Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, December 26, 2007

SeHari sebelum Raya

Assalamualaikum..

Kami menerima kunjungan tetamu dari KL sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Sebenarnya tak sangka pun kawan lama cik Abang masa di Universiti days nak singgah. Tak silap maklang mereka serumah masa diluar negeri. Kebetulan hari Rabu tu maklang tak ada masak apa. Cuma buat Laksa Penang aje. Tak sedap pulak tu. So, maklang mintak Dhirah rebus ikan baru dan masak lagi. Sedikit ajelah buat kami sekeluarga. Jam 10 pagi Rabu tu maklang ada teleconference sehingga 11 lebih. Bila naik ke tempat maklang, officemata kata ada dekat 10 kali phone berbunyi. Hp lagi. Bila tengok kat hp ada 9 missed call. Mesti ada yang penting sangat ni. Bila Cik Abang talipon maklang tanyalah kenapa. Dia kata kawan lama dia nak singgah dan mereka dah tiba kat Kijal! 15 mins away aje. Bila kata kat Cik Abang tak ada apa nak kasi makan sebab tak masak, dia kata tak apalah. Dan takkan lah maklang nak biar macam tu. Terus aje mintak balik awal sedikit dan bergegas pulang. Maka pagi tu, dengan pertolongan dari Dhirah, maklang managed to cook a few hentamed dishes tapi macam lipas kudung le.... Syukur ayam dah lembut sebab nak digoreng dan daging fresh yang maklang beli pagi tu ( sempat ke pasar sebelum ke office dan dapat le beli daging batang pinang!)semuanya dah ready to be cooked. Cepat2 potong daging and campak dalam kuali. Idea nak masak apa, semuanya timbul...dan Syukur at around 12:45pm, semuanya dah terhidang! Lega....Alhamdulillah, I have made the guests happy, I have also pleased my darling sebab menjamu tetamu istimewa dia...Lepas tu...lengohnya ya amat lutut gue!!! Lepas tetamu balik, kami ke pejabat semula...






Mr. Mahmood and wife beserta 6 anak mereka...nak balik dah ni...
Daging goreng berlada dengan kentang. Lepas dah tumis lada kering, letakkan garam dan terakhir perahkan limau kasturi, balik2kan dan angkat.
Ini ayam masak tomato. Senang aje. Gaulkan potongan ayam dgn bawang putih, bawang merah dan halia dan garam. Goreng sehingga garing. Masukkan sos cili dan sos tomato, lada dan bawang besar potong dan akhir sekali masukkan sayur campur. At first nak buat chicken cashew nut, tapi tak sempat, so tukar resepi laaa...
Mixed vegetable. Sempoi aje.

Telor masak kicap pun ada...tak ada idea lagi nak masak apa...
Salad pun ada, nak buat banyak macam aje... Last2 yang makan banyak tuan rumah...he..he...tapi tetamu pun makan bertambah nampaknya...

Ini laksa by Dhirah. Tak hidang pun sebab laksa nya ada sikit aje. Sedap jugak...
So much about that. Semalam maklang pergi beli kasut dan baju anak2. Baju Hakim aje sebenarnya. Baju Angah baru petang tadi siap, dan baju Along masih tak bertampal lagi koceknya. InsyaAllah wiken ni boleh selesai. Beli jugak kasut Angah dan Hakim. Kasut Along dan Maya dah selamat masa kami di KL.

Balik tengahari semalam, maklang buat nasi tanak. Tak ada idea nak masak lauk apa, timbul pulak idea nak buat kentang oregano ni. Cik abang dan anak2 bukan main suka lagi...




Mula2 potong kentang wedges. Goreng sehingga lembut. Angkat dan tos. Goreng gajus sehingga kekuningan. Angkat. Panaskan butter. Tumis bawang besar yang dah dipotong bulat dan lada hijau atau capsicum. Masukkan sedikit oregano, lada hitam dan sedikit garam, goreng hingga naik bau dan masukkan kentang. Gaul rata..sedaaaap nih...

The set..Nasi tanak, papadom , salad telur dan kentang.
Petang pulak, Along buat Pizza tuna campur dengan frankfurter. Sedap ni...
Petang semalam, sempat jugak gubah2 bunga untuk buat hantaran. Maklang rsa macam tak menarik aje,,,:(
Ini pulak bakso yang Along buat tengahari tadi. Bole lah...
Ini my dinner. Bujang siap room servis lagi.
Ini pulak RE dah nak dekat siap. Pesanan Shikin Ahmad...peminat maklang! He..he...
So, Shikin, InsyaAllah dapat lah tu!

I just have to stop here. My eyes are drooping...tak boleh tahan punya... Take care semua...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

16 Comments:

At Wednesday, December 26, 2007 10:04:00 PM, Blogger Kak Elle said...

walaupun tak cukup masa byk juga maklang siapkan ye?hmm...kalau ada cukup masa macam mana pulak agak nya?


itew potato oregano looks very deliciousssssssssssss

 
At Thursday, December 27, 2007 7:12:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Cukup ke tak cukup, kena jugak squeeze the time. Rasa macam nak fengsan! Tapi I enjoy doing the things that I do..so I will take things one at a time. Wedding tu pun is about 5 months away. Tapi my ribbons and telekongs tu yang I takut sekali tak siap bila dateline dah dekat!

Memang sedap itew kentang kak, kejap aje dah licin and even b4 lunch dah ada yang mencuri2 makan..he..he..he..

 
At Thursday, December 27, 2007 9:15:00 AM, Blogger IKHWANI said...

kita pun nak itewww kentang!!!! menggoda! nanti nak buatlah! kalau tambah isi ayam sedap tak agaknya?

Alhamdulillah, setiap tetamu yang datang tu pembawa rezeki - mesti paklang seronok jumpa kawan lama tu.

 
At Thursday, December 27, 2007 9:17:00 AM, Anonymous Anonymous said...

hehe mak lang,saya kalau orang datang mengejuttu, alamak kuah singgang-le makannya.

easylady

 
At Thursday, December 27, 2007 10:20:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

nak cubalah masakan kentang tu.nampak sedap.

maklang, nak tanyalah, shikin ahmad tu duduk sarawak ke? sbb saya ada kawan, nama sama gak duduk kt sarawak

 
At Thursday, December 27, 2007 11:17:00 AM, Blogger Unknown said...

Mak lang

Suria selalu baca blog mak long.Masakan masakan m lang beri inspirasi untuk suria masak.Sekarang selalu masak ayam masak serai mak lang dan ianya di sukai ramai.

 
At Thursday, December 27, 2007 12:55:00 PM, Blogger cikdinz said...

seronok dapat kunjungan teman lama kan.
banyak cerita tuh.....

 
At Thursday, December 27, 2007 1:14:00 PM, Blogger Jo Kontan said...

(hmmmmm. bila la agak nya nak gii Ganuu lagi niii)

Maklang,. ! Rain Check Putrajaya boleh dapat ker ?

 
At Thursday, December 27, 2007 2:58:00 PM, Blogger simah said...

akak... wah akak ni memang ready steady cook gila ni! tabik tabik! dan tetamu pun rami betul walaupun hanya satu keluarga aja..masyaAllah...

ur entries of ur food n talent (walaupun sepantas kilat akak masak) never stop to impress me... dalam klam kabut sempat lagi tu tangkap gambar! hahahaha comelnya akak ni.. dah blogger tu memang blogger jugak sokmo yek? kalut tetap kalut..gambar tetap tangkap hahaha

thanks 4 the ideas on the food...and ur hasil tangan pun cantik...the forever versatile mak lang :0)

 
At Thursday, December 27, 2007 4:12:00 PM, Blogger KakNi said...

Seronok kan kalau menerima tetamu. Walaupun penat tapi hati puas dapat berjumpa dengan kawan atau sedara dan enjoy their company...

 
At Thursday, December 27, 2007 5:39:00 PM, Blogger Mama Rock said...

maklang

tak apa lenguh kaki
tetamu belik senang hati
masakan maklang kenyang dikecapi
simple-simple pun tentu diingati :)

 
At Thursday, December 27, 2007 9:07:00 PM, Blogger maklang said...

onde:

sedap kot letak isi ayam, tapi kena make sure garenglah...marinatekan bawang putih dan merah dan halia dan sedikit garam. Tentu lebih sedap dan lebih calory nya ..he..he..he..

EL:

Kalau cam tu, maklang kena beritahu awal2 ler kalau nak ke rumah awak ye...tau dah trick tu...hadiah saya ada tak?? Telekong ke...batek sutera ke...

Syikin:

Cubalah kentang tu memang sedap!

Shikin ahmad tu duduk Perlislaa...kot2 kawan Syikin tu dah pindah ke Perlis kot...

 
At Thursday, December 27, 2007 9:11:00 PM, Blogger maklang said...

suria:

Seronok maklang baca ada yang suka masak guna resepi maklang. Tu resepi arwah nenek maklang. Moga2 dia juga mendapat pahala kerana menurunkan ilmunya kan...Alfatihah untuk nenek..rindu pulak kat nenek!

Cikdinz:

Sudah tentu seronok tu...

Jo:

Datanglah...kami suka menerima tetamu...bawak sekali hadiah2 yang berkodi yang beli masa pergi jalan2 tu...

InsyaAllah, rain check boleh kot. Nantilah eh...tapi dengan satu syarat, kena komen 10 N3 berturut2. Kalau tak.... FaIL...! He..he...saje gurau!

 
At Thursday, December 27, 2007 9:16:00 PM, Blogger maklang said...

Simah:

Lama tak nampak kelibat Simah. Rindu pulak.

Lepas tu masuk sini, puji melambung2...Tq..tq..tapi syukur pada Allah kerana kurniaanNya kan,berkat rahmat dariNya, bolehlah maklang masak sikit2 and ada kebolehan menjahit sikit2. Alhamdulillah...

Ahni:

Lama tak nampak Ahni gi mana?

Betul tu, masak secondary aje, yang penting nak jumpa tu..:)

Mamarock:

Boleh jugak rockers berpantun ek...Bila pulak mama nak kemari? Maklang pantun2 ni fail!

Kalau mama datang, nanti maklang masak lagi, InsyaAllah..

 
At Thursday, December 27, 2007 9:45:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Tabik spring buat Mak Lang!!!!!

 
At Friday, December 28, 2007 5:42:00 PM, Blogger maklang said...

mamamia:

OK, maklang pun tabik jugak. Kalau tak kang mama tak boleh turunkan tangan tu...lengoh pulak!

 

Post a Comment

<< Home