Waktu
Assalamualaikum...
Sejak masuk bulan puasa ni, maklang memang kena jaga2 betul tentang waktu. Sensitip sebenarnya. Silap2 boleh tonggang terbalik hidup maklang. Jadi memang kena jaga. Sebabnya kalau perut lapar, hati memang tak senang.
Macam hari ni, in fact sejak2 mula puasa nilah, suasana rumah memang berubah dari masa ke semasa.
Kalau hari cuti, macam hari ni.
10:00pg - rumah masih senyap. Anak2 ada yang tidur lagi.
11:00pg - adalah yang tengah tengok TV, tergolek atas katil mak dia yang dah siap berkemas nak tengok Tv kat bilik mak. Padahal bilik dia tengah tonggang langgang. Dengan langsir tak bergantung, dengan katil tak berkemas. Nasib baik dah mandi, tapi tuala masih berbalut kat badan. Kena tegur, asyik tengok TV tak belajar pun, langsung muncung. Tak boleh tegur.
2:00 ptg: Tanya dah sembahyang belum. Muncung tambah panjang
3:00 ptg: Sambil maklang menjahit kat bilik study, sambil anak2 ni main komputer. Entah apa yang dia belek kat PC masing2 tak taulah. Ada keluar lagu, ada cerita, ada game. Tak pe, asal tak gaduh.
5:00 ptg: Tanya dah solat belum. Jawabnya dah aje. Selalu kata kalau tak solat, mak tak tau, tapi Allah nampak. Tak pe...OK lagi.
6:00ptg:Mintak tolong tutup tingkap sebab mak nak masak. Memang dah bagi tugas untuk nak tutup tingkap. Lagi muncung tu panjang.
6:30pm: Sorang dah mengamuk. Kena kacau sikit tak boleh. Ada yang dah masam.
6:45pm: Mak dan Abah cool aje. Dah biasa. Perlahan2 mintak anak2 mandi sebab kalau tak mandi, tak boleh makan sekali. Nasib baik ok lah, kalau suruh mandi sebab nak mengadap makanan.
7:05: Masih masam. Mak dan abah Ok aje. Senyap aje menikmati makanan.
7:07: Masuk waktu buka. Tak rebut pun perlahan2 buka puasa. Maklang pulak sibuk ambik gambar dulu. Nasib baik sempat ambik, takut jugak makanan kena terkam sebab lapar!
7:10: Dah mula nak bising. Berebut makanan. Dia ni nak dia tu nak. Padahal atas meja penuh makanan. Kak long dia pulak asyik menyakat tak habis2! Ketawakan adek2 dia.
7:10: Keh...keh...keh...entah apa yang dia gelak tak taulah. Yang pasti makanan dah masuk perut, buat apapun tak jadi hal. Nak usik nak kacau, nak kutuk, nak ambik makanan or minuman dia tak kisah pun. Ambiklah...Semuanya OK
Macam tulah anak2 maklang kat rumah bila time puasa ni. Bisaalah kan kalau musim tak puasa pun kalau makanan tak mencukupi memang hangin. So sebelum hangin naik atas kepala, hari ni maklang masakkan yang berikut untuk berbuka hari ni.
Cendawan celup tepung Along nak tadi.
Ini udang celup breadcrumbs. Last minute punya decision. Cari udang dalam fridge pukul 6:30pm. Nasib baik sempat goreng. Habis licin. Sampai Hakim mintak buat lagi ...
Hari ni maklang teringin sangat nak makan kacang panjang goreng. Tak taulah apasal.:)
Ini kangkung goreng. Habis Maya sapu bersih.
Pergedil goreng. Sebab inti cara berlauk masih ada, so maklang gunakan intinya untuk nak buat pergedil. Ini laku jugak. Tinggal sikit aje buat sahur nanti.
Ini Along punya. Dia tak suka yang digoreng.
Ini ikan siakap bakar. Ambik resepi semasa Chef Wan ada show kat TV. Sedap ni...
Lagi siakap bakar.
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..
6 Comments:
bila nampak lauk pauk tu semua ceria kembali hehe
hehee....gelagat anak2 ye maklang yg munong tu bolih teka tak?haha...
mesti lah mak dan abah kena cool aje kan bulan puasa kang mengamok batal puasa sehari tu:)
padan saya dtg semua dah habis makanan tu tak dapat nak rasa...hehe
maklang,
Anak yang mana kuat muncung, maklang..? Ini mesti anak manja abah dan mak... hehehe
maklang,bagi resepi siakap bakar tu bley? terliur dah nih ;)
zino:
baby pun cam tu ke?
kak elle:
agak2 akak siapa yang muncung tu? Ada tiga yang cam tu. Nasib baik tak serentak, kalau serentak muncung, mau mak dia pulak hangin!
cat:
semuanya manja termasuk yang no. 1!
Qisst:
Ada dah resepinya kat blog masakan maklang.
Selamat mencuba!
*gulp*..boleh bukak posa kat rumah mak lang tak?
Post a Comment
<< Home