada kueh sebab kena jual semuanya.
Nzn:
Taklah, tak minum apa2. Cuma minum teh aje masa buka lepas tu makan nasi. alhamdulillah Allah bagi kekuatan unutk nak menambahkan rezeki...
Syikin:
Kalau ikut malas memang malas, tapi budak2 sedepartment termasuk my immediate Boss yang dah biasa makan my almond London, Cornflakes and chocolate chips, memang tiap tahun order ngan maklang. Alhamdulillah...
Maklang pun cuma Along aje yang rajin tolong. Yang lain tu buat bising aje kat dapur tu. Lepas tu sibuk nak rasa coklat yang cair2 tu...Kadang2 hilang sabar jugak tu!!!
Post a Comment
<< Home