Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, December 31, 2007

Sekolah punya hal

Assalamualaikum....


Hari ini agak busy kat office. Projek maklang tulah. Tapi kadang2 rasa kecewa pulak sebab projek ni asyik tertunda aje. Dah seronok2 projek jalan, lepas tu ada pulak tersenggut nya. Ni, tadi dah confirm, part of the project akan dibawa ke Australia. Bijih tu akan diconcentrate kat sana then baru bawak ke sini. Tak apalah, nasib baik dah confirm, kalau tak, lagi lewat. So, next week when everyone dah back to the office termasuk semua orang bulek tu, mulalah sibuk lagi. Tak apa, at least tak lah letih sangat kalau tak berapa sibuk ni.


2-3 hari ni, selain sibuk kat office, maklang sibuk jugak nak kira duit. Maklumlah semuanya perlu duit bila nak start sekolah. Besok aje dah tentu kena 7-800 untuk yursn sekolah. 4-4 anak maklang besok akan diregister. Pagi besok akan ke sekolah rendah dulu, bayar yuran Angah, Maya dan Hakim. Ye, Hakim akan masuk darjah satu tahun depan. Risau jugak sebab sibujang sorang ni memang manja. Macamana lah bila dia makan waktu rehat nanti. Mesti comot muka dia. Nak mintak Angah dan Maya tengok kan, takut susah sebab waktu rehat mereka tak sama. Hakim rehat dulu lepas tu baru Maya dan Angah. Tadi dah pesan kat Angah bila Angah keluar rehat tu kena tengok2 adeklah. Rasa macam kesian pulak kat Hakim. Maklumlah bongsu!


Petang tadi pun dah call bas sekolah untuk nak hantar anak2 ke sekolah dan ambil waktu tengahari. Kalau ikut kan anak2 ni, mereka tak nak naik bus waktu pagi sebab takut terlambat. Tengoklah macamana, kalau terlambat aje, nanti kena pujuklah Cik Abang sayang tolong hantar anak2 ke sekolah tiap hari. Ini nak kena usap2 sikit ni..he..he..Kesian budak2. Tapi entahlah...kita tengok dulu. Kalau maklang nak hantar pulak, nanti tak sempat nak masak lauk before ke office. So, kena pikir nak buat camana. Si sulong dah merjuk tu...sebab kena naik bas. Budak zaman sekarang nak senang aje. Kalau kita dulu2 pukul 6:15pg, bas dah ambik! Ni bas datang pukul 7:10pg pun nak komplen. Pastu dia kata bas tu selalu sampai lambat ke sekolah. Sebab dia pengawas, jadik kenalah datang awal sikit.

Lepas dah confirm pasal bas, urus pulak pasal tabilas Maya dan Hakim. Alhamdulillah masih ada kosong kat private tabilas ni. Ustazah yang mengajar tu anak Pak Omar. Alhamdulillah selesai satu masalah. Nanti mintak Pak Omar hantar budak2 ni tengahari dalam pukul 3ptg. Balik samada maklang atau Cik Abang boleh ambik.

Nanti bila sekolah dah start, kena atur pulak untuk tuition Along dan Angah. Pening kepala nak fikir soal anak2. Ni baru 4, yang ada anak 10 ke, 12 ke entah macamana gaknya. Sure tambah fening. Tapi maklang tengok yang anak ramai ni relax je... Ialah..Allah tu Maha Penyayang, dia beri pulak kelebihan untuk mereka ini boleh mengurus anak dengan mudah...Alhamdulillah.


Malam ni dah 2 malam, maklang dok rehat ae. Tapi sat lagi nak kena siapkan RE untuk kawan yang tempah kusyen ni. Lama sangat kat pemidang tu. Penat dah sulaman tu kat situ. Then nak gak buat sikit2 tasbih atau sambung bunga keladi untuk Syikin. Malam semalam maklang dapat lagi tempahan buat 2 beg. Bestnya...

Bilalah nak khatamkan ni...tapi nasib baik tadi dah khatamkan Quran...Syukur...

So, sambil2 tengok X-men ni maklang nak cuba abiskanlaa...I ni memang suka cerita merepek cam ni!



Sekarang ni sebab hujan aje satu hari, mata ngantuk pulak. ( For the past 4-5 days, panas betul. Tak macam bulan 12!)The whole day ujan. Tapi sayang besok kami kerja...Hu..hu..hu...
Kabus aje...gambar ni diambil masa pukul 6 ptg tadi.

Bertakung aje air kat keliling pokok tu
Tengok titi tu, basah aje...tapi memang best tengok air..

Bila musim hujan, pokok hydrangea ni pasti mengeluarkan banyak bunga. Tu yang Pak Omar sayang nak cantas, so pokoknya jadik tinggi2!






Anyway, selamat tahun 2008...Semuga tahun 2008 akan lebih baik lagi untuk kita semua, InsyaAllah...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

14 Comments:

At Monday, December 31, 2007 10:04:00 PM, Blogger IKHWANI said...

sejuuuuk jer nampak kehijauan rumah maklang ni!

bunga cantik pulak tu! (RE dan hydrangea!)

kami terpaksa bagi dua, esok che abang cuti uruskan kakak2 dan 3hb, I pulak cuti uruskan yang 2 lagi tu..tadika lambat sehari sbb takut clash dgn sekolah rendah.

 
At Tuesday, January 01, 2008 12:51:00 AM, Blogger cikMilah said...

Salam Maklang, cantik cover Vogue tu, ala ala majalah Anjung Seri gitu..

 
At Tuesday, January 01, 2008 6:20:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang selamat tahun baru to you and family....

fening eh maklang nak uruskan sekolah anak2?selalu nya bas sekolah mmg gitu amek awal tapi sampai lambat maklum lah pusing2...

sejuk lah hujan sehari eh mesti budak2 lapar asyik cari makan kan kan kan?

 
At Tuesday, January 01, 2008 9:21:00 AM, Anonymous Anonymous said...

salam.. maklang keja ke hari nie.. kita pon keja :(... tp ada opismate yg cuti utk pendaftaran sekolah anak2...
Maklang kita nak ucapkan.. Selamat Tahun Baru 2008... Semoga ceria dan bahagia selalu... :)

 
At Tuesday, January 01, 2008 2:19:00 PM, Anonymous Anonymous said...

uish..tabilas tu aper ek?berputar minda nie mencari maknanye..taman bimbingan latihan sek ke per?aduishh..fenin ek nak settle kan awal2 thn bdk2 nie...
ehem2...tak sabar tunggu telekung n RE kite nie...wink*2!
Selamat thn baru to maklang n family...kullu ammah antum bikhair :)

 
At Tuesday, January 01, 2008 10:56:00 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, happy new year!

 
At Wednesday, January 02, 2008 4:51:00 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

memang sibuk kan mak lang budak2 masuk skola nih...besok bermula rutin sebagai driver pada anak2 eira...

 
At Wednesday, January 02, 2008 4:52:00 PM, Anonymous Anonymous said...

selamat tahun baru dan selamat belajar esp kepada along and angah nak periksa PMR dan UPSR hujung tahunni.

 
At Wednesday, January 02, 2008 4:56:00 PM, Blogger umeboshi said...

slmt thn baru,maklang. cantik le kawasan umah maklang. RE maklang buat tu pun cantik!! nak tanya, Rawa tu masakan macam mana ek? bhn2 mentah tu dibakar dan mkn dgn kuah sambal udang kering tu je ke?

 
At Wednesday, January 02, 2008 7:44:00 PM, Blogger zino said...

selamat tahun baru... mula lah sibuk semula macam biasa.. tambah bila bebudak dah masuk sekolah ..

 
At Thursday, January 03, 2008 3:41:00 PM, Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Salam mak lang. Selamat tahun baru.

Saya memang suka tengok gambar2 pokok ni. Maklumlah orang landskap. :)

 
At Monday, January 07, 2008 6:45:00 AM, Blogger david santos said...

Happy New Year, Maklang! And best wishes for a healthy and successful 2008

 
At Monday, January 07, 2008 3:32:00 PM, Blogger aNIe said...

Hakim dah sekolah jugak...tapi kakak dia boleh tolong tgkkan hakim...akak ni tu le sorang kat sekolah tu...jadi selalu risau bab rehat tu...takut dia tak tau nak membeli2 apa2...

 
At Monday, January 07, 2008 5:34:00 PM, Blogger NBK466 said...

Maklaaanngg..salam tahun baru... Tahun 2008 nie belum berkarya lagi?

 

Post a Comment

<< Home