Abah nak buat swimming pool!
Seminggu dua yang lepas, masa balik dari pasar and nak turun kereta, suddenly Cik Abang menjerit,
“Kim....Kim....keluar dari swimming pool tu… Apa ni pagi2 dah berendam dalam swimming pool!”
Maya yang masa tu baru keluar dari kereta terus kata,” Mana ada Hakim kat situ. Mana ada swimming pool!”. Siap kerut2 dahi dia.
“Memanglaa Hakim tak ada, Abah cuma berangan aje. Konon ada swimming pool kat rumah kita nih!
Maya semyum senget aje. Maklang pulak buat muka selamba aje.
Sebenarnya petang sebelum tu ada vendor yang buat kolam mandi tu datang ke rumah. Kebetulan before puasa tu Cik Abang ada call vendor tu. Maklang kata nak buat apalah call Vendor tu, bukannya kita nak buat pun. Lagipun tak termampulah lagi, setakat ni. Tapi Cik Abang saje je nak call. Saje aje...Lagipun buka kena bayar kalau suruh dia bagi quotation. Kebetulan Vendor tu ada kerja di KT. So, dia kata dia nak singgah, tu yang Cik Abang pun setuju.
Petang tu, beriya2 Cik Abang layan Vendor tu. Siap keluar tali tape lagi. Panggil maklang yang tengah sibuk masak kat dapur untuk nak confirm nak letak pool tu kat mana. Kelakar betul. Lepas tu vendor tu buat kira2lah berapa harga pool tu. Mak Datok, poning palo den tengok hargo dio!. Kira2 macam tak de harapan le. Dapat sebuah rumah low cost house leee....
Bila malam tu beritau kat Along and Angah and Maya and Hakim, keempat2 anak kesayangan senyum lebar…berangan tak sudah.
“Wah....best lah mak!”,kata Along
“Mak.....nanti kolam tu dalam ke tak?, Maya tanya.
“Kalau dalam camana Maya nak mandi?”
“Alaaaaa.....nanti mesti dia buat mula2 tak dalam, lepas tu baru dalam”, Along explain. Beriya-iya
Angah dan Hakim pun seronok.
Tak pelah seronok2 camni. Bukan kena bayar pun. Kalau nak swimming pool, nanti Maklang ngan Cik Abang tolong blowkan yang plastic punya tu!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
huhu, best gak nih..boleh rendam2 kalau datang rumah mak lang nanti. Kalau jadi buat lah swimming pool nya.
ML angan2 bolih jadi kenyataan insya'allah.Nak bayar ongkos nya satu dan bila dah ada swimming pool tu nak membersihkan jadi lagi satu hal.
hahahaha.. Dapat swimming pool plastik pun ok la Maklang. Kalau ada pool ni satu hal juga, nak kena upah orang bersihkan lagi. Kalau kita nak masuk, kena buat pagar yg boleh tak nampak kita nak mandi. Kalau anak-anak aje takpa. Bertambah le kos jadinya! :)
nanti pool dah siap boleh la tumpang sekaki ya :)
Mak Lang, bestnya kalau ada swimming pool, hari2 berendam pun tak pa..
:) maklang....tersenyum saya baca..hehehe...
swimming pool sendiri tah yah la pakai bikini kan...pakai kebaya pun boleh masok, apa kesah ..
*salam maklang*
psst, kirim salam kat Lina tu ek..lama tak calling2 dia.
Idham
Ajzie:
Kat paya belakang rumah ni pun boleh berendam...mandi lumpur lagi, sure halus mulus kulit tu nanti!He..he...
Kak Elle:
Memang angan2 ni best...Free!
Sherin:
Tang pagar dah kira selesai sebab pagar rumah ni, pagar kayu. So, kalau tak bertudung pun orang luar tak nampak, unless duduk dekat2 pagar tu..
So, tinggal nak bilang duit siling cukup tak nak buat pool tu...
Mama rock:
Dua kaki pun boleh...kalau tak jadi, pool plastic je laa...
Nzn:
Hari2 berendam? Nak berendam kat bath tub pun tak sempat!Tapi mungkin kalau kat pool sempat kot, sebab Hakim dan Maya boleh berendam seklai, so tak sibuk nak ketuk2 pintu bilik air!
Id:
Senyum banyak2...sure makin manis!
Si Lina tu pun kirim salam balik! Dia kata, raya ni tak nak bagi dia duit Raya ke?
ML check this out....baru cuba but belum reti sangat nanti belajar from you eh.....hahaha
boleh bayangkan nanti bila ada swimming pool kat sebelah tu.. sambil berendam atau bersantai kat tepi tu sambil maklang menaip posting kat notebook..(notebook kalis air le..) sure banyak idea tu hehe..
ni boleh kira posting angan2 jugak ni hehe
ML I've linked you to my new baby hope its ok :)
salam,
mak..baru tau mahainya rege kolam renang..ingatkan bawah 10K boleh dpt..
hehe..tak pe Mlang, angan2 tak pakai duit pun, tp insyaALlah, ada rezeki dpt buatlah satukan..
kak elle:
Dah banyak kali melawat...well one!
zino:
Angan2 Zino lagi terok dari maklang...he...he...
Kak Elle:
thank you. I will yours to mine as well..InsyaAllah
Syikin:
Memang mahal. tu yang dok pakai yang plastic je...
Post a Comment
<< Home