Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, December 29, 2007

Makan2 lagi

Assalamualaikum...


Hari ni maklang bermalasan. Lepas solat subuh tadi, bertenggek depan laptop ni. Main letak2 gambar. Dah pun tertempek gambar maklang dan Cik Abang kat tepi tu...macam tak ada kerja lain. Padahal tasbih berbeg2 menunggu untuk dibuat. RE pun masih ada lagi. Baju Along untuk ditampalkan kocek pun tak berbuat! Malasnya laaa...Apa nak jadik tak tahu.... Last2 pukul 9:30 pg baru turun nak goreng mee...masa tu pun Cik Abang baru nak mandi. Sambil dia nak siap, mee pun masak! Maklang aje yang tak mandi lagi...Sekali sekala mandi lewat ni best jugak!


Tapi time2 kita mandi lewat ni lah ada tetamu yang datang. Buat malu aje dah pukul 10 maklang masih dalam kaftan. Sebenarnya bukan apa, malas badan bau makanan nanti kalau dah mula memasak. Sedang kami syok2 berbual, berduaan, ( anak2 semua masih di atas), terdengar pulak orang bagi salam. Cik Abang keluar dan langsung menjemput tetamu masuk. Ingatkan kawan maklang yang datang nak tengok alas katil pengantin yang dia nak pinjam sebab Cik Abang dok sebut nama suami kawan maklang tu. Tapi rupa2nya Pakcik sedara dari Kuala Lumpur singgah dari menghantar anaknya ke Dungun. Nak buat camana, capai tudung dan terpaksalah keluar aje. Kami ajak mereka makan mee goreng sekali dan duduklah berbual di meja depan tu...
Mee goreng basah masa breakfast tadi pagi



Abang Nasir bersama anaknya dan Cik abang tengah rancak berbual

Lepas tetamu dah balik dalam pukul 11:00 tu, maklang langsung ke dapur. Semalam dah janji dengan anak2, kalau mereka nak makan Rawa, kenalah tolong. Maklang banyak kerja lagipun cam malas aje nak prepare benda ni semua. So, last nite semua agreed to wake up early. Tapi by 11:00 angah masih tak turun2 lagi. Cik Abang dah bising kata tak payah buat sebab anak2 tak tunai janji. Janji nak ada kat dapur by 8am, nak tolong kerja2 nak siapkan bahan mentah untuk Rawa ni. Tapi hati ibu ni tak sampai hatilaa. Buatkan lah jugak kuahnya ~ sambal udang kering with cili padi. Dan Along and Angah tolong jugak nak potong daging, ayam dan lain2. Udang dan sotong maklang dah bersihkan dari semalam, lepas balik pasar tani. So, after solat Zohor tadi, kami makanlah kat serambi depan rumah. Bentang tikar semua dan makan ditiup angin sepoi2 kat luar. Best aje tengok anak2 makan. Maklang pulak perut dah mulai meragam sebab makan mee kuning tadi pagi. Dah tahu perut tak tahan, masih degil nak makan. Haa..padan muka!

Ini dia all the bahan mentah sebelum naik ke tempat bakar. Banyak betul. Tak habis pun. Separuh simpan balik!
Udang dan sotong
Sayuran. Ni paling sedap ni.
Ketam ball, sayur ball dan isi ketam
Ayam dan daging
Sebelum di masak, semua bahan mentah disusun dulu





Maya dengan muka demam dia, layu aje. Cik abang penuh semangat sambil diperhati oleh Bujang.


Lagi anak2 yang kecik. Yang besar 2 dua tu tak bertudung, so tak leh letak kat sini..






Ini dah dekat masak dah, yang dah masak tak ada dah.






Camana lah Maya nak tembam, lepas sesuap dua, Maya dah mula nak exercise.














Lepas makan, maklang sambung lagi RE. Letih jugak ni. Masa maghrib tadi badan rasa cam nak demam pulak. Lesu semacam. Ubat dah telan 2 bijik tadi. Sikit lagi lepas Isyak, maklang nak tidurlah...Selamat malam...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

11 Comments:

At Sunday, December 30, 2007 12:03:00 AM, Blogger KAMATO said...

Terima kasih singgah blog saya, rasa2 macam pernah jumpa cik abang tu, kat mana ye....

 
At Sunday, December 30, 2007 11:36:00 AM, Blogger Kak Elle said...

wow rawa sound like pulau rawa rupa nya bbq on hotplate macam korean bbq lah eh?best tu mesti sedap tgn paklang and maklang yg siap kan....nanti saya dtg buat lagi ye?....hehehe

maklang sihat tak?or masih demam?ni angkit dr Maya agak nya.

 
At Sunday, December 30, 2007 11:37:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Baru perasan Maya pakai tees from Holland:)

 
At Sunday, December 30, 2007 7:07:00 PM, Blogger maklang said...

kamato:

agaknya terserempak kat KL dulu2 kot...dunia ni kecik aje!

kak elle:

Wah macam2 nak makan ni kena duduk sini lamalah ye..best tu...

aha..maya pakai baju yang akak kasi tu...

 
At Sunday, December 30, 2007 7:30:00 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang,
Sudi tak maklang kongsi resepi ayam bakar (dalam previous entry)?
Thanks Mak lang.

 
At Sunday, December 30, 2007 10:06:00 PM, Blogger maklang said...

ahni:

sudi..apa pulak tak sudi. Senang aje. Cuci ayam bersih2. Pat dry then letakkan oregano, dan lada hitam, and sikit garam then pan fry dengan sedikit butter for 8-10 mins on each side. Tapi kalau nak resepi ayam bakar yang full blast punya kena tengok kat blog masak. Ada kat situ N3 pasal ni. Selamat memasak!

 
At Monday, December 31, 2007 2:49:00 AM, Blogger zlaa said...

Happy New Year Mak Lang. Visit blog Mak Lang ni buat saya lapar selalu. Muga Mak Lang and family happy selalu for coming 2008.

 
At Monday, December 31, 2007 6:48:00 AM, Blogger maklang said...

zlaa:

Kesian Zlaa...Ye..moga2 semuanya bahagia dengan family dan kawan2 selalu...

 
At Monday, December 31, 2007 11:21:00 AM, Blogger Sya said...

Mak Lang.. Selamat Menyambut Tahun Baru

 
At Monday, December 31, 2007 11:59:00 AM, Blogger IKHWANI said...

Incident masa buat kek dah post kat blog..hehehehe...

ingatkan apa benda rawa ni. sedap betul nampak tu..

ada satu masak orang jawa ni, ikan keli tu dia bakar dulu lepas tu di masak lemak putih..akak tau tak apa benda masak ni? che abang kita suka ni...kata dia arwah mak dulu biasa buat..kot2 lah akak tau kan?

 
At Monday, December 31, 2007 1:14:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Happy Belated Birthday to Pak Lang, hari ni baru sempat buka pc kat rumah. Sedapnya rawa tu... tapi byk sangat bahannya...

 

Post a Comment

<< Home