Selamat datang Pak Ngah and family...
Assalamualaikum…
Maklang terlalu sibuk last weekend and biasalah kalau dah sibuk memang jadi letih and malas nak updet. Lagipun tak ada apa sangat nak diceritakan. Routine biasa, menjahit, menjahit dan menjahit…then buat kueh semuanya.
Alhamdulillah maklang dah siap buat kueh dah. Dah tak nak tengok dah acuan kueh dah. Cukup2 laaa… Hari Jumaat lepas, maklang dan Along spent the whole day nak coatkan almond London lebihkurang 1000 bj plus tu. Along kata dah tak mau tengok coklat dah! Cik Abang pulak sibuk menyelesaikan tugasnya memasang langsir yang maklang dah selesai jahit pagi Jumaat tu…Lega rasa and sekarang bilik jahit tu dah boleh breath sikit sebab barang2 dah kosong sikt. Cantek pulak dia gantungkan langsir tu sekali dengan tie backs semuanya especially kat bilik Wan dank at bilik tamu…Thank you so much.,,,
Kami makan buka pun cincai2 aje. Maklang buatkan Buttered prawns ( Makteh EL kata…lebihkurang prawns with scrambled eggs…ajar sikit makteh!), bibik buat sup bayam, ada ikan bilis berlada and entah tak ingat apa dah lauknya…
Semalam maklang buat kueh dahlia pulak. Ada kawan mintak tempah. Dah terlanjur nak buat sendiri punya buat sekalilah. Kesian pulak. Ada jugak kawan datang nak coatkan almond London dia sebab yang dia buat tak cair coklatnya. Pakai coklat yang berjenama pulak tu. Bukan coklat block yang kita beli kat kedai kek tu. Then Maklang and Along buat biskut bubble rice. Tak larat betul nak buat dia. Leceh betul! Then coatkan pulak hazel nut tu. Penatnya. Sampai pukul 4:30ptg, maklang dan Along dah surrender betul. Kami kemas2 semua bahan and simpan dah…Lega…One job Completed! Sekali….
“Mak..mak…Pak Ngah datang….”, Maya dan Hakim menjerit. Dalam hati berkata, takkan Pak Ngah dari KL dan takkan adek maklang tiba pulak sebab masih lama lagi nak Raya.
Kejap lepas tu, maklang terdengar suara, “ Assalamualaikum….”, and sah tu adek maklang tiba! Alamak… problemo…problemo. Maklang tak plan nak masak apa2 pun. Cuma dah mintak bibik tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan bilis aje sebab maklang berangan nak makan nasi goreng kampong bersama ayam goreng ketumbar yang maklang dah perap sejak pukul 3:00 tadi. Terus rasa lebih letih, sebab masa dok kemas2 tu dah berangan nak terbongkang atas katil lagi….sedapnya…bukak aircond, baring2…tapi cita2 ku musnah! Takkan orang datang kita nak tido pulak.
So, lepas solat, maklang buatkan ayam bakar sebab Pak Ngah dok kata dia nampak ayam golek on the way ke rumah. Maklang mintak dia belikan ayam kat kedai depan tu (of course I bagi pitihnya… ~ cik abang tengah tidor kot masa Pak Ngah sampai). So, bermulalah episode memasak pulak. Nasib baik, cik Abang tolong marinate kan ayam dan bakar sementara maklang gorengkan nasik, ayam dan jugak buatkan salad kentang. Along pulak buat salad sayur. By 6:40pm, maklang dah surrender….
Alhamdulillah semuanya langsai. Believe or not Angah boleh sambung makan buat kali keduanya at about 9:00pm…sedap sangat agaknya ayam bakar tu…
So, Pak Ngah and family are in the house today. Maklang suruh stay satu malam lagi, tapi tak tahulah jadik ke tak…
Gambar ni tak ikut susunan langsung!
Ceh....Maya dengan jelingan dia tu!
Ayam goreng ketumbar
Ini Tihanim Batrisya...Memang suka bergaya..anak Pak Ngah no.2 . 5 tahun.
Ini Anis sophia, anak Pak Ngah no.3. Baru nak masuk 11 bulan.
Ini buttered prawns.
Salad
Ini Mohd. Haziq Hakimin, anak Pak Ngah no.1 . Sebaya Maya 9 tahun .
Ini buttered prawns.
Salad
Ini Mohd. Haziq Hakimin, anak Pak Ngah no.1 . Sebaya Maya 9 tahun .
Ini adek maklang no.2 , Pak Ngah dan isteri.
Along kata...dah tak nak tengok coklat...kata aje...malam tu entah berapa banyak dia ngap Almond London!
Apasal entah...gambar ambik tak betul, jadik greenish pulak
roti jala maklang. Tengah penat2 coatkan almond London, bujang datang kat maklang, kata nak makan roti jala and buatlah jugak kari daging....pening lagi nak melayan makan...letih...
terong goreng berlado
Rows of Almond London...
Stacks of it..and bottles of the Almond London.
Last2 goreng ini jugak untuk berbuka semalam..
Along kata...dah tak nak tengok coklat...kata aje...malam tu entah berapa banyak dia ngap Almond London!
Apasal entah...gambar ambik tak betul, jadik greenish pulak
roti jala maklang. Tengah penat2 coatkan almond London, bujang datang kat maklang, kata nak makan roti jala and buatlah jugak kari daging....pening lagi nak melayan makan...letih...
terong goreng berlado
Rows of Almond London...
Stacks of it..and bottles of the Almond London.
Last2 goreng ini jugak untuk berbuka semalam..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
baby tu lawa mata dia..eh adik maklang serupa muka dia dgn maklang ye?
saya nak satu kotak almond london tu bolih?satu sahja tau*ads ribena*...wah siap ngan jenama sekali:)
maklang penat2 pun banyak juga masakan .
pak ngah dtg esp jumpa maklang ke dari KL?
kak elle:
Maaf..almond london dah hantar kat orang yang tempah...tapi kalau ada rezeki, nanti maklang bawak ke Singapore...
Masakan kena banyak sebab ramai orang...
Pak Ngah on the way nak ke Kelantan, rumah mertua, anak2 memontenglaa....balik JB 4-5 Raya nanti
oh awal nya dia dah balik kpg mertua:)
saya dah berbual ngan Rina tadi thanx for giving her my contact.
senyum saya sorang2 kat sini...sebab terbaca perkataan maklang tu...terbongkang atas katil...lepak betul maklang hari ni ye...ok lah tu maklang...tutup lah episod buat kuih raya...raya pun dah nak dekat..
maklang ni selalu dianugerahkan Allah tetamu dtg ke rumah...bagus tu maklang...makin tambah2 rezeki maklang sekeluarga...comel2nya anak buah tu...
assalamualaikum mak lang
wow! congrats!! mak lang ni betul2 superwoman la.. macamana ye mak lang boleh manage time dgn efficient sekali? boleh ambil tempahan kuih, jahit langsir, masak lauk pauk yg sedap2, berkerjaya pulak tu. boleh bagi tips sikit? mana tau boleh saya praktikkan dlm kehidupan di perantauan ni inshaAllah. terima kasih.
nora (a wife, mum & phd student)
beruntung sape yg datang rumah maklang ni hehe
Maklang,
Wah sedap sungguh almond london tu...
Ayam goreng ketumbar tu nak resipi boleh?
Bulat2 mata baby... Cute.
assalamualaikum mak lang,
wow!! mak lang ni betul2 superwoman la :) siapkan tempahan kuih, jahit langsir, layan tetamu, masak lauk yg sedap2, terliur sy di hujung dunia ni... bole share sikit tak tips camana mak lang handle semua tu? inshaAllah bole jadi guideline sikit utk saya di perantauan ni. terima kasih.
nora - a wife@a mum@a phd student
saya baca aktiviti mak langni pong dah penat.Tak sakit pinggang ke?
mak lang cute nya si anis sophia tuh...nak picit pipi dia..ehehe
kak elle:
Dia balik awal sebab nanti boleh balik awal ke JB. Kerja sendiri senang lah, tak terikat dengan sesiapa..
inna:
tak sempat nak terbongkang, harap2 lepas raya, ada rexeki nak relax!
nora:
Alhamdullillah...Allsh bagi sedikit kepandaian maklang gunakan sepenuhnya... maklang tak taulah ek, memang dari dulu suka buat2 kerja camni. Mak maklang pun krja, tapi memang memasak, mengemas dan membuat bunga2 untuk dijual, dapat tambah pendapatan sikit2. But one thing, maklang memang tak suka tidur siang. Pada maklang rugi kalau tido aje..he..he..
zino:
datanglah rumah maklang, insyaAlah maklang masakkan jugak...
cat:
resepi ada kat blog masak. senang aje. Letak serai, bawang putih, bwg merah, ketumbar, lada kering, kunyir dan garam, blend semuanya dan perap kejap, then goreng. Memang sedap.
EL:
Kenkadang tu ada sikit2 lah sakit, tapi bila dah naik shekh menjahit ni...jadik lupa pulak..ha..ha...
Arsaili:
Maklang pun geram tengok pipi dia...
Post a Comment
<< Home