CERITA CERITA
Assalamualaikum………..
Minggu ni agak sibuk di pejabat. Baru hari ni dapat nak blog. Tu pun tak ada apa nak cerita.
Last weekend macam biasa sibuk tak tentu arah. Jumaat dihabiskan dengan sibuk di dapur dan menjahit. Maklang masak special sikit hari Jumaat lepas, memandangkan Datok dah nak balik hari Sabtu tu. Tapi special tu tahap yang maklang boleh masaklah. Buat ikan siakap sweet sour, kerabu pucuk paku, taugeh kasar goring dengan tahu lembut, telor bungkus kesukaan datok dan kerabu sotong. Tapi tengahari Jumaat tu Datok dan Cik Abang tak makan di rumah sebab ada jemputan tahlil dari jiran seberang jalan. Tapi Cik Abang lepas balik dari kenduri tu sambung pulak makan kerabu sotong yang maklang buat tu. Malam tu baru mereka makan full course. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Maklang sempat jugak buat sos lada untuk Datok nak bawak balik. Yelah lama2 duduk sini kalau tak bagi apa2 nak bawak balik, tak syok jugak.
Malam tu, masa kami anak beranak tengah rehat2 tengok TV kat bilik maklang, tak aleh2 Datok naik ke atas. Biasanya memang Datok tengok TV kat bawah. Ingat nak apa, rupanya dia cuma nak say goodbye to the kids sebab besok tu pagi2 kami nak ke Kuantan. Ada appointment untuk nak servis a/c kereta maklang. Kena ada kat servis station tu by 9:00am. Maknanya latest 7:30am kena bertolak dah. Datok peluk2 cucu2 dia yang 4 tu. Sebenarnya bebudak tu sedih jugak Datok nak balik. Datok ni rajin layan mereka naik basikal, waktu petang2 tu….Sama sedih kalau bila Atok dan Wan lama2 dah kat sini….
Hari Sabtu tu pepagi kami dah bertolak. Sempat jugak breakfast roti canai segera yang bibik dah goring. Makan dengan kari ayam yang leftovers tu. Kami bertolak pukul 7:30 am seperti yang diplan. Tiba Kuantan pukul 9:15 kot. Masa perjalanan tu maklang half2 tidur. Sejuk aje jalan pepagi ni, hujan pulak tu. Mana tak sedap nak sambung tidur! Selesai urusan kereta, kami ambil taxi untuk pulang ke rumah Datok.(kami tinggalkan kereta sebab servis a/c tu lama dari 9-5 ptg!)
Seronok pergi rumah Datok sebab cucu sulung Datok memang rajin memasak. Mula2 makan mee kuning yang macam hailam tu, then dihidangkan pulak dengan wantan. Maklang sempat gak tengok resepi wantan tu. Tapi resepinya tak sama dengan yang Wan selalu buat. Tapi tak apa, yang pentingnya SEEDAAAAP…. Thank you so much….
Tengahari kami ke khenduri kawin dekat2 situ. Maklong ajak pergi, so both of us pergi lah. Sudah tu, kami pulang. Masih hujan renyai2. Maklang masa kat rumah Datok tu sempat habiskan jahit manik kat baju Maya. Pukul 4:00 pm ambik taxi, balik kat servis station. Kereta masih tak siap lagi. Pukul 5:15 baru siap. Lepas tu baru balik ke Kerteh.
As usual bebudak pesan pizza kalau kami nak balik. Ambik pizza kat Kemaman dan kami tiba sikit lagi nak Isyak. Terus aje keluar kerete berebut2 pulak nak tunaikan kewajipan.
Malam tu pulak Hakim kena cirit birit. Sebenarnya dari pagi tu dia dah muntah2. Ingatkan sebab dia makan banyak sangat. Pagi tu masa maklang tiba Kuantan, Maya talipon kata adek dia tercirit atas katil. Tapi bila call lagi, dengar macam Hakim OK aje. Taklah bimbang. Lepas dia makan pizza malam tu, dia tidor. Dalam pukul 10:00mlm dia terjaga, langsung melambak muntah. Talipon kelinik , nasib baik tak tutup lagi. Terus bawak dia keclinic. Apalagi kena jap laa seround…Melalak sat hero maklang tu. Kesian dia. Bila dah sakit ni, manja dia bukan main2 lagi. Over!. Nasib baiklah along tu kira kuat, dia dukung adek dia dari rumah ke clinic pergi balik.
Lepastu dari bawah ke bilik maklang ditingkat atas. Alhamdulillah lepas spasm dia dah hilang, dia buang air besar, baru dia boleh cakap. Ok betullah, lepas tu…
Hari ni dia dah tak nak makan bubur, sebab semalam paksa makan bubur. Alhamdulillah dah Ok….Wassalam…..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
sy kalau sakit macam maner pun, mmg tak leh masuk makan bubur.. tak tau apsal.. diorang kata bubur Mc'D sedap.. tapi, sy mmg tak leh terima langsung..
pasal Hakim manja masa sakit tu, sy setuju.. sbb sy pun macam tue.. muahahaha..
Baik dan kuat sungguh Dirah angkat Hakim. Tgk dari pic2 Hakim yg makLang letak kat N3 yg lepas2 tuh boleh tahan juga badan nya.
Alhamdulilah Hakim dah sihat..saya pun sama tak suka bubur..sekali sekala boleh ler..
p.s
Mak Lang, saya teringat pula 'Bubur Istimewa' di Sentosa (dekat2 The Store tuh)
ala kesian nya putera gunung ladang ni sakit..manja2 ada makna maklang nak terus tido ngan maklang:)my *hug* for him....hehehe
kesiannya hakim.. alhamdulillah tak melarat. sini baru2 ni ada stomach flu & few other kind of flu. hisshh.. takut kena quarantine lagi macam masa bird flu dulu.
salam,
kami anak beranak mmg suka satay..
seronoklah dpt jumpa kawan lama naknya kalau kita kenal family member depakan..lagi banyak nak dibualkan
sian kat Hakim sbb kena cirit..eloklah cepat sembuh. teruk juga ya sampai kena suntik.
:) hakim mmg cute .. sebiji macam ayahnya!
sian ek bila anak yg aktif jatuh sakit nie...
idham
pisces:
maklang suka bubur..
masa sakit memang manja bebenor...tapi ikutkan je, lepas tu senyum2 dengan Cik Abang. gelihati tengok gelagat dia...
Ajzie:
Maklang kalau makan bubur tu yang buat sendiri aje. Kalau kat sini, orang Ganu, panggil nasi air. Sedap jugak. Makan dengan sup daging. Anak2 maklang memang hantu bubur!
Tak kenal lah bubur istimewa tu...
Hakim memang berat 25kg rasanya. Lagi berat dari Maya!
Kak Elle:
Memang dah janji sepanjang school holidays dia tidur kat celah ketiak mak dia aje...
Mulan:
Harap2 kat sana semuanya Oklah hendaknya...
Syikin:
anak2 maklang pun suka satay.
pernah satu kali tu kami beli satay 80 cucuk. lepas beli letakkan kat dapur dan terus naik atas. Lebihkurang 1 jam lepas tu turun nak makan, dah selamat anak2 bedal! tak tinggal langsung kat mak abah dia...
Id:
Memang sian dia. kalau dia sakit dia cepat susut. Alhamdulillah dah Ok...
Mak Lang tak pening ke school holiday ni.. dengan keletah anak2
maklang ni tiap kali masuk blog dia mesti tengah sibuk hehe hari2 bersilat agaknya ..
bila nak rehat ni..? hehe
keluarga maklang semua terer masak! hebat betul. Agak saya, kalau nama masakan tu pelik sikit, harus saya beli.
kesian kalau budak2 tak sihat kan? get well soon hakim. (hmmm nasi air. yum!)
nzn:
kenkadang tu pening gak, nak2 bila bergadoh aje...
zino:
bila bebudak dah naik sekolah bolehlah rehat, baju semua dah siap jahit by then InsyaAllah...
mamasarah:
Alhamdullah...pemberian tuhan!
Hakim masih belum sihat sepenuhnya...tapi semua dia nak makan, macamana nak baik!
Post a Comment
<< Home