Happy Birthday Suamiku tercinta
Assalamualaikum....
Hari ini Kekasih hati maklang punya birthday. Dah 44 tahun dah....Ramai orang kata dia nampak muda. Dan isteri dia yang tembam ni nampak lebih tua dari dia...tak apalah..asal dia sayang bini dia ni sudah...tak kiralah rupa macam manakan...Bak kata Jo, laki mana tak sayang bini... Dan bini mana tak sayang suami. Oleh itu, maklang ucapkan Selamat Hari Jadi untuk Suami maklang yang tercinta. Moga2 panjang umur dan murah rezeki...dan moga2 hidup kita bahagia bersama anak2 tersayang...
Dan oleh kerana cinta ku kepada suami ku yang dicintai ini, maklang pun bertungkus lumuslah memasak makanan yang disukainya. Kalau makan kat kedai mau 2-300 kena tu. So, maklang masaklah sendiri. Maklang dan 2 bibik baru maklang ( Along dan Angah) serta bibik Narsi sibuklah didapur tadi pagi. Lengohlah kaki. Siang ikan2, sotong, udang dan ayam semua. Sambil2 tu goreng tauhu, cucur kelapa, cucur udang dan buat kuah rojak. Anak2 yang 2 pulak sibuk buat jelly dan coklat cheese cake kat atas rumah. Lepas tu pulak mereka buat dadeh sementara maklang goreng ayam ~ nak buat lemon chicken. Then maklang goreng baby Kailan dengan Shittake mushroom.
Kami sempat nyanyikan lagu happy besday tadi, sebelum makan tengahari...
Bila dah dihidangkan Rojak kesukaan dia, memang berselera Cik Abang makan. Tak bercakap langsung. Menikmati dengan penuh khusyuk. Kenyang betul kata dia.
Ini lemon Chicken. Kuahnya tak nampak kat sini.
Baby Kailan with Shittake mushroom
Cucur udang dan cucur kelapa
Kentang rebus, telor rebus, sengkuang dan timun dan tauhu goreng
Ini rojak India...before di makan oleh Cik Abang
Ini pulak, jelly perasa blackcurrent yang Along dan Angah buat. Sedap jugak.
Baru kejap ni, Along bawak naik Chocolate Mud Cheesecake dia kebalcony atas. Siap with the pirings and air. Tak jumpa pulak lilin untuk Abah tiup. Angah pulak jumpa 2 lilin besar dan 1 lilin kecil. Jadiklaaa... So, the 5 of us (including Cik Abang) sang the Happy Birthday Song. Maya dah tidur dah at 8:45pm ( dia demam and furthermore, dia memang tido on time punye!), so there were the 5 of us only...
Sikit punya besar lilin tu...Tengok Angah punya kertas atas kek tu...tak ada seni langsung...tapi at least ada kan...
Sibuk Abah nak tiuo, sibuk lagi si bujang nak tiup!
Close up of the mud cake. Sedap. Very the chocolaty..
Terkoyak le diet....one slice of this, kena puasa the whole day besok! Kaw betul chocolate dia...Pandai dah anak mak buat cheese cake...Ok ler tu!
sedap aje bujang makan..
tersenyum2 mengkemam cheese cake!
Happy besday again sayang ku...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Celebration, cooking, family
12 Comments:
Happy birthday sekali lagi paklang...mak oi besar nya lilin ni lilin guna masa balckout ke?hehehe
best nya makanan yg byk2...mud cake saya tak minat...tapi kalau brownies with cream and ice cream yum yum
Happy Birthday utk Pak Lang.. MOga ceria2 selalu..
Mak Lang.. ngape dah lama tak update FP resipi Mak Lang tuh? Ajzie nak resipi ayam lemon, cheese cake dan baby kailan with shittake cendawan tuh.. nmpk sedappppppp...dan tentu nya sedappppp kan kan kan..
Happy Birthday to suami maklang yang tersayang.... Maklang bagi hadiah apa kat darling..???
Kak Elle:
Brownies yang Along buat baru ni memang sedap..tapi kami tak makan dengan cream pun.
Lilin tu bear sebab tak jumpa lilin kecik. Alah, sebenarnya tak ada lilin pun tak apa...saje je suka2..he..he..
Ajzie:
Resepi maklang memang tak letak dah kat FP. Malas. Tengok kat http://daridapurmaklang.blogspot.com.
Resepi yang Ajzie nak tu nanti maklang tempelkan.
Cat:
Maklang kasi Paklang briefcase. Briefcase dia yang ada tu baru aje putus pemegangnya..macam tau2 aje nak birthday. Busu dah belikan kat JB dan baru kirim kat kawan maklang Shah yang ada kat Johor.(Kerteh ni manalah ada kedai beg yang best2!) InsyaAllah besok sampailah tu...Terlambat pulak ni haa...
happy birthday pak lang.Semoga murah rezeki dan sihat selalu.
Easylady:
Makasih...hadiah tak ada ke??
suka tengok gambar kat fake Times tu! loving habissss!
mesti Paklang seronok semuanya di sediakan oleh orang2 tersayang, Alhamdulillah rezeki Tuhan semuanya..
orang laki mostly ramai yang nampak awet muda tu..mana taknya, urat depa tak putus langsung compare dengan kita yang beranak ni..hehehehe..
Happy Birthday sekali lagi buat Paklang! you are lucky to have such a lovely wife! (and of course anak2).
salam maklang. happy b'day buat kekasih hati maklang tuh. eehee.. senyum lebar dia dpt mkn sedap2 hasil tgn isteri dan anak2.
Selamat hari lahir untuk Pak lang..
Sedapnya all the food...especially the cake..
OO:
Maklang setuju tu...lepas dah beranak 4 ni...banyak jugak urat yang putus..
umeboshi:
Tq dan terimakseh datang ke blog maklang ni
AM:
TQ..Cake tu memang sedap!
Happy Belated Birthday to your husband and Selamat Tahun Baru kepada mak lang dan keluarga...
Post a Comment
<< Home