Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, December 27, 2007

Macam bau kat restoran Omputih

Assalamualaikum...

Hari ini maklang balik kerja lewat sangat. Maklang pergi meeting kat Kuantan. Jumpa Jabatan mineral kat Wisma Persekutuan. Bertolak tadi dekat pukul 1:00 tengahari sebab meeting pukul 2:30pm. Ingatkan sempatlah. Nak balik rumah ambik hp yang tertinggal pun malas sebab takut lewat. Tapi bila sampai ke Kemaman, perut dah keroncong, mula lah pikir nak makan pulak. Minyak kereta pulak habis dan kelip2 lampu minyak tu. Suspense pulak. Pergi satu setesen tu, minyak dia abis. Pelik sungguh. Tapi mungkin sebab tengah ada renovation kot. Terus ke stesen minyak satu lagi. Perut kosong tak pe, jangan minyak kereta kosong, kang ada yang kena tolak tu...


Kami singgah makan tengahari around pukul 2 kat Sg. Ular. Sedap makan nasi kawah. Silap tak bawak camera, kalau tak sure dah masuk kat blog ni. Sedap betul gulai daging. Banyak daging dia dan sedap. Lagi pulak tengah kelaparan..


Akhirnya kami tiba kat site di Gebeng almost 3:00pm. Dah call orang kat Wisma Persekutuan kata kami akan lambat. Nasib baik dia OK, tak pe kata dia asal b4 pukul 5:00! Syukur! Sampai kat site, tunjukkan kat my Boss kat mana nak tap the phone line, maklang pun bertolak ke Kuantan ( Boss datang naik kereta lain). Tiba Kuantan, kami solat dulu kat masjid negeri. Selesai solat baru pergi jumpa orang yang kami nak jumpa. Nampak2 nya kenalah nak submit surat dan cerita pasal projek ni. Lepas tu tak ada masaaalah, InsyaAllah.


Habis meeting, maklang singgah jumpa sedara kat Kamdar. Tujuan nak beli kain yang Wan Pari pesan tadi pagi masa dia tahu maklang nak ke Kamdar. Maka belilah kain2 keperluan Wan Pari dan as usual melekat kat maklang 3-4 potong kain plain untuk nak buat seluar Dhirah ( bilalah nak jahit ni:().


Kemudian carik pulak benang, dapatnya sponge untuk buat hantaran. Bertolak ke Kemaman, singgah kedai bahan buat kek. Belilah whipped cream, cream cheese dan serbuk dadih dan jelly serbuk. Itu aje dah dekat RM50. Ingat nak buat cheese cake besok, khas untuk suami tercinta. Then carik benang lagi kat kedai2 kat situ. Mahal pulak. Tak jadilah nak guna untuk nak buat tasbih. Guna benang biasa ajelah jawabnya. On the way balik, singgah pulak kat satu kedai ni. Maklang teringat kat Bujang. Lama dah dia mintak nak makan pancake. Tapi sebab sirap dah habis, maka tergendala laa. Beli lagi sos Coklat Hershey's, Pancake mix dan Kicap Kikkoman. Tu aje dah RM 54. Kira2 habislah duit claim hari ni. Anak2 punya pasal, tak apa...


Keluar dari kedai, phone kawan maklang bunyik. Alamaaak..mati aku, call dari phone sendiri..Mesti Cik Abang call. Dengar suara sudah takut. Dia sudah marah. Tak call tu apasal lah...My lame excuse was...he..he..phone tinggal kat rumah. Dah tu tak boleh guna phone kawan ke,beritahu kat mana?? SOWIEEEE, maklang jawab. Terus panas aje kepala kena marah! Tapi cool laa..memang salah sendiri lah. Dah pukul 7:00pm tak balik2. Tapi Cik Abang tahu maklang nak ke Kuantan!

Alhamdulillah bila sampai rumah, Cik Abang dah cool. Keluar aje dari kereta, Angah dah ngadu...Abah hot. Geram mak tak call...Alamak...camana ni?? Tapi bila maklang masuk rumah, Cik Abang senyum2 aje, salam2 , ehem2,semua Oklaah...Sayang jugak kat isteri dia yang tembam ni. Explain jugak, beli bahan nak buat kek untuk birthday dia besok...Hilang segala hangin dalam kepala...Syukur..Syukur...


Tapi yang bestnya, bila maklang siap solat Maghrib, Cik abang panggil makan. Dan terhidanglah yang berikut.




Kentang , ayam bakar dan salad ( lebih macam rojak aje!)


Ini lagi...


Pancake, Along yang buat. Seddaaapnya ...teringat Pancake House kat Columbia dolu2. Rindu!



Dan ini..






Selesai makan, maklang dan Cik Abang naik atas. Maklang kata kat dia, macam bau kat Restoran Omputih ~ ada ayam bakar dan ada pancake. Memang sedap lah baunya.... Tapi Cik Abang kata, Abang rasa macam rumah kedai pulak sebab bau naik sampai ke bilik! Kwang..Kwang..Kwang...


Selamat malam. I nak tidor cepat..Malam Jumaatkan...besok nak bangun awal nak pi pasar tani...he..he..jangan fikiran menerawang ke lain pulak, tapi kalau iye pun apasalahnya kan..kan..kan...

Have a nice weeked. InsyaAllah mine will be good!

Update at 7:13 am: Selamat Hari jadi yang ke 44 untuk suami tercinta...Hadiah, InsyaAllah besok lusa eh...masih kat JB lagi...kat kedai lagi kot!he..he..he..

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...

Labels: ,

12 Comments:

At Friday, December 28, 2007 1:31:00 AM, Blogger aNIe said...

aik...akak dah post komen...internet pulak buat hal...penat dah taip dah...hehehe

Apa-apa pun....ayam kalau dibakar memang sedap...yummmy

 
At Friday, December 28, 2007 4:03:00 AM, Blogger D said...

HeHe.. malam Jumaat Mak Lang, kena beribadah sikit. LOL!

Mak Lang memang kejam post gambar makanan.. nasib baik tak de gambar gulai daging tu!

 
At Friday, December 28, 2007 5:08:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Happy birthday untuk paklang...dia marah2 sayang tu maklang...ye lah risau jln jauh dah tu lambat balik tak call lagi....hehehe

bershopping sakan maklang bila dapat peluang ke Kuantan ye?

 
At Friday, December 28, 2007 7:12:00 AM, Blogger zino said...

mak aiii.. meleleh air liur den pepagi ni hehe.. memang boleh bukak restoren pun.. sure laris nanti..

 
At Friday, December 28, 2007 9:08:00 AM, Blogger cikdinz said...

hepi besday pada pak lang...

 
At Friday, December 28, 2007 10:31:00 AM, Blogger IKHWANI said...

aiyoooo sedapnya nampak pancake tu!

"salam2..ehem2.."

nak tanya "ehem2" tu apa? hehehehe..kwang kwang kwang...saja nak usik!

HAPPY BIRTHDAY TO PAKLANG! SEMOGA PANJANG UMUR DALAM IMAN DAN DIMURAHKAN SERTA DIBERKATI REZEKI OLEH ALLAH.

*lama tak makan gulai kawah*

 
At Friday, December 28, 2007 12:05:00 PM, Blogger Cat Cat said...

Amboi amboi maklang... Bestnya dapat tidur awal... Tidur tau, jangan nakal2 pulak... HEHEHE!!

 
At Friday, December 28, 2007 2:05:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Happy birthday to ur hubby:)
Semoga panjang umur dan dimurahkan
rezeki,amin.....
bawak la lempeng tu kat ofis skit nnti he....heeee....

 
At Friday, December 28, 2007 3:51:00 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

Kalau kena cara, memang lah sedap kak...kalau tak kena, memang out laa...

D:

memang malam Jumaat kena beribadat banyak2! :)

Nanti lain kali maklang pergi makan gulai tu, maklang pastikan maklang letak gambar tu khas untuk D, Ok tak;)

Kak Elle:

TQ for the wishes.

Taklah shopping sakan, beli setakat RM30 je!

Zino:

Ye ke boleh bukak restoren??

 
At Friday, December 28, 2007 5:02:00 PM, Blogger Jo Kontan said...

...Terus panas aje kepala kena marah!..

Ha ha haaa.. Jo rasa Jo tau camana Paklang punya menyirap punya rasa..

Walauapapung... Kejap ajer tuu, udah cair laa balek.


(Hmmmm. Manalaaah orang tak sayang bini.. Ha ha ha)

 
At Friday, December 28, 2007 5:48:00 PM, Blogger maklang said...

Cik Dinz:

Terimakaseh...Tu ha..paklang tengah tidur tu..nanti maklang sampaikan, InsyaAllah...:)

Onde2:

Itu pancake memang sedap...sebab tulah I ni tombam aje memanjang!

Ehem2 tu tau2 jelaa...ringan2 jek...he..he..kang cerita panjang2 kang merah lak muka OO tu!

OKlah nanti maklang sampaikan kat Pak Lang ..


Gulai kawah tu memang sedap tau!

 
At Friday, December 28, 2007 5:52:00 PM, Blogger maklang said...

Cat:

Maklang tak nakal...Paklang tu yang nakal..he..he..he..

Kak Bunda:

TQ..Nanti maklang sampaikan..or senang2 suruh dia baca seme komen ni...:)


Kalau nak lempeng tu kena datang makan kat rumah. Makan panas2 baru sodap. Kalau bawak ke opis 5 kotak tak cukup!

Jo:

Memang suspense je masa balik...biasalahkan...bukan tak besa..Jo hidup ngan Paklang berapa lama...tapi kejap aje sejuk tu...Pegang pegang, ehem2...sejuk leerrr...he..he..

Risau sangat lah tu bini tersayang tak balik2...

(Ni cam nak fulfil komen kat 10 N3 jeee....he..he..he..Kalau tertunai, nanti maklang belanja..Ok?)

 

Post a Comment

<< Home